Followers

Sunday, September 11, 2011

Keletihan yang melampau

Assalamualaikum,
Bekerja melebihi 20 jam? Setiap hari tidur kurang daripada 4 jam? Satu perubahan mendadak yang terpaksa dan dipaksa. Tiada pihak yang memaksa tapi keadaan yang mendesak. Lalu fikiran menjadi tidur dalam mata yang terbuka. Sampai bila? Sampai tua mengejar usia? Atau tua menanti senja? Sedang tenaga dan akal fikiran semakin longlai dan kosong... 
Kekecewaan?  Pada siapa? Pada takdir yang dipilih? Pada janji yang dimeterai tanpa restu? Atau pada janji2 palsu yang mengumpan sebuah kesanggupan? 
Letih...singgah yang bertamu. Tiada musim sebagai kadar penentu. Melampaui hukum kejadian insani. Mata terbuka tanpa logika akal.  Lalu lena yang panjang selalu menjadi dambaan. Bila mata sesekali terpejam, tiada satupun mimpi yang mengusik dalam tidur yang sebentar. Memang letih itu melampau. 

Thursday, September 1, 2011

IkhLas TaPi JauH...

Assalamualaikum,
Sebuah persatuan yang bukan bertujuan mencari keuntungan, jauh sekali berlandaskan kepentingan individu. Bahkan tidak sesekali mahu berbau politik. Hanya kelangsungan sebuah persahabatan menjadi tunggak untuk memastikan persatuan masih tetap bernyawa. Lalu tugas dan tanggungjawab digalas dengan penuh amanah agar tiada cacat segenap acara. Walau bermandi peluh, niat dan hajat tetap diteruskan agar usaha menepati sasaran, sudi bersukarela dengan apa cara walau tanpa apa2 imbalan.  


Hati manusia tidak pernah sama. Bila ringgit dan keuntungan menjadi igauan, lalu keikhlasan selalu diketepikan. Erti persahabatan yang sebenarnya dipandang sepi. Bukan semua tapi 1 atau 2 yang menyimpang, perjalanan acara tetap ada celanya. Bagai musibah setitik nila, susu sebelanga tetap akan rosak dan tercemar. 

Bila kuasa digenggaman, lalu tocang pun semakin meninggi dan ranggi. Pengaruh disumbat dengan upah dan kesempatan. Wujud golongan 'yes bos' yang hanya menunggu arahan dan suapan. Tidak ramai tapi cukup untuk melumpuhkan perpaduan dan kepercayaan rakan. Gelak ketawa punya makna tersirat. Kerlingan mata ada erti supaya duduk diam dan buat tak tahu itu adalah lebih baik. Angguk2 tanda setuju walau di kepala otak tak faham apa2. Senang cakap, berlagak tahu tapi sebenarnya habuk pun tarak! Cakap tak serupa bikin...

Bukan membuka pekung sendiri, tetapi cukup sebagai renungan dan pengajaran. Tidak mudah untuk mendongak ke langit jika kaki tidak betul2 mencecah di bumi. Ak sekadar pemerhati yang dekat dengan Alumni SMkAH. Ada kecewa, ada rasa sedih yang bermain diminda. Di sebalik gahnya sesuatu majlis, tidak akan terlepas corat coret di belakang tabir. Sama ada putih atau hitam sesebuah persatuan adalah tangungan bersama, bukan hak individu. Bukan hak dia, bukan juga hak kau tapi hak KITA bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...