Followers

Wednesday, March 30, 2011

Hujan dan hujan lagi...

Sejak 3-4 hari lepas laman ayah dilimpahi hujan yg tak henti2, kalau tak malam, mesti pagi2 dh turun. Lebat dgn angin yg agak kuat. Kalau hujan di sebelah pagi, mmg agak payah sikit anak2 nak ke sekolah.
Sawah bendang di belakang dan tepi halaman ayah memang dipenuhi air sampai batas petak sawah tak lagi kelihatan. Sungai besar di hadapan laman ayah pun penuh dgn air.

Bila hujan turun tak henti2, belakang dapur ditakungi air sbb tanah di area tu agak rendah. Bila hujan berhenti barulah air perlahan2 mengalir menuju ke tali air. Tapi air surut tak lama, akan penuh semula jika hujan turun lagi. Begitulah... sana sini org bercerita ttg hujan lebat, banjir dh kembali! 

Bila dah hujan, segala xtvt harian tersekat. Nak keluar rumah pun dah malas, termasuklah nak singgah menyinggah blog. Dah 2 hari tanpa new n3. Otak pun turut sejuk dan beku. Baru mlm ni terasa ada semangat nak menziarah...membalas kunjungan dan menfollow.

Sunday, March 27, 2011

Aku ingin TeRbang

Zaman kanak2 adalah zaman yg penuh dgn impian dan harapan. 
Berangan nak jadi puteri tercantik dan brkawin pulak dgn putera terkacak, ala2 prince charming gitu. Rambut panjang mengurai, berbaju gaun kembang kaler pink, berada di taman yg penuh bunga2an indah dikelilingi burung dan binatang comel...menjadi  impian paling wajib bermain2 di fikiran si kecil.

Kalaulah impian dan harapan begitu senang dicapai,
tentu tiada kata gagal yg akan wujud. Atau sekurang2nya jika ada kuasa
utk terbang bebas di udara, tangan dpt menggapai awan biru, 
pastinya hidup akan lebih indah. Begitu fikir si kecil...

Bila dah meningkat dewasa, terfikir lagi alangkah
bagus jika segala apa yg terdetik dpt dicapai dgn sekali petik.
Bagai memetik bintang...bagai menyentuh bulan. Sesekali berangan...
hidup ini akan lebih mudah jika apa yg dihajati di hati 
dpt ditunaikan dgn sekali langkah, tidak perlu berlangkah2.

Dan masih lagi di fikiran ingin terbang jauh dan lebih tinggi. 
Ingin melihat sesuatu yg lain, yg asing dari kebiasaan. 
Meninggalkan kepenatan dan kekusutan yg tiada penghujung.
Alangkah...

*Pic from Uncle Google

Friday, March 25, 2011

Semoga Allah permudahkan...

Hari ni my hubby ada 2nd interview kt satu kilang. Dekat area2 sini juga. Takler jauh cuma 30 min dari halaman ayah. Ni kali pertama hubby apply keja selepas balik ke sini. Baru nak mulakan hidup baru selepas beberapa bulan tak keja. Makan pasir ajer ler...tu pun nasib ada pasir....
Aku pulak baru apply keja dgn satu jabatan. Nak kena follow trg 6 bln dulu baru boleh start keja. Tak kesah la, asal ada keja. Keja dgn gomen ler pulak. Excited sbb ni ler 1st time nak merasa keja dgn gomen. Mcmana ler agaknya yer...
Semoga Allah permudahkan rezeki dan tetapkan haluan hidup kami...amin. Di sebalik semua yg berlaku dan masih berlaku, aku harap masih ada sinar yg menyuluh perjalanan hidup ini.

Pahitnya Ubat...Manisnya Hempedu

Sejak setahun yg lalu cerita ayah tak pernah ada tamatnya, malah cerita ttg ubat yg pahit saling berhubung. Sekejap berdukun, sekejap berdoktor.  Berjampi serapah bukan lagi asing pada kami anak beranak. Asal ada pakdukun yg direkemenkan, pasti ayah dibawa ke sana. Ke doktor pun, ayah kata tidak berganjak sedikit pun kesakitan itu. Kesakitan yg berangkai mmg sukar utk diubat. Segala faktor kena dipertimbangkan agar sakit yg ini tidak 'mengganggu' sakit yg itu. Tapi ayah buat tak faham. Kalau boleh ayah mahu ubat ajaib yg boleh sembuhkan ayah dgn kadar segera. Ayah tidak sanggup lagi menelan ubat yg hanya boleh bertahan. Ayah buat aturan sendiri, 3 hari tak sembuh ayah mahu bertukar ubat lain walaupun ubat diberi doktor utk tempoh 2 minggu. Setiap patah nasihat doktor bagai mencurah air ke  daun keladi.  Masuk kanan keluar kiri. Setiap minggu ingin bertukar doktor, sampai ubat bercampur aduk. Degil ayah payah untuk anak2. 'Hampa apa tau, hampa tak sakit..'. Berulang ayat yg sama sampai ke telinga. Panas berbahang.
Tapi semua tu kami telan. Maki hamun perkara lumrah bagi org tua yg keuzuran spt ayah. Kami cuba faham walau kita sering bertikam lidah. Kami terluka dgn kata2 ayah. Kami merajuk takkala ayah menidakkan pengorbanan kami. Namun jauh di sudut hati kecil, kami ingin berbakti menjaga ayah sebagaimana ayah berbakti membesarkan kami. Kami ingin merawat ayah seperti ayah mengasuh kami dulu. Berulang alik ke klinik, ke hospital dah jadi tugas tambahan kami. Kami sanggup lakukan semua itu demi ayah. Kami rela korbankan kerjaya kami demi melangsungkan kehidupan ayah. Kami abaikan hak anak2 kami demi mendahulukan kemahuan ayah. Kami sudi tebalkan muka tulikan telinga hanya ingin melihat ayah sihat semula atau sekurang2nya berkurang sedikit derita yg ayah tanggung. Bukan kami merungut, bukan kami menyesal dgn takdir Allah. Cuma kami pinta, bukakan sedikit ruang ego ayah untuk menerima teguran dan nasihat anak2mu. Siapa kami utk mengajar ayah kerana ayah lebih tahu garam itu masin. Dalam pahitnya ubat ayah, kami mencari manisnya hempedu yang telah ditakdirkan utk kami...
Doa kami tidak pernah putus agar Allah permudahkan urusan ayah dan semoga ayah lebih tenang menerima setiap ujian. Kuatkan juga hati kami ya Allah, utk menghadapi segala kelemahan dan kepayahan ini.

Wednesday, March 23, 2011

Hujan oh hujan!

Bila kau tak turun....kau dipanggil-panggil. Bila dah turun, kau menjadi-jadi. Aduh, manusia yg tak pernah puas dgn apa yg ada...Sampai n3 ni ditulis, hujan masih lg lebat sejak 4-5 jam lepas. Nak banjir ker?
Bunyi si katak di belakang dapur semakin kuat. Anak2 btanya, naper tiba2 ada bunyi katak? Besar tak katak tu? Kenapa ular nak makan katak? Apa lg yg ular makan selain katak? Katak makan apa? Timbul topik katak dan ular la puloks mlm2 mcm ni.Tiba2 si kecil ku menyanyi.....lagu katak mengapa panggil hujan, dan katak pulak jawab sbb ular nak makan aku...ular oh ular kenapa kau nak makan aku?....bunyi lebih kurang mcm tu la....aala lagu yg selalu kita nyanyi masa kecik2 dulu. Itulah budak2, mereka cukup sensitif kepada apa yg dilihat dan didengar. Apa yg terlintas di akal fikiran, mulut pasti akan bertanya itu ini.
Citer lg pasal hujan, pastinya sekarang sawah ayah penuh dgn air. Tak lama lagi musim menanam padi akan bermula. Aku suka bila sawah penuh dgn air sbb secara tak langsung air dari sawah akan menyejukkan sedikit haba panas matahari. Sejak duduk di kg, panas mmg masalah paling utama. Bergerak sedikit pn dah berpeluh. Tak perlu bersenam pun sbb bila buat kerja dapur peluh dah meleleh-leleh. Ok jugak tu sbb 2in1. Kerja beres, badan pn berpeluh. Tp bila dah berhujan mcm ni, rasa nak tarik selimut ler pulak. Sejuk dan ngantuk. Besok pg kalau pekena pulut tanak dgn ikan kering mmg best gila. Minum kopi 0 lagi!

Tuesday, March 22, 2011

Kerenah si Ayah

Kasih Ibu sampai ke syurga, kasih Ayah selagi ada.....ungkapan yg penuh makna kepada yg berfikir dan kepada yg mahu berfikir. Bila berfikir, maka sebaiknya ia disusuli dgn sikap dan perbuatan. Sesuatu yg berat namun bukan mustahil. Kasih ibu masih tetap yg tertinggi walau seseorg anak itu telah bersuami atau beristeri selagi tidak membelakangkan sesuatu hak yg lain. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tersasar nasib si anak tanpa restu si ibu. Namun dapatkah si anak membela dan merawat seorg ibu atau ayah sebagaimana mereka membesar dan 'menjadikan anak2 sbg manusia' di hati tua atau hari sakit mereka?
Ungkapan di atas sbg kata semangat yg tidak boleh hilang selagi hayat di kandung badan. Pulangku juga kerana mereka. Namun kerenah si ayah dgn sikap yg berbagai-bagai seperti meragut kesabaran dan ketenangan. 
Kelmarin, ayah cuba2 nak melangkah ke atas motosikalnya. Aku cuba mencegah, bimbang ayah akan terjelepuk sbb kaki ayah mmg tak boleh berdiri lama. Tp sikap degil ayah mengatasi nasihat si anak. Kubiarkan saja, tapi bila ayah cuba mengangkat kaki kanannya, ayah terduduk semula. Mmg ayah tiada upaya, cuma semangatnya yg tidak mahu kalah. Kelmarin jugak, ayah dgn berkerusi roda naik ke atas jalan. Jalan yg tidak bertar dan berbatu kecil mmg menyukarkan ayah untuk menolak kerusi roda ke hadapan melainkan menolaknya ke belakang. Entah rajuk apa, ayah tiba2 membuat tindakan sendiri. Ayah, ayah....
Kusuruh anakku mengikutnya dari belakang. Takut pulak roda tmasuk  ke dlm lopak. Ayah boleh terbalik kalau mcm tu. Atau sungai besar dgn air yg tgh naik boleh mengundang bahaya kalau tiba2 kerusi roda ayah tersasar. Pujuk si cucu, pada mulanya gagal. Ayah terus menolak kerusi rodanya hingga ke hadapan rumah jiran. Selang 2 buah rumah baru ayah sejuk sikit hatinya. "Wan, kita balik na..', pujuk si cucu, akhirnya ayah akur. Anakku menolak ayah balik ke rumah. Mak pulak dah naik baran dgn sikap ayah dari tadi. Buang tabiat betul org tua tu. Mak yg byk tertekan dgn sikap ayah. Kesian mak. Dah nasib mak. Dah takdir hidup mak. Setahun lebih mak yg bersusah payah mengurus hidup ayah. Makannya, mandinya, sakitnya, rungutannya. Segalanya tentang ayah.
Dan aku sebagai anak, tak pernah putus2 berdoa agar hidup ayah dipermudahkan. Pemudahkan juga kami anak2 utk menguruskan ayah. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada mak utk menghadapi dugaan hidup ini..amin.

Sunday, March 20, 2011

Aku Ingin Tidur....

Aku Ingin tidur
dari beratnya matamu memandang
dari beratnya bahuku memikul

Biarkan seketika
Aku ingin terus tidur lagi
lupakan esakkan dan jeritan dunia
bukan berlari dari tangis takdir 
cuma mengumpul daya utk bertatih semula

Biarkan aku terus tidur
walau lena kosong tanpa mimpi
walau langitku bukan biru lagi
cukup sekadar merehatkan hati
kerna berundur bukan bererti mati

Jangan ingatkan aku tentang cerita dunia
kerana aku ingin terus tidur untuk sedetik lagi
agar jagaku nanti....
ada harapan yg lebih segar
ada rasa yg lebih kuat


* Puisi ni tercipta ketika dlm perjalanan pulang dari Kupang, Baling. Suatu perjalanan yg begitu memenatkan. Kepala semakin berat dan mata seakan tidak ingin melihat dunia lagi. Perjalanan yg dikatakan org Baling 'dekat deh', rupa2nya memakan masa lebih sejam. Bukan tu saja, melalui jalan yg begitu sunyi di sebalik pohon2 getah dan kelapa sawit di waktu senja, menjadi pengalaman yg kalau boleh tak mahu berulang. Berdebar juga sbb takut terjadi apa2 di pertengahan jln. Mana tau ada binatang melintas ker, keta buat hal ker...mcm2 dlm fikiran. Tp alhamdulillah, selepas melalui jalan yg berliku tu, akhirnya bertemu jugak jalan menuju ke highway Sungai Petani. Lega rasanya...

Saturday, March 12, 2011

Start Sudah Walimatul Urus

Salam Petang Sabtu yg agak2 ceria, 
Hari ni bermulalah jelajah makan kenduri kawin. Sejak menetap di kg, aku dan hubby dah jadi 'wakil' ayah dlm acara begini. Macam selalu, baju kurung mendapat tempat paling penting dalam acara kenduri2 ni. Hehe...baju kurung yg jarang dipakai kalau bukan utk pergi kenduri. Tudung pulak, capai apa2 ajalah yg boleh ngam dgn baju. Tudung express ajer!
Mula2 kami jelajah yg dekat2 dulu. Dekat pun kena buat rombongan chek kiah jugak..tp naik keta ler. Empunya kenduri @ Cikgu Halim dan Kak Siti Haminah segak berbaju purple, serona dgn pengantin. Walau simple tapi ttp meriah sbb ramai sgt yg dtg. Ya lah, kenduri pada hari pertama bermula cuti sekolah, mesti ramai yg dah lamer tak makan nasi kenduri. Apa lagi berpusu org dtg, smpai tak cukup tempat. Hidangan pulak agak meriah jugak sbb ada gulai daging + rebung, daging kurma, sayur keladi, ikan kering, sambal belacan dn ulaman. He he jgn tak tahu, sebelah Kedah ni menu kenduri mmg lebih kurang mcm tu. Menu ala-ala kg. 
Selepas berehat seketika smbil menjamu mata (kekenyangan ler tu), kami jelajah pulak ke Lubuk Air. Haa, kali ni kami ke Majlis Perjumpaan Keluarga kali ke-3 thn 2011. Setiap tahun mesti ada event ni. Tp ini kali pertama aku mewakili ayah. Tujuan  majlis yg begitu murni; mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama keluarga sebelah ayah. Terima kasih sesgt kepada PakChik Khosim atau lebih dikenali sbg Ustaz Khosim yg handle event ni dgn begitu cemerlang sekali. Berusia lebih separuh abad tapi kesungguhan beliau utk mengeratkan ikatan kekeluargaan mmg sesuatu yg besar ertinya. Malah kekuatan ingatan beliau mengenali setiap ahli keluarga mmg begitu membanggakan. Sambil memegang mikrofon beliau bukan saja mengalu-alukan kedatangan jemputan, malah siap menglistdownkan setiap salasilah keluarga lagi (asal usul, nama bapak, nama tokwan, nama moyang). Mmg besar pahalanya mendekatkan yg jauh, hanya Allah sahaja yg membalas segala kebaikan dan usaha beliau. Aku sendiri kurang mengenali saudara mara, dua pupu dua papatku yg beratus tu, kecuali yg rapat dan selalu bertandang ke halaman ayah. Maklumlah aku bukannya tinggal dgn ayah sebelum ni. Kami dihidangkan dgn rendang daging, gulai daging, ulaman dan bubur. Sambil makan sambil diadakan lucky draw. Disebabkan dh kekenyangan sgt dgn kenduri yg mula2 tadi, aku dan anak2 cuma makan bubur. Kami terus balik tanpa sempat nak pergi kenduri yg no. 3. Mintak maap ler tuan umah yer..
Begitulah n3 aku hari ni. Citer kenduri kendara. Atas meja ada lagi 2,3 kad jemputan yg semuanya bertarikh esok. Aduyai, naik ler darah tinggi mcm ni. Asyik mkn daging, boleh pening nih. Esok, walimatul urus di Sik pulak. Kita tgk mcmana org Sik buat kenduri pulak. Hehe.. hopefully besok aku dpt snap photo, kot2 jumpa benda yg aneh2 dn tertarik utk n3 nnt. Wassalam.

Friday, March 11, 2011

Bila Kematian Itu Kian Menggamit

Sajak ini kutulis takkala hatiku tiba-tiba meruntun sedih, di petang jumaat yg redup, di kala hujan rintik2 dan di kala azan asar berkumandang.....

Di wajah redup itu
 ada kedut yg tiada berpenghujung
ada menung yg tidak tertanggung
sesekali di wajah itu masih ada senyum singgah di bibir
seperti harapannya yg tidak pernah lekang
menanti ada keajaiban yg sudi bertandang
agar terhapus rawan yg lama bersarang 

Di mata kelabu itu
Ada gelung hitam yg menghimpit pandangan
Mata itu tidak lg seceria dulu
Kerna yg ada cuma genangan air mata
Menanggung sakitnya takdir yg tidak mahu ke mana

Di telapak tangan itu
Walau ada pucat yg telah lama terpahat
Masih tergenggam sisa urat kudrat
Memohon simpati si anak utk kembali walau sekelibat
Mahu berkongsi cerita sendu dan pahitnya ubat
Agar ada telinga yg sudi mendengar
Walau hanya anggukan tanpa suara hikmat

Di sudut hati kecil itu
Dia tidak rela menyusahkan sesiapa
kerna bukan begini doa yg dipinta
Dia tiada upaya menidakkan kelangsungan derita
Cuma kasih si anak kekuatan yg masih bersisa
Membilang setiap jumaat, agar ada kelibat yg memberi petanda

Bila Kematian Itu Kian Menggamit
Dia tidak mahu lg ditinggal sendiri
Mahukan anak2 dan isterinya masih di sisi
Agar ada yg menyampaikan shahadah
Moga perginya sedetik lagi jangan ditangisi
Tiadanya 'ayah' usah dikesali walau sekali




 

Thursday, March 10, 2011

Secebis Nikmat Yg Ditarik, Gelap Kurasakan...

Pagi tadi entah di mana silapnya, tanpa sedar hujung ibu jari kananku tercucuk ke dlm mata seblh kanan. Mulanya hanya pedih seperti termasuk habuk. Mata berair dan makin lama makin pedih. Seperti terdapat luka kecil di bahagian mata hitam. Ini membuatkan kelopak mataku tidak dapat dibuka dan berkedip seperti biasa.

Si kanan pedih namun si kiri tetap terasa janggal utk melihat. Ku pejam mata sementara menunggu hubby belikan eye mo. Air mata lebat berjujuran, kulap dgn tisu dan tanpa sedar kelopak mata makin membengkak. Beberapa titis eye mo kutitiskan dlm mata. Pedih. Kupejam mata lagi...gelap. 
Dlm hati, penuh keinsafan dan kesedaran....Itu baru terlalu sedikit nikmat yg Allah tarik sementara, aku dah jadi gelabah dan terseksa. Dunia kurasa telah hilang indahnya, kaki terasa lumpuh tanpa penglihatan. Ya Allah, betapa besar dan banyaknya nikmat yg Kau berikan, tapi seringkali terlalu sedikit pulak yg hambaMu ini syukuri. Aku kerdil tanpa kasih sayangMu, aku lemah tanpa rahmatMu. Terima kasih ya Allah, Kau kembalikan si kananku ini, semoga saat ini dan ke akhirnya kanan dan kiriku dapat kembali melihat keagungan dan kebesaranMu...amin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl ayat 18 yang tafsirnya:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Sesungguhnya sudah pasti kita tidak mampu menghitung atau mengira nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita tanpa meminta sebarang balasan. Justeru itu perlulah kita menyedari segala nikmat yang dianugerahkan tidak kira ketika sihat, suka, senang, mudah bergerak, bercakap, melihat, mendengar dan sebagainya yang digunakan dalam kehidupan seharian kita. 

Tuesday, March 8, 2011

Aku Gila Merah!

"Merah sgt la makngah..." Masih ingat dialog tu dlm satu iklan tv dulu2? Tak salah dlm iklan ASB. Waktu sekolah2 dulu, kalau sebut kaler merah atau apa yg berkaitan dgn merah mmg menjadi sesuatu yg pelik. Pelik ker dgn merah? Aku tak paham kenapa kaler merah menjadi kaler yg selalu dielakkan. Aku rambang mata? Tp yg pelik tu sebenarnya menjadi kesukaanku. Aku gila merah! Dari dulu, merah menjadi salah satu lambang keperibadianku. Kebetulan kain sekolah smpai 6 thn kaler merah saja sbb aku pengawas sekolah. 
Sampai sekarang merah menjadi sebahagian dari hidupku. Dari sumber2 google, kebanyakkan menyatakan yg warna merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi. Betul kot. Merah juga menjadi kekuatan jodoh antara aku dgn hubby. Dia juga suka merah, walau biru mmg tak pernah kalah dan sesuai utk lelaki. Baju kurung, blouse, kemeja, tshirt n tudung mmg tak leh mis kaler merah. Kalau tak full pun, akan ada campuran merah. Minat dan kecenderungan itu membuatkan kami memerahkan pelbagai benda. Tak rimas ker asyik merah menyala saja? Tak rasa panas ker?  Korang ni buta kaler ke apa? Ishhkk, aisey man....tak ler semua benda kat rumah, kami pilih atau kalerkan merah. Kami mix and match apa yg patut aja la. Merah boleh mix dgn hitam atau putih atau kaler lain. Eh, jgn kata aku tak suka kaler lain. Kaler hijau, pink dan kuning pun aku suka, tapi terlebih sudah pada yg merah. Tapi org kata, org yg berani saja yg pakai atau guna kaler merah. Anda ada bran?
Jom layan lagu Merah dr DefGabC

Monday, March 7, 2011

Seharian : Alor Star -----> Ipoh -----> Georgetown -----> Alor Star

Assalamualaikum..
Dh 3,4 hari tiada n3 terbaru. Sejak akhir2 ni aku sibuk dgn urusan keluarga, tambah pulak kesihatan aku yg agak tak mengizinkan...demam dn batuk2. Bila congak2, walau tak bekerja tapi kesibukan tu tetap ada. Org kata bila dah jadi suri rumah, byk masa utk goyang kaki. Oh tidak sama sekali....Ada saja keja yg nak kena beres. Tau2 ler keja 'org umah' ni kan. Keja2 rutin yg tak ada habisnya.
Baru2 ni aku dgn hubby pergi Ipoh utk urusan rumah aku di Jelapang. Appointment pukul 3 ptg tapi pukul 6 pg dah bertolak dr kg, sbb takut tak sempat buat urusan dgn Pejabat Tanah dan DBI. Singgah breakfast kat R&R Juru. Makan nasi lemak yg tak berapa nak sedap. Last sekali makan separuh, separuh lagi bg tong sampah makan...

Dah 3-4 thn tak masuk ke Ipoh, bab2 sesat ni mmg takleh nak elak. Dua tiga kali round baru jumpa bangunan DBI (dewan bandaraya ipoh). Kira pi kira mai. kena bayar dekat RM600...ye ler sbb dh 3 thn tak bayar cukai pintu. 
Selesai dekat DBI, cari pulak Pejabat Tanah yg baru sethn saja berpindah ke daerah Manjoi. Mak datuk kena pegi Manjoi ler pulak. Berpandukan map yg diberi, dekat 1/2jam baru jumpa Pejabat Tanah. Punya ler jauh dr pusat bandar sbb pejabat baru berada di dalam kawasan perumahan. Berpusing2 cari, last sekali baru jumpa. Bayar lagi...dekat RM300. Adoi, nasib ler... bukan senang nak jual rumah. Nak dpt duit kena keluar duit dulu ler..
Tengahari, pusing balik ke Tasek, sbb teringat nak makan mee rebus Ramli. Restoran tu masih di sana. Disebabkan jarang2 dtg sini, hubby order 2 menu sekali gus, mee rebus dan nasi ayam. Aku pulak order laksa. Ni la pics yg aku amik dr google sbb tak sempat nk amik gambar sendiri. Rasanya lebih kurang sama dgn yg dulu.

Dulu, restoran ni lah yg selalu kami kunjung. Selalu time lunch ler sbb join kawan2 seopis. Salah satu restoran yg femes kat Ipoh. Bila time pukul 12 mmg ramai sgt, semua bangsa 1Malaysia ada. 
Pukul 3 ptg, kami terus ke pejabat lawyer, sign SNP dgn buyer. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Kemudian pusing balik singgah Penang. Setelah selesai semua urusan dgn penyewa rumah @ Teluk Kumbar, seperti biasa kami dinner kat satu lg restoran feveret kami @ Kapitan, QB Mall. Apa lagi, inilah menu pilihan kami @ roti naan ayam tandoori.
 
Sekali lagi pic from google. Sambil bersantai, hubby jumpa kawan2 lamanya. Sembang punya sembang, pkul 2 pg baru kami sampai rumah @ AS. Penat mmg penat, tp sekali sekala pasti berbaloi. 

Thursday, March 3, 2011

Give me a Cornetto!

Malam2 yg panas membara mcm ni, teringat nk makan ais krim. Bagi sejuk perut skit, biar  turun skit suhu yg menggelegak tahap maksima ni. 
Bila tgk si akim peluk2 cornetto mcm ni, lagi la....mau tak jeles....huhuhu..nak jugak satu cornetto!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...