Followers

Tuesday, January 1, 2013

Hari ke 40 tanpamu di sisi...


Assalamualaikum....
Hari Pertama, Kedua, Ketiga, Ketujuh dan Keempat belas telah berlalu. Alhamdulillah, kenduri untuk arwah ayah berjalan lancar. Allah permudahkan segalanya, sebagaimana Dia memudahkan pengurusan jenazah ayah sebelum ini. 

Hari ni genap sudah 40 hari ayah meninggalkan kami. Sesepi laman ayah, sepi lagi wajah mak. Walau dihatinya dia reda dengan pemergian ayah, namun terkandung rasa asing dan kosong yang amat sangat. Senyumnya masih seperti dulu, tapi sesekali leret matanya masih menanggung rasa rindu yang basah.

Kami rindu ayah! Hanya itu yang sering berlegar di setiap sudut rumah peninggalan ayah ini. Kerusi roda yang menjadi pengganti 'kaki' ayah selama 3 tahun, masih ada di sudut katil. Ia satu2nya benda yang menjadi begitu rapat dengan ayah.... InsyaAllah ia akan kekal di situ sebagai kenangan abadi keluarga kita.

Sepi! Tiada lagi suara garau ayah. Tiada lagi batuk2 ayah yang sering terdengar hingga ke awal pagi. Tiada lagi cerita2 dan gurauan ayah yang sering menemani perbualan kita anak beranak. Tiada lagi sekujur tubuh yang sering terganggu tidurnya dek sakit2 yang tidak mahu pergi. Ayah, segalanya kami rindu. 

Ayah, hanya doa2 yang mengiringi 'perjalananmu'. Semoga rohmu tenang mengadap Dia yang Maha Esa. Juga diampunkan segala dosa2 dan diberkati semua amalan dan sedekahmu semasa di dunia ini...amin.
 
Semoga aku diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis dan bercerita ttg dirimu lagi di lain kali.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...