Followers

Thursday, January 3, 2013

Kau masih ada

Assalamualaikum...

Hari2 tanpa ayah aku lalui seperti biasa. Pagi, petang dan malam seakan sama saja rentaknya. Masih ada lagu rindu yang bermain lembut. Seakan terdengar di mana2. Sesekali laman ayah dikunjungi saudara mara ayah yang datang menziarah mak. Alhamdulillah, mak pada zahirnya masih mampu menjalani hidupnya tanpa ayah. Siangnya dengan aktiviti membersih sampah dan mengemas di halaman ayah. Rumput rampai pulak begitu galak tumbuh menutupi ruang tanah yang tidak berbatu. Kelihatan mak ditemani kucing2 yang berkejaran sesama sendiri. Kucing2 kesayangan ayah.


Begitulah....segalanya dijalani seolah kau masih ada di sisi kami. Kau ada di mana2. Di halaman, di ruang tamu, di dapur malah masih terbayang kau tidur lena di katil seperti selalu. Kau masih ada sebenarnya. Bukan sekadar dlm kenangan kami malah ada kau di minda dan di hati kami.

Kau ada di setiap teguran, nasihat dan kasih sayang yang kau tinggalkan. Kau selalu ingin kami jadi yang terbaik. "Hidup jangan susahkan orang lain. Kerja keras kalau mahu berjaya. Walau dengan apa cara, jangan raih simpati orang lain" Begitulah kata kau yang selalu. Rumah besar peninggalanmu ini lambang kerja keras yang kau usahakan sepanjang hari2 sihatmu.

Redup matamu memandang silih berganti setiap anak2mu takkala kau masih dirawat di hospital,  menjadi azimat paling besar untuk kami teruskan hidup ini tanpamu di sisi. Redup matamu juga seolah mengharapkan kami reda di atas segalanya. Ya, kami ikhlas lepaskanmu. Kami reda kerana sakitmu lebih pedih, lebih parah. Allah maha kuasa. Dia mendengar dan mengabulkan doa2 anak2mu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...