Followers

Monday, January 31, 2011

Mesyuarat Agung Alumni SMKAH kali pertama @ 5 Feb 2011


Akhirnya bakal terlaksana juga mesyuarat ni, stelah beberapa kali tertangguh. Tidak mudah sebenarnya nak handle sesebuah persatuan yg ahlinya di kalangan bekas2 pelajar yg datang dari pelbagai profession. Bukan senang pula untuk memenuhi keinginan semua orang dan membulatkan setiap keputusan. Masing2 ada citarasa dan ada pandangan tersendiri. Ada yg punya hidden agenda, tak kurang yg hanya nak tumpangkan nama tapi bila dipanggil meeting dan diberi tugas, pelbagai alasan pulak timbul..mcm hampeh. Grrr. Ah! Itulah ragam makluk dinamakan manusia. Tiada yg sempurna. 
Namun begitu, masih ramai yg begitu telus menggalas tanggungjawab dan memberi kerjasama yg begitu membanggakan, sehingga pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti yg dirancang. Susah payah ditanggung bersama. Beban kerja dikongsi serata. Terima Kasih daun keladi kepada senarai AJK sessi 2009/2010. Budi kalian sebagai perintis amat dihargai.
Pejam celik ada ahli2 yg telah meninggalkan SMKAH lebih dari 22 thn lalu, dan pertemuan seperti ini tentunya akan memberi peluang keemasan utk menyambung kembali tali persahabatan dan siratulrahim yang terputus dek tuntutan kerjaya dan haluan hidup masing2. Walau jauh, namun niat utk menjayakan aktiviti persatuan dan bertemu rakan taulan menjadi semangat setia kawan yg bukan sedikit. Terima kasih kepada kawan2 yg RSVP untuk sudi hadir pada 5 Feb nanti. Semoga program pertemuan kali ini semuanya berjalan lancar dan berjaya. 
Kepada bakal2 tulang belakang alumni yang baharu @ 2011/2012, moga kalian dapat memberi sepenuh komitmen untuk menjayakan aktiviti yg lebih berfaedah pada masa akan datang, tulus menyumbang idea2 terkini demi kepentingan semua ahli dan menjalankan amanah yg diberi dgn penuh dedikasi. Teruskan langkah dan Selamat Bersukarela.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...