Followers

Monday, November 21, 2011

Sesekali terluang..

Assalamualaikum,
Sungguh agak lama tak berkesempatan nak update apa2 pun. Sibuk dengan urusan hari2 bagai tidak pernah ada masa yg berbaki utk menulis, mengomel apa2 walaupun hanya sebaris ayat. Aku bagai dikejar waktu yang tidak pernah berhenti. Jam di dinding menjadi 'boss' baru yang sering memerhati dan mengarah agar kerja2 segera dibereskan. 
Sementara menunggu Team Harimau Malaya beraksi dengan Indonesia, maka terciptalah entry yang tak seberapa ini. Sesekali terluang, kesempatan tidak mahu dibazirkan. Rindu dendam nak menulis hanya terpendam di hati. Cuma kata2 tertera di sini yang masih mampu digarapkan. Berperang dengan masa dan kesempatan bagai suatu kekalutan yang tidak pernah berkesudahan. 
Terima kasih yang tak terhingga kepada teman2 yang sudi menjenguk dan menjadi follower blog yang semakin menyepi ini. Hanya sepi bukan mati...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...