Followers

Monday, March 26, 2012

Sekadar Melepas Lelah...

Assalamualaikum semua...
Hello all, i'm back! Setelah hampir 2 bln menyepi, mlm ni 'tergagah' juga jari jemari ini utk menulis. 2 hari bercuti, - sekadar melepas lelah, bagai terlalu singkat. Setiap detik yg berlalu harganya umpama emas. Pergi sekali tak akan pernah kembali lagi. Kekalutan memenuhi 'kehendak' dan 'tanggungjawab' seperti dua benda yang saling berlumba. Bermula dan berakhir membahagi masa. Tanpa sedar, masa untuk diri sendiri sering tertangguh untuk beberapa kali. Begitulah...

Membelek blog rakan2, byk yang dpt dikutip sebagai ilmu dan pelajaran. Pengalaman pahit manis umpama rencah hidup yang tiada hentinya, selagi nyawa masih ada. Berat keluhan teman2 menghadapi dugaan dan ujian hidup, bagai menyedarkan aku yang aku masih bertuah kerana di sekelilingku masih ada insan yang sedia mendokong dan menyuntik semangat serta kekuatan untuk terus berdiri walau tanpa 'kesempurnaan' yang pernah dikecapi suatu masa dulu. Laluanku masih ada walau kadang berarah liku. Sinarku masih ada walau kadang awanku mendung menanti hujan.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Esa, perjalanan masih berbaki. Nafas masih belum berhenti. Walau sering tersekat dan tersesak, masih ada upaya yang sedia memayung. Semuanya ada dalam hati. Hati yang memberi kekuatan kepada diri sebenarya. Dan aku sekadar melepas lelah di sini.....siap untuk berjuang demi mereka yang masih di sisi...Wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...