Followers

Friday, July 29, 2011

Jom play cook cook

Hari ni menu terlebih daripada biasa. Lebih daripada biasa bukan sebab menu yang luar biasa atau di luar kebiasaan, tetapi aku yang terlebih rajin sikit....hikhik. Macam malu pulak bila sebut bab rajin nih. Tambah lagi kalau rajin dlm bab2 masak memasak. Macam aneh bin ajaib.....

Monday, July 25, 2011

Datang bertamu

Sesekali bertemu, kau tetap seperti yang dulu. Mesra dan ramah adalah kau. Kau dan dirimu sering mengingatkan aku sewaktu di alam remaja kita dulu. Lenggok dan gayamu masih terbayang di mata. 

Sunday, July 24, 2011

Kau sanggup, kau tanggung!

Begitulah....apabila kita dah commit pada sesuatu, 
pastinya tiada orang lain yang lebih bertanggungjawab ke atas commitment yang kita buat selain daripada diri kita sendiri. Sungguhpun kita melakukan sesuatu itu untuk kebaikan orang lain, tapi jika ada kesusahan, keperitan dan kekurangan disebabkan commitment tadi, ia tetap menjadi milik kita sendiri. Macamana nak hidup, bagaimana nak kais, itu bukan hal sesiapa.  Easier talk, you willing you bear it!

Friday, July 22, 2011

Selamat Tinggal Jelapang!

Tiada bahasa yang dapat merungkai kata2, betapa berat mata yang memandang....berat lagi Jelapang yang kutinggalkan. Hari ni, satu2nya rumah yang aku masih ada di bumi Perak, telah bertukar milik.
Sebuah rumah impian yang belum pernah aku duduki telah menjadi hak milik orang lain.
Sepuluh tahun melakar sejarah, dengan hanya sedetik lebih  telah berpindah tangan. Hati siapa tidak sedih? Menangis di mata, menangis lagi di hati.

Wednesday, July 20, 2011

Ramadhan : Martabatkan Diri dan Kasihkan Jiwa

Assalamualaikum,
Hari ini dimulai dengan rasa yang lebih ceria. Bersenda pagi dengan si merah yang semakin nakal. Si merah yang semakin hari semakin menceriakan isi rumah dengan kerenah yang pelbagai. Manjanya mengalahkan seorang baby. Satu2nya 'anak lelaki ' yang aku ada....

Tuesday, July 12, 2011

OMD!

Salam Pagi Selasa,
Semalam ada sedikit masa melayari FB pages yang ada kaitan dgn politik. Hhehe, aku bukanlah kaki politik yang lantang bersuara atau hanya jadi pak turut....tapi sebenarnya dari dulu hati tak rasa hingin nak join mana2 parti....buktinya sampai sekarang aku tak pernah keluar utk vote mana2 parti...... Bagi aku (pndangan peribadi yer..) dunia politik ni penuh dengan kepelikan dan kesongsangan.

Sunday, July 10, 2011

Apabila pagar makan padi.....

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu....
Hari ni rasanya tiada yang istimewa, selain meneruskan rutin seperti biasa. Baru saja berFB, lalu terpandang sebaris kata dari seorang teman, lalu tergaraplah n3 yang sebegini. 

Saturday, July 9, 2011

Sucikan Hati, Bersihkan Jiwa...

Salam Hari Sabtu,
Diam tak diam, kurang sebulan kita nak menyambut Ramadhan yang mulia. 
Terasa bagai Aidil Fitri baru saja disambut...Kini ia bakal datang lagi. Paling ditunggu oleh mereka yang merindui dan mengetahui kemuliaan dan keberkatannya. Solat Tarawih dan malam Lailatul  Qadar tentunya membawa seribu penantian kepada hati2 yang mencintai besarnya pahala di bulan penuh barakah ini.

Monday, July 4, 2011

Dugaan itu datang dalam pelbagai cara....

Assalamualaikum...
Ketika n3 ni ditulis, aku baru saja balik dari lepak2 kt luar dgn.... my hubby ler, siapa lagikan. Kami berbual dari hal politik yg begitu menjengkelkan sampai ler ke hal2 peribadi. Sambil menikmati char keow teow dan capati, kawan kami yg juga ada ikatan kekeluargaan, menceritakan ttg kesihatannya yg kurang baik sejak akhir2 ini.

Friday, July 1, 2011

Jumaat Yang Hening...

Assalamualaikum...
Pagi Jumaat yang hening. Diharap hujan yang turun awal pagi tadi membawa seribu rahmat dan petunjuk dariNya. Semoga semua yang bermula hari ini akan menghasilkan yang terbaik untuk hari2 esok.

Bila 1001 alasan menidakkan tanggungjawab!

Alasan? Setiap daripada kita pasti tidak terlepas untuk beralasan. 
Walau apa sebab sekalipun, alasan diberi untuk tidak menunaikan janji atau menangguhkan sesuatu. Anak2 kecil pun bijak memberi alasan untuk melarikan diri dari hukuman atau paling tidak sebagai pelindung daripada kemarahan ibubapa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...