Followers

Friday, February 4, 2011



Memang dah lama aku ingin menjejaki seorang sahabat yg dari kecil membesar dan mengharungi alam remaja bersama. Namun sampai saat ini hati bagai kurang pasti dgn setiap kemahuan. Takut aku tidak diterima sebagai seorang sahabat lagi. Maklumlah aku bukan graduan seperti dirimu. Walau dari segi akademik kita bukanlah terbahagi bagai langit dan bumi. Kita sama2 menjadi pelajar contoh yg bakal menjejak kaki ke menara gading. Namun nasib dan keuntungan lebih menyelebihi dirimu. Aku dengan jiwa yg parah melarikan diri ke pulau mutiara sebagai pekerja industri. Walau kita ditakdirkan berada di pulau yg sama, namun latar belakang pendidikan yg berbeza terus menjauhkan kita. Kau dengan kuliah dan kawan2 baru, aku dengan dunia pekerjaanku. Khabar yg kudengar, kau sengaja buat endah tak endah pada kawan2 sekelas kita yg lainnya semasa bertemu di bandar AS. Kau sudah tidak sudi utk bertegur sapa dgn mereka. Begitukah? Jika tuduhan itu benar belaka, sampai hatimu kawan. Setelah kuamati, memang terasa diri ini jauh ketinggalan, malah rasa rendah diri itu makin menebal apatah lagi kau dgn sengaja tidak hadir di hari bahagiaku walau aku diberitahu oleh ibumu, kau mmg berada di kg ketika itu. Entahlah, aku kurang pasti apa yg ada di hatimu sehingga kau tega melakukan semua itu.
Aku bukan graduan, tanganku tidak smpai utk menggemgam segulung ijazah, apatah lagi berkhidmat sebagai seorg pendidik sepertimu. Aku hanya insan gagal yg berusaha dan belajar mengubah nasib dari duit gajiku sendiri. Walau bukan ijazah, advance diploma in HR Management dpt jugak kupegang. Malah aku merasa jugak utk naik ke pentas dan menerima segulung diplomaku. Dengan diplomaku itulah aku pernah bergelar HR Administrator dlm sebuah industri di pulau itu. Aku juga pernah menggemgam gaji RM3000 sbln, tidak kalah dari apa yg kau dapat sebagai pendidik. Namun aku tidak pernah melupakan sahabatku, aku tidak pernah lari dari kenyataan. Malah aku yg sering mencari sahabat2 kita yg lainnya setiap kali tiba lebaran. Suhaini, Hanim, Norzarina, Mie, Ard, PakLah sering bertanyakan dirimu. Kau sahabatku Haliza, payahkah bagimu untuk berusaha sedikit utk mencari kembali sahabat2mu ini?
Bila kukenangkan kembali semua kenangan kita ketika kecil, mmg byk yg melucukan. Antaranya, aku masih ingat ketika kita masuk darjah satu, kau menangis sbb tak mahu ditinggalkan oleh ayahmu, dan ketika itulah aku menarik tanganmu dan memujuk supaya kau berhenti menangis. Wah cengeng betul kau ketika itu. Kita mmg rapat, sehingga kalau ada xtvt sekolah di sebelah petang, kita akan berjalan kaki bersama. Kemana pun kita bagai isi dng kuku, mmg payah dipisahkan.
Ceritaku dan ceritamu menjadi satu, setiap darinya menjadi kenangan yg cukup indah. Masihkah kau ingat semua itu? Masih adakah sedikit kerinduan di hatimu utk menjejak kewujudan aku lagi? Gambar2 lama kita masih tetap dlm simpananku. Kuulang menatapnya bila hati terasa rindu… Masihkah kau ingat photo ni?. Photo yg kita abadikan semasa penghujung tahun seblum kita sama2 menduduki STPM...


Kita tidak jauh sebenarnya, kerna tanah kelahiran kita sama. Cuma yg membezakan kita adalah ketentuan rezeki dan haluan hidup masing2. Tidak inginkah kau mengulangi semula detik2 indah itu? Selepas berpuluh tahun, tentunya terlalu byk cerita yg ingin kita kongsi bersama, tapi mahukah kau? Sudikah kau menjejak kembali kasih yg terpisah puluhan tahun dulu?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...