Followers

Monday, February 28, 2011

Seperti Cacing Kepanasan!

Ertinya jiwa yg tidak tenang, resah gelisah, tak tentu hala....
qhaplah jingga (pinjam bahasa org Penang)


*pic from uncle google
He he tajuk...entah apa2. Tp mmg aku panas sekarang ni..meluap-luap, mcm nak cair otak, dh tak tahan..Panas betul la. Tambah time tengahari, mcm lilin terbakar. Kepala pulak berdenyut. Sehari dua ni rasa nak demam saja. Air hidung dah meleleh-leleh. Dah telan ubat tapi masih mcm tu jugak. Nk on9 pn tak dak mood.
Bukan tu saja, my izzati pulak demam campak. Dh 3 hari tak ke sekolah. Mungkin angin2 jangkitan dari dia yg mmbuatkan aku terasa bagai nak demam.Tapi cuaca di kg ni panas betul la. Angin sepoi2 tu ada, tapi bawak haba yg panas. Hujan? Dah lama tak turun2. Kalau ada pun, cuma sekejap2. Tekak terasa kering sgt. Minum pn tak terasa apa. Kalau mandi pun, keluar dari bilik air, dah rasa panas balik. Mmg dah jadi mcm cacing kepanasan aku ni. 

Thursday, February 24, 2011

Berhenti Kerja. Perlu ker?

Salam ceria kpd yg sudi membaca...
N3 hari ni berkisar semula kepada perkara yg asal. Masa senggang melampau hari ini membolehkan aku berfikir sejenak, mengimbau semula soklan2 keliru dari teman seofis setelah menghidu yg aku memberi notis berhenti. Dan setiap kali terjumpa kawan2 lama atau ada saudara mara yg berkunjung ke laman ayah, mesti soklan yg mcm ni jer org akan tanya. "Awat yg dok pi berhenti keja? Sayang la sbb dah lama keja. Balik kg mmg takmau keja dah ka?" Ada juga yg menambah perisa, sesedap rasa, "kalau balik seminggu sekali jenguk ayah tak boleh ka? Penang dgn Aloq Staq bukan jauh pun"... "Tak dak sapa dah ka yg boleh tgk2kan ayah?" Berbelit-belit sggh soklan depa. Aku hanya mampu jawab dgn perasaan sedikit hiba, "Nak buat mcmana dh tiba masa kena balik kg, keja pun kena tinggai la". Terdiam depa semua. Diam yg mungkin tak abis fikir...dapatkah aku survive kat kg ni? Aku bukan ulat yg boleh hidup dlm batu...dan tentunya aku sendiri tidak mahu kehilangan satu2nya emak dek sejarah batu belah batu betangkup berulang lagi...dan aku juga bukan si tanggang yg mudah lupa diri. (Yg kes batu2 jadian ni mmg selalu aku elakkan. Takut menghempap kepala)
Pok pet pok pet, tau2 dah dekat sethn aku balik ke sini. Tapi soklan2 yg sama atau hampir sama atau sewaktu dgnnya jugak yg depa dok ulang tanya...terfikir jugak aku, keputusan aku berhenti keja dn balik kg sbb keluarga sakit mmg sesuatu yg payah dibuat org ker? Atau belum masanya lagi menjadi suatu keperluan....

*Pic from Uncle Google

Wednesday, February 23, 2011

Nak masak apa tengahari nanti?

Bila dah jadi suri rumah sepenuh masa, barulah tersedar susah gak
nak sediakan menu utk famili ni. Serabut kepala nak atur menu setiap hari.
Sambil2 tu kena tgk apa ada dlm peti ais dulu.
Ni satu2nya kerja rumah yg jarang2 kulakukan semasa
time berkasut tumit tinggi dulu.
Bila sampai umah dah dkt pkul 7 mlm, 
mana la ada masa lg nk fikir hal masak.
Bagi RM10 kt anak2, settled mkn mlm hari tu. 
Aku jarang pn mkn malam. Haha...diet ler apa lagi...
Dapur pulak tak berasap kadang2 sampai berminggu. 
Harap weekend kot2 nk masak, tapi bila hari sabtu ahad 
anak2 mesti nk makan luar smbil pusing2 pulau ambil angin.
Skrg bila dah jadi 'org rumah', barulah kutahu penat jugak nak mikir 
pasal menu2 nih. Belum lg masuk bab nak masak menu yg berat2.  
Menu hari ni cuma sambal tumis ikan, telur rebus dan bilis goreng. 
Hurmmm, apa lagi aku buat nasi lemak mkn tengahari.  
Anak2 suka sangat sbb ada sambal tumis.


Pic dari Uncle Google, sbb xsempat nak snap my own pic. 
Besok nak masak apa pulak? Berligar2 kepala otak nak fikir ni...


Tuesday, February 22, 2011

Wajah2 Terkini, Dia Yg Kupanggil Mak

 Wajah2 kepunyaan mak 
yg ceria, 
senyuman yg jarang
semanis ini...

 pergilah duka
pergilah nestapa, agar 
senyuman semanis ini 
kembali semula
ke laman ayah

Sunday, February 20, 2011

Cerita Ttg Bapak Tiri Ayah


Panjang jugak cerita aku hari ni…tentu ada yg boring, tapi kepada yg sudi membaca sampai ke akhir, timekasih daun keladi….it just for sharing.

Bila tok bomoh datang rumah…

                                   Bukan seorang dua, tapi telah berpuluh bomoh yg sudi mencuba kepakaran mengubat ayah, tak kira dari jauh atau dekat, mereka berbomoh dgn pelbagai cara. Ribuan ringgit dah melayang ke tangan tok2 bomoh. Itu belum lagi yg berubat dgn hospital swasta. Hospital gomen kt As atau PG tkyah cakap ler, setiap bulan ttp ada appointment yg kena attend.
                                  Citer pasal tok bomoh atau dgn sengajanya aku panggil ‘bapak tiri’ ayah, ada yg datang ke rumah berjampi serapah, tak kurang yg menggunakan ayat suci al-quran. Malah menggunakan pelbagai cara pula untuk membuang perbuatan jahat yang kononnya sebagai penyebab mengapa ayah sakit berlarutan. Garam kunyit bertaburan di setiap penjuru rumah, malah kampung ayah ‘dipagar’ agar hantu jembalang tidak dapat masuk untuk mengganggu ayah. Pernah kami sekeluarga dimandikan air bunga2an dn limau agar saka nenek moyang tidak lagi mengganggu keturunan ayah. Aku ada saka ker?. Hanya bomoh yg boleh jawab.
                                  Ada juga bomoh yg mengggunakan katak sebagai isyarat penentu sama ada hantu syaitan masih ada atau tidak. Kalau katak masih ada di bawah tempurung yg diletakkan batu di atasnya masih ada, itu bermakna hantu dah pergi, tapi kalau sebaliknya, maknanya katak2 yg baru bakal menjadi mangsa seterusnya. 


                                   Hurmm….terkebil aku dan adik2 berpandangan sesama sendiri. Mencebik pun ada (cebik penuh makna tu..jahatnya!) Kebanyakkan bomoh akan membekalkan air penawar dan sirih pinang agar penyakit keluar dari badan. Air penawar diminum, sirih pinang disapu seluruh badan. 


Sapu punya sapu, dah setahun berlalu, tapi resultnya ayah tetap tidak berubah…malah semakin uzur.
                                 Bukan niat aku nak pangkah perubatan cara traditional ni, sebab kadang2 ada jg yang mujarab tambah kalau sakit yg terkena buatan kianat orang, spt santau. Tapi kalau dah timbul bab tuduh org lain iri hati dan berdendam, lalu ‘dibomohkan’ kita, ni yg buat aku mushkil 100%. Tambah pulak kalau yg kena tuduh tu dah berpuluh tahun meninggal.
                                  Nak flashback, puluhan tahun lalu kisah perebutan harta pusaka antara adik beradik tercetus dan menjadi fenomena dlm keluarga tok aku, tapi kes tu dah lama settled selepas kaki tok aku lenguh naik turun mahkamah. Akhirnya tanah dipulangkan kepada yg berhak. Adik beradik tok dan tok aku sendiri dh lama meninggal, kenapa baru skrg ayah terkena sakitnya? Kata bomoh, ada anak beranak sebelah kakak arwah tok yg tak puas hati atas pembahagian harga pusaka.
                                  Wonder, kenapa pulak ayah yg sakit dan bukan mak? Ishk ishk ishk.. tak logik tak logik. Adoi tok bomoh…kalau nak buat duit pun agak2 ler sikit. Jangan ler pakai tuduh saja. Jgn adakan benda yg tak ada. Usah tambah dosa sbb dosa yg sedia ada pun belum tentu terampun. Inikan pulak berdosa pada org yg tiada lagi di dunia ini. Tak payah ler dok korek story yg dah lama tutup. Dan jangan ler ambik kesempatan ke atas kesempitan org lain…Ilmu yg diberi hanya pinjaman, pergunakan ia ke jalan yg sebaiknya.
                                Terdesak untuk kembali sembuh atau sekurang2nya meringankan kesakitannya membuatkan ayah tidak pernah serik2 berubat dgn ‘bapak tirinya’. Dan aku sebagai anak perempuan hanya mengharap ehsan sang suami untuk ke hulu ke hilir membawa ayah utk berubat. Alhamdulillah setakat ni my dear hubby masih mengikut rentak ayah, entah esok lusa apabila dia kembali bekerjaya, apakah aku masih kuat seperti dulu untuk menghadapinya sendiri?

Friday, February 18, 2011

HOMOEOPATHY ler pulak!


Kelmarin ayah pergi berubat lagi. Kali ini bukan lagi dengan bomoh yg tentunya dengan doa dan jampi serapah. Tapi beralih arah ke Klinik Homoeopathy Barakah, di Simpang Empat Perlis. Macam biasa ‘org kuat’ ayah yg rekemenkan tempat tu. Katanya boleh sembuh, sbb dia dah cuba. Hurmm…my hubby mcm biasa la, ikut saja rentak ayah tanpa kata2. Bagai ditelan mati mak, dibuang mati ayah….

Dari risalah yg diambil hubby, perubatan homeopathy merupakan suatu sistem perubatan moden dan unik. Ianya suatu bentuk perubatan yg saintifik dan berdiri teguh di atas prinsip-prinsip tertentu. Dari segi sejarah, asal usul perubatan ini telah ditemui oleh Ibnu Sina, seorg tokoh perubatan Islam yg terkenal. Diperkenalkan semula oleh seorg doktor berbangsa Germany, Prof Dr Samuel Haimemann pada abad ke 17. Rawatan ini menggunakan pendekatan alam semulajadi, bahan galian, tumbuh-tumbuhan dn sebagainya. 
Dpt sembuhkan pelbagai penyakit kronik spt kencing manis, jantung, lumpuh, darah tinggi, gout dll lg.
6  jenis ubat diberi utk tempoh 2 minggu. Tapi bolehkah ayah bersabar utk melihat keberkesanan ubat2 tersebut dlm tempoh mcm tu? Bila ke Homoeopathy, lupalah seketika Klinik Dr Azman kat Kuala Kedah yg dicanang-canangnya nak pergi sejak seminggu lalu. Hai, in waiting list tu!.


Rasullullah (SAW) bersabda yg bermaksud:
“Tidak Allah menurunkan penyakit, kecuali diturunkan pula ubatnya yg diketahui oleh yg mengetahui dan tidak diketahui oleh yg tidak mengetahuinya”
“Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dgn izin Allah”
*cth ubat dr Google

Wednesday, February 16, 2011

Sesekali terungkai rawan di hatinya…


Sejam dua bersamanya kelmarin, barulah kutahu gelodak di jiwanya. Manis mulut berceloteh namun hatinya bersarang duka. Kekosongan jiwa dek kesibukan sang arjuna mengejar kesenangan hidup rupanya meninggalkan kesan yang amat mendalam. Jiwanya semakin kosong dan kosong.

Kasih telah lama tidak dibelai dan cinta tidak lagi mekar menyala. Bukan tiada kasih, bukan pudarnya cinta, namun segalanya seakan terbiar dan hanya menurut rentetan masa dan tentuan takdir…
 
Sedikit demi sedikit rahsianya hati terungkai. Jiwa yang resah gelisah mengatur perjalanan hidup. Jalan berliku bukan tiada pedoman, bukan tiada pegangan, namun terasa ada sesuatu yg hilang dari genggaman. Diri rasa berteman dan ingin berbicara, berkongsi cerita pahit manis seharian namun tiada yg menyahut mengiya kata. Segalanya ditelan sendiri tanpa siapa menyapa.

Tabahlah wahai hati, teruskan usahamu mengharmonikan ikatan itu. Pedulikan perhatian dari luar, kerana gangguan itu lebih merawankan hatimu. Jangan dialihkan pandanganmu pada yg sementara, pada yg bukan apa2, pada yg bukan hakmu. Teguhkan cinta yg ada selagi upaya. Jangan dibiarkan ia terus sepi dan menyendiri. Cari kesempatan mendapat sempurnanya cinta selagi ada…

Kelibatnya tiada lagi…




Dah 3 hari Mr Tom tidak datang ke laman ayah seperti selalu. Kemana menghilang? Sakit lagi kah? Atau luka tempohari semakin parah?
Teringat beberapa hari lepas, my hubby letak minyak gamat dan balut luka Mr Tom. Terkial-kial Mr Tom cuba menanggalkannya. Yalah, mana pernah Mr Tom dibalut sedemikian rupa.

Hari ini dah hari ke-3 kelibat Mr Tom tidak kelihatan. Anak2 pulak selalu bertanyakan Mr Tom. ‘Tom tak datang ke mama?’. Tertunduk-tunduk anak kecilku mencari Mr Tom di bawah meja sebab bila berada di dapur Mr Tom akan lepak di situ.
Begitulah kerenah si kecilku. 

Rindunya pada Mr Tom tidak pernah surut. Balik dari sekolah terus mencari Mr Tom. Rindu untuk tidur petang bersama. Rindu untuk memberi makan dan minum kepada Mr Tom. 

Entahlah, apa khabar Mr Tom agaknya? Moga luka dikakinya semakin kering dan boleh berlari semula ke sini….

Tuesday, February 15, 2011

Diet oh diet....



Hidup tanpa nasi, siang mlm hanya buah, 
boleh ker?

Jalan menuju ke Halaman Ayah


 


Do you believe or not, this small road or they called that  as ‘jalan ban’, tidak diturap ever since I went to Penang until I returned here, it’s still the same. Nothing change after more than 20 years! It’s not because of not many populations around here or this place is not popular enough, but they sell too many excuses to make it happen. How could I tell you arrr?. More or less the other parties that suppose to taking care of our benefits were not doing their jobs. Makan gaji buta, mata jadi buta, telinga sengaja buat2 tuli. Where is the slogan that PM proud of? Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Or it just applied for other area that ‘need to’ only? That’s why I hate all the political and their cronyism. Cakap xserupa bikin?. Dunia didambakan, akhirat dilupakan.
Alahai, bila jalan berdebu….abis keta merahku berbedak tebal
Pon pon pon pon pon pon 
Kereta merah ku berbunyi
Marilah adik cepat naik
Boleh kubawa jumpa nenek….

Wednesday, February 9, 2011

Ayah pergi berUbat Lagi…


Lokasi kali ini agak jauh, nun di Jenering Jeneri, dekat dgn Pekan Jeniang, odw to Betong. Nak sampai ke rumah PakTeh kena melalui ladang getah. Agak jauh ke dalam  selepas kluar dari highway. Dari AS ke sana ada ler 2 jam. Pergi balik dah 4 jam. Kalau tak ada map mmg akan sesat sbb no signboard langsung. Sunyi saja. Dapat cari rumah PakTeh pun sebab ringan mulut tanya kat org minyak Caltex. Kalau tidak, mmg masuk angin keluar asap ler kena pusing balik. Dikenali sebagai PakTeh, Bomoh diRaja. Umur lingkungan lewat 40an. Sesampai saja, punya ler byk keta mcm org pergi kenduri. Berderet. Keta pulak hebat2 belaka, BmW, Merc. PakTeh sendiri pun pakai Toyota Harrier. Waduh…hi-income jugak jadi bomoh ni. Bukan calang2 org leh pakai benda2 branded ni.
Disebabkan ayah berkerusi roda, mmg agak payah sedikit nak naik ke rumah PakTeh. My hubby apa lagi,  jadi supir merangkap  jadi tukang  tolak dan angkat ayah ler. Thanks a lot to my hubby yg susah payah melayan kerenah dan kemahuan ayah.
PakTeh berubat pakai cara mass, himpun ramai2 lepas tu baca doa dn jampi sekali gus. Walau beratus org dtg dgn pelbagai penyakit, tapi masa berubat mmg cepat. Dari cakap2 org di situ, cara berubat PakTeh mmg mujarab.  Ada yg nak kena operate cancer tapi tak jadi operate selepas berubat dgn PakTeh. Wanita yg sukar dapat anak pun boleh diubat. Chopp!! ini bukan tlg promote yer. Pengerasnya RM30.50 seorg. Bayangkan sehari berapa dia dapat?. Itu hari minggu, blum lagi hari sabtu dn ahad. Kata org, bila time weekend keta berderet panjang lebih 1km. PakTeh off hari Jumaat dn Isnin. Dia digelar Bomoh DiRaja sbb pernah berubat Sultan Kedah @ Sultan Abdul Halim. Dasyat, dasyat, mmg dasyat.

Tuesday, February 8, 2011

Mr Tom yg Hensemm..

Inilah gambar Mr Tom terkini….selepas beberapa hari ‘singgah’ di halaman ayah. 


Aku namakannya Tom, glemer ler sikit….Setiap pagi anak2 akan terjenguk-jenguk 
kat pintu menunggu kedatangannya. Selalu selepas pukul 10 pg baru Tom akan sampai. 
Kdang2 tu lebih awal, maybe bangun awal ler tu...hehe. Datang dengan lenggang lenggok,
sambil loceng akan berbunyi mengikut aturan langkahnya. Bila ditegur…
’eh dah sampai pun kau’, Tom pun apa lagi menegur balas tanpa henti. Amboi ramah tamah sungguh si jantan ni…
Anak2 akan bagi makan ikan atau nasi. Selepas puas bermanja dan bermain, Tom akan
tidor sampai ke petang. Selagi ada anak2 yg tido, dia akan turut tido berjam-jam
lamanya.Bangun lewat petang, makan lagi. Bekalan sebelum melangkah keluar untuk pulang.


Begitulah setiap pagi dan senja. Atau kadang2 Tom akan pulang waktu malam.
Anak2 siap akan pesan, ‘Tom esok datang lagi tau, datang awal2..’ Tom akan 
melalui batas bendang sebelah halaman ayah dan lelama hilang dari pandangan. Peliknya,
kami tak tahu dari mana datangnya, punya siapa si Tom?

Sunday, February 6, 2011

          Ketika Mesyuarat Alumni SMKAH @ 5 Feb 2011

Add caption
Hasrat hati nak bersara dari sebarang jawatan, sbb dah tak larat nk beraktif lagi, 
cuma nak tgk org baru handle 
persatuan ni..
org baru pastinya idea pn baru.....itulah hrapan. 
Tapi majority still nak AJK sedia ada dikekalkan. Aduhhh, aku bagai nk pengsan....
nk galas lg tanggungjawab ni for another 2 years...?


Saturday, February 5, 2011

Mila @ ALumNi SMKAH




Walaupun masih demam dn kepala berdeyut,  


ku gagahkan kaki melangkah turun dr keta menuju ke dewan SMKAH. Demi semangat setia kawan….
Ramai yg dah datang, sebab aku yg sebenarnya terlambat sedikit.
Dlm ramai2 aku bertemu seseorg yg selama ini terpisah. Mila, ya Mila teman malah sahabat baikku semasa form 1-5.
Lepas tu kami terputus hubungan sampai la aku bertemu dgnnya tadi. Yeah wajahnya masih tidak byk berubah walaupn bentuk badan dh agak berisi.
Ya lah, bila dh beranak pinak tentu body shaping pn dh out of alignment..kebykkan wanita mcm tu. Tmbah pula Mila tak bekerja selepas tamat SPM. Tp yg pilunya aku tak sempat nk amik foto dgnnya....adooii mcmana boleh lupa lak?
Dengan Mila byk jugak cerita2 alam remaja yg sehingga kini masih segar dlm ingatan. Semuanya manis, semanis alam remaja...tambah bila terkenang cinta2 monyetku yg ntah apa2. Cinta ke mana, monyet pn entah ke mana?
Kepada cinta2 monyetku, kita dh bertemu dgn cinta sejati ketentuan Tuhan, tentunya kalian bahagia bersama keluarga masing2. Begitu juga aku…

Mila, pertemuan hari ini cukup bermakna, pastinya pertemuan yg lain akan menyusul, insyaAllah.

Jumpa Kawan2 di SMKAH hari ni...

Demam ler pulak..

Demam n sakit kepala. Makan ubat n nak tido..gud nite.

Friday, February 4, 2011



Memang dah lama aku ingin menjejaki seorang sahabat yg dari kecil membesar dan mengharungi alam remaja bersama. Namun sampai saat ini hati bagai kurang pasti dgn setiap kemahuan. Takut aku tidak diterima sebagai seorang sahabat lagi. Maklumlah aku bukan graduan seperti dirimu. Walau dari segi akademik kita bukanlah terbahagi bagai langit dan bumi. Kita sama2 menjadi pelajar contoh yg bakal menjejak kaki ke menara gading. Namun nasib dan keuntungan lebih menyelebihi dirimu. Aku dengan jiwa yg parah melarikan diri ke pulau mutiara sebagai pekerja industri. Walau kita ditakdirkan berada di pulau yg sama, namun latar belakang pendidikan yg berbeza terus menjauhkan kita. Kau dengan kuliah dan kawan2 baru, aku dengan dunia pekerjaanku. Khabar yg kudengar, kau sengaja buat endah tak endah pada kawan2 sekelas kita yg lainnya semasa bertemu di bandar AS. Kau sudah tidak sudi utk bertegur sapa dgn mereka. Begitukah? Jika tuduhan itu benar belaka, sampai hatimu kawan. Setelah kuamati, memang terasa diri ini jauh ketinggalan, malah rasa rendah diri itu makin menebal apatah lagi kau dgn sengaja tidak hadir di hari bahagiaku walau aku diberitahu oleh ibumu, kau mmg berada di kg ketika itu. Entahlah, aku kurang pasti apa yg ada di hatimu sehingga kau tega melakukan semua itu.
Aku bukan graduan, tanganku tidak smpai utk menggemgam segulung ijazah, apatah lagi berkhidmat sebagai seorg pendidik sepertimu. Aku hanya insan gagal yg berusaha dan belajar mengubah nasib dari duit gajiku sendiri. Walau bukan ijazah, advance diploma in HR Management dpt jugak kupegang. Malah aku merasa jugak utk naik ke pentas dan menerima segulung diplomaku. Dengan diplomaku itulah aku pernah bergelar HR Administrator dlm sebuah industri di pulau itu. Aku juga pernah menggemgam gaji RM3000 sbln, tidak kalah dari apa yg kau dapat sebagai pendidik. Namun aku tidak pernah melupakan sahabatku, aku tidak pernah lari dari kenyataan. Malah aku yg sering mencari sahabat2 kita yg lainnya setiap kali tiba lebaran. Suhaini, Hanim, Norzarina, Mie, Ard, PakLah sering bertanyakan dirimu. Kau sahabatku Haliza, payahkah bagimu untuk berusaha sedikit utk mencari kembali sahabat2mu ini?
Bila kukenangkan kembali semua kenangan kita ketika kecil, mmg byk yg melucukan. Antaranya, aku masih ingat ketika kita masuk darjah satu, kau menangis sbb tak mahu ditinggalkan oleh ayahmu, dan ketika itulah aku menarik tanganmu dan memujuk supaya kau berhenti menangis. Wah cengeng betul kau ketika itu. Kita mmg rapat, sehingga kalau ada xtvt sekolah di sebelah petang, kita akan berjalan kaki bersama. Kemana pun kita bagai isi dng kuku, mmg payah dipisahkan.
Ceritaku dan ceritamu menjadi satu, setiap darinya menjadi kenangan yg cukup indah. Masihkah kau ingat semua itu? Masih adakah sedikit kerinduan di hatimu utk menjejak kewujudan aku lagi? Gambar2 lama kita masih tetap dlm simpananku. Kuulang menatapnya bila hati terasa rindu… Masihkah kau ingat photo ni?. Photo yg kita abadikan semasa penghujung tahun seblum kita sama2 menduduki STPM...


Kita tidak jauh sebenarnya, kerna tanah kelahiran kita sama. Cuma yg membezakan kita adalah ketentuan rezeki dan haluan hidup masing2. Tidak inginkah kau mengulangi semula detik2 indah itu? Selepas berpuluh tahun, tentunya terlalu byk cerita yg ingin kita kongsi bersama, tapi mahukah kau? Sudikah kau menjejak kembali kasih yg terpisah puluhan tahun dulu?

Wednesday, February 2, 2011

Bila nak slim2 ni??


Skrg ni dah start bulan February, maknanya ada 4 bulan lagi untuk menjadikan azam thn baru sebuah kenyataan. Boleh ke kembali ke 52kg?. Sejak berada di laman ayah aku makan ikut suka hati. Sesedap rasa. Kerunsingan membuat aku makan apa saja yg terhidang, tambah pulak makan masakan sendiri. Bila tgk cik kak cik kak kt kg ni gempal2 belaka, rasa mcm inikah ‘wajah sebenar’ yg patut aku kekalkan?
Kalau dulu kat ofis aku dn kawan2 akan berlumba-lumba berdiet, makan biskut Iko atau sekadar semug Nescafe cukup untuk alas pagi. Lunch pulak mkn sayur-sayuran. Tea break cukup sekadar 1-2 biji kuih. Malam hanya minum susu dan buah atau 2 keping roti. Itu kalau time tak brapa bz ler, tapi kalau bz tahap giler, langsung tak sempat makan dari pagi, asyik minum air kosong saja. Pada sesiapa yg berdiet, setiap pagi kalau lalu depan in-house clinic, semua akan kalut timbang berat, tengok progress diet.
Namun di sini motivasi untuk kekal langsing langsung tak ada…begitukah? Masing-masing macam tak pernah risau badan asyik naik dan tak pernah turun2. Aduhhh, aku kena lakukan jugak sblum menjadi lebih tembam. Kalau masih tak berubah, maknanya tak merasa ler nak pakai balik baju kebaya yg berhelai2 tergantung dlm lemari.

Tuesday, February 1, 2011




Dari pagi tadi, hujan seperti nak turun. Langit mcm mendung saja. Syok jugak kalau hujan turun. Dah lama tak ada hujan di halaman ayah. Rindu sangat nak rasa sejuk dan segar semulajadi anugerah Allah. Pokok2 pun dah lama tak merasa air hujan. Daun2 dah hilang kehijauan dek jalan berdebu, keta merahku pun dah lama berbedak…tanah di halaman ayah pun dah lama dahagakan dinginnya air hujan…Turun la…moga semuanya kembali segar dan menghijau.
Tenghari : Tik-, tik, tik…. beberapa titis air hujan menitik atas bumbung ayah. Wah hujan dah nak turun, yes! yes! Pokok, tanah dan aku tersenyum girang. Aku pandang ke langit, betul la hujan dah dekat nak turun…keta merahku pun apa lagi, melambai-lambai menyambut kedatanganmu.
Petang : Mendung lagi dengan angin sepoi-sepoi dan sekali sekala bertiup agak kuat, tapi hujannya mana?. Awan nan cemburu dah bawa pokok hujan lari…Hu..hu..hu..kena tipu dek langit mendung. Tak baik tau… Nasib baik air tempayanku belum dicurahkan…. Hujan oh hujan, naper kau tak mau turun2. Malu atau merajukkah di kau?. Tak sudikah kau bertemu sang bumi yg kian panas dan gersang ini? Tak mahukah kau melihat anak2 kecil ketawa girang bermain lompat2 di celah titismu?
 Dari pagi sampai petang, kau tak turun2 jugak… Malam ni, agak2 kau turun tak….? Macamana pula dengan esok? Agak2 esok masih ada lagikah harapan seperti hari ini…?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...