Followers

Monday, January 14, 2013

Ayah yang dirindui


Assalamualaikum,
Rasanya terlalu banyak yg ingin disampaikan. 1001 cerita yg menjadi rentetan hidupku selepas ayah tiada. Halaman ayah sendiri tidak pernah sunyi dari cerita dan berita. Bagai tiada lagi ruang yang dpt menampung kekosongan. Hanya aku. Aku yang diburu waktu untuk merealisasiknnya.




Ayah, sudah seminggu lebih mak bertandang ke rumah angah. Entah bila mak akan pulang pn aku tak pasti. Mak sunyi tanpa ayah. Walau penuh reda dengan kehilangan ayah, mak tak boleh tinggal sendiri. Segala yang dipandang mak di rumah agam ini bagai belati yang menghiris perasaan. Puluhan tahun hidup bersama ayah membuatkan kehilangan ayah bukan sesuatu yang mudah bagi mak.
Kami anak beranak bimbang kesihatan mak. Darah tinggi dan penyakit penat mak menjadi keutamaan kami. Tinggal sementara dengan angah adalah jalan yang terbaik. Semoga mak tabah dan sihat. Mungkin betul kata orang, hanya masa yang boleh menjadi penawar pada setiap kedukaan.

Ayah, sudah 2-3 minggu anakmu ini tidak mengunjungimu. Tidak pernah lupa, malah saban hari ingatan ini semakin tebal merinduimu. Manakan tidak, segala yang ada di sini, rumah dan halaman adalah isi kenangan paling besar yang ayah tinggalkan untuk aku, angah dan adik
Hanya kekangan masa dan keadaan menidakkan kemahuanku sebenarnya. Seperti selalu semasa hayat ayah masih ada, berjuang untuk meneruskan hidup menjadi agenda utama pada setiap awal pagiku. Maafkan aku ayah. Aku janji aku akan selalu melawatmu di sana. Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...