Panjang jugak cerita aku hari ni…tentu ada yg boring, tapi kepada yg sudi membaca sampai ke akhir, timekasih daun keladi….it just for sharing.
Bila tok bomoh datang rumah…
Bukan seorang dua, tapi telah berpuluh bomoh yg sudi mencuba kepakaran mengubat ayah, tak kira dari jauh atau dekat, mereka berbomoh dgn pelbagai cara. Ribuan ringgit dah melayang ke tangan tok2 bomoh. Itu belum lagi yg berubat dgn hospital swasta. Hospital gomen kt As atau PG tkyah cakap ler, setiap bulan ttp ada appointment yg kena attend.
Citer pasal tok bomoh atau dgn sengajanya aku panggil ‘bapak tiri’ ayah, ada yg datang ke rumah berjampi serapah, tak kurang yg menggunakan ayat suci al-quran. Malah menggunakan pelbagai cara pula untuk membuang perbuatan jahat yang kononnya sebagai penyebab mengapa ayah sakit berlarutan. Garam kunyit bertaburan di setiap penjuru rumah, malah kampung ayah ‘dipagar’ agar hantu jembalang tidak dapat masuk untuk mengganggu ayah. Pernah kami sekeluarga dimandikan air bunga2an dn limau agar saka nenek moyang tidak lagi mengganggu keturunan ayah. Aku ada saka ker?. Hanya bomoh yg boleh jawab.
Ada juga bomoh yg mengggunakan katak sebagai isyarat penentu sama ada hantu syaitan masih ada atau tidak. Kalau katak masih ada di bawah tempurung yg diletakkan batu di atasnya masih ada, itu bermakna hantu dah pergi, tapi kalau sebaliknya, maknanya katak2 yg baru bakal menjadi mangsa seterusnya.
Hurmm….terkebil aku dan adik2 berpandangan sesama sendiri. Mencebik pun ada (cebik penuh makna tu..jahatnya!) Kebanyakkan bomoh akan membekalkan air penawar dan sirih pinang agar penyakit keluar dari badan. Air penawar diminum, sirih pinang disapu seluruh badan.
Sapu punya sapu, dah setahun berlalu, tapi resultnya ayah tetap tidak berubah…malah semakin uzur.
Bukan niat aku nak pangkah perubatan cara traditional ni, sebab kadang2 ada jg yang mujarab tambah kalau sakit yg terkena buatan kianat orang, spt santau. Tapi kalau dah timbul bab tuduh org lain iri hati dan berdendam, lalu ‘dibomohkan’ kita, ni yg buat aku mushkil 100%. Tambah pulak kalau yg kena tuduh tu dah berpuluh tahun meninggal.
Nak flashback, puluhan tahun lalu kisah perebutan harta pusaka antara adik beradik tercetus dan menjadi fenomena dlm keluarga tok aku, tapi kes tu dah lama settled selepas kaki tok aku lenguh naik turun mahkamah. Akhirnya tanah dipulangkan kepada yg berhak. Adik beradik tok dan tok aku sendiri dh lama meninggal, kenapa baru skrg ayah terkena sakitnya? Kata bomoh, ada anak beranak sebelah kakak arwah tok yg tak puas hati atas pembahagian harga pusaka.
Wonder, kenapa pulak ayah yg sakit dan bukan mak? Ishk ishk ishk.. tak logik tak logik. Adoi tok bomoh…kalau nak buat duit pun agak2 ler sikit. Jangan ler pakai tuduh saja. Jgn adakan benda yg tak ada. Usah tambah dosa sbb dosa yg sedia ada pun belum tentu terampun. Inikan pulak berdosa pada org yg tiada lagi di dunia ini. Tak payah ler dok korek story yg dah lama tutup. Dan jangan ler ambik kesempatan ke atas kesempitan org lain…Ilmu yg diberi hanya pinjaman, pergunakan ia ke jalan yg sebaiknya.
Terdesak untuk kembali sembuh atau sekurang2nya meringankan kesakitannya membuatkan ayah tidak pernah serik2 berubat dgn ‘bapak tirinya’. Dan aku sebagai anak perempuan hanya mengharap ehsan sang suami untuk ke hulu ke hilir membawa ayah utk berubat. Alhamdulillah setakat ni my dear hubby masih mengikut rentak ayah, entah esok lusa apabila dia kembali bekerjaya, apakah aku masih kuat seperti dulu untuk menghadapinya sendiri?
0 comments:
Post a Comment