Followers

Monday, August 29, 2011

Penyu Itu Masih Menangis

Penyu itu masih menangis
Mencari jejak yang hilang
Tiada pedoman tiada arah
Terkial mengatur langkah kalah
Mencari nur untuk segera pulang

Penyu itu masih menangis
Tidak betah diam bersama sulaiman yang kering
Sedang ombak tetap angkuh membadai
Menghempas rasa menarik simpati 
Ke tengah laut yang lebih dalam

Penyu itu masih menangis
Kerna pungguk bukan lagi peneman setia
Bulan bintang pun semakin layu bercahaya
Langit  biru menjadi kelam yang panjang
Hanya tinggal siput dan kerikil mati

Penyu itu masih menangis
Pada takdirnya yang tetap samar
Pada nafas yang semakin sesak
Pada jejak yang masih hilang
Sesat dan payah untuk pulang...



Sunday, August 28, 2011

Salam AidilFitri

Assalamualaikum semua,
*Selamat Hari Raya! kepada semua readers dan followers yang sudi singgah ke halaman ayah yang tak seberapa ni..Bagaimana sambutan raya anda kali ini? Pasti persiapan dah tip top kan? Jangan sedey2 tau...terimalah apa saja dengan rasa keinsafan...
*Maaf zahir dan batin jika sekiranya sepanjang kita berblogging ni ada tersalah sebutan, tersalah mentafsir, tersalah memberi komen dan segala yang 'ter' termasuklah yang tersinggah ke blog rakan2....(yang ni kira salah juga ker?). Sekiranya ada yang terasa dengan penulisan ak yang entah apa2, merewang sana sini, dipohon sejuta kemaafan.
Ak sekadar seorang insan yang menumpang di alam maya ini dan terimalah ak seadanya...(sambil jari jemari mengesat si air mata..) Segala yang disampaikan di halaman ayah ini hanya luahan rasa dan pandangan peribadi yang ingin dikongsi dan tiada langsung unsur2 paksaan daripada sesiapa selain kerelaanku dari hati yang paling dalam...wahhh gitu!
Apa2 pun Semoga Lebaran ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan usah dilupa kepada mereka yang telah tiada dan kepada mereka yang tidak berkemampuan, sudi2 lah utk hulurkan bantuan.


*Juga selamat menyambut hari kemerdekaan  : "Merdekakan diri dan minda kita dari dibelengu ketidakadilan dan penindasan"

Friday, August 26, 2011

Masih adakah ruang?

Assalamualaikum,
Sana sini kita bercerita ttg kemeriahan di sepanjang Ramadan. Acara berbuka puasa,  resepi2 yang menarik, xtvt bershopping dan tentunya tidak ketinggalan cerita ttg balik kg antara 'cerita panas' sepanjang Ramadan.
Begitu juga cerita ttg kedatangan bulan Syawal, bulan kemenangan. Pelbagai rancangan diatur dan pastinya ia membayangkan kebahagiaan dan keceriaan yang bakal ditempuh. Melawat sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga menjadi salah satu pengisian hari raya yang cukup hebat. Sehebat dan secantik pakaian yang kita pakai...ya kan?

Menjelang Syawal

Salam 26 Ramadan,
Lebih kurang 4 hari lagi kita akan meninggalkannya dan bermula pula critera Syawal. Corat coret menjelang Syawal mmg menjadi saat manis, apatah lagi kepada perantau2. Balik ke kampung memang perkara biasa. Sekali, dua atau tiga kali sebulan menjenguk keluarga menjadi acara wajib kebanyakan orang. Kepada yang sengaja tak balik beraya di kampung selama bertahun2, korang tak rasa apa2 ker? (tanpa rasa bersalah?)
Tapi balik kampung menjelang Syawal punya keistimewaan dan ada cerita tersendiri.....

Wednesday, August 24, 2011

Shopping Lagi....

Assalamualaikum,
Tidak lengkap sesuatu perayaan jika tidak ada acara membeli belah. Acara yang belum tentu habis dengan hanya sekali jalan. Sekali 'trip' hanya sempat beli baju raya. Punya ler banyak pilihan dan berwarna warni sampai kelabu mata hitamku. Jadi rambang mata. Mmg ak dan family jarang tempah baju, rasa lebih senang beli yg ready made.

Monday, August 22, 2011

Mencari Semanis Hempedu

"Bila kita susah, tak ada orang nak tolong kita, selain daripada diri kita sendiri.."  
Terpana Ayu mendengar kata2 suaminya. Tiba2 jiwanya jadi sebu. Ada air mata bergenang tanpa segan silu. Hatinya meruntun pilu. Benar kata suami yang dicintainya. Memang tiada siapa yang menghulur tangan ketika dia dan keluarganya dilanda kesusahan. Ayu sedar itu. Tiada orang lain yang boleh diharap. Bukan juga darah daging sendiri.
"Abang hati2 ya. Harap2 hujan malam ni tak berlarutan. Abang pun janganlah berhujan sangat, nanti tambah demam tu" Nasihat Ayu kepada suaminya ketika mengiringi suaminya ke pintu.
"Ya lah"

Sunday, August 21, 2011

Kerana namamu Merah

Assalamualaikum,
Salam 21 Ramadhan. Tentunya setiap orang skrg ni semakin bersemangat sbb dah dekat nak raya. Masing2 sibuk dgn segala persiapan. Dari bab baju, tudung dan kasut raya, sampai la ke bab biskut dn kek raya. Blum lagi masuk bab persiapan rumah, tukar langsir, tukar sarung kusyen dan tukar permaidani baru. Ketupat, lemang, daging dan ayam adalah benda2 yang wajib ada. Walau keluar sthn sekali atau dua kali, ketupat lemang ada kelas yang tersendiri. 
Apa lagi yang nak dibeli? Tentu dah penuh listing tu kan? Berderet sampai ke muka sebelah...Bajet? Ikut kemampuan masing2. Ada rezeki lebih, eloklah berkongsi dengan orang lain. Mereka juga ada hak ke atas rezeki yang Allah berikan kepada kita, ya kan? Ehem, zakat fitrah jgn dilupa ya. Dah penghujung Ramadan ni.....

Saturday, August 20, 2011

Bukan senyum kambing...

Salam Ramadhan,
Menguning bagai taburan butiran emas. Luas terbentang seluas mata memandang. Tumbuh dari tanah lumpur, air hujan dan titisan keringat. Apa lagi yang ada di bumi Jelapang, selain padi? Khabar dari darul aman yang terkini adalah sebaris senyum dari paktani. Musim menuai tiba lagi dan bergeraklah si gergasi kuning menjelajah di serata petak sawah. 

Thursday, August 18, 2011

Jiwa akan tenang apabila menyenangkan yang lain

Tidak susah untuk susah, tidak pulak senang untuk menjadi senang! Ungkapan yang biasa didengar. Malah acapkali dipakai apabila kita membicarakan tentang kehidupan dan manusia. Susah senang bergantung kepada pilihan seseorang manusia, bagaimana mereka bersedia dan berusaha menghadapi setiap cabaran, dan selebihnya datang dari kuasa dan kehendakNya. 

Perginya Bersama Ramadhan....

Salam Ramadhan,
Pejam celik dah 18 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Beruntung jika masa itu digunakan sebaiknya ke jalan yang diredai. Berlebih pula di bulan yang mulia ini, tentunya pahala berlipat ganda dan diampun segala dosa selagi kita mengetahuinya. 

Wednesday, August 17, 2011

Bila dia tak rasa apa2

Salam Ramadhan, 
Teruja tak bila uolls terjumpa atau terlihat kelibat seorang sahabat lama yang dah lama sgt tak jumpa. Last jumpa  ketika time skolah dulu. Adalah lebih kurang 20 thn. Eh! lamanya.. :)

Ketika di skolah dulu, beliau menjadi teman yang paling rapat. Berkongsi segala. Baik dari segi pelajaran,  belajar mengaji al-quran mahupun soal hati....soal cinta...hikhik. Bagai aur dengan tebing. Di situ dia, di situ jugalah kita. 

Yuhuuu....jom SHOPping Baju Raya

Salam Semanis Ramadan,
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 17 kita menjalani ibadah puasa. Maknanya tak sampai 2 minggu lg nak menyambut hari kemenangan @ 1 Syawal. Hati semakin girang bercampur sedikit teruja. 
 

Tuesday, August 16, 2011

"Jom tambahkan FOLLOWER!"

Wooooww cheq pun nak jugak...berkawan biar 1000.....

Berdua Bersatu

Salam Ramadan,
Pagi2 ni hati dan perasaan terpanggil utk menulis entry yang berkisar tentang perKAHWINan. Sebenarnya idea ini dah lama bertapuk...dok save as draft dlm kepala otak..cuma kali ini terasa ada upaya dan berlapang dada untuk mengetuk keyboard. Keyboard baru...sbb yg lama kabelnya (wire ler tu) dicuri oleh mak si tikus...smpai hati tauuuu, kalau nak beranak sekali pun jgn ler digigit wire mouse...tau ler benda tu tumpang nama kau, tp kau nak buat hapa dengan wire tu semua? Bukan boleh makan pun....isshhkk.

Fuhh penat sungguh!

Salam Ramadan,
Fuhh! Meleleh peluh...tip tap tip tap....penat sungguh kali ni. Dari semalam sampai ke pagi ni tak renti2 berjalan. Rasa nak tido mcm ni...


Terasa lenguh tangan, lenguh mata...sakit tulang belakang...(Mr hubby picit sikit leh..?)
Ghee...


Jalan malam hari boleh ler teguk air sekali sekala. Jalan2 pagi ni...tekak terasa kering ler pulak. Tuan2 tanah tak jemput minum pun...kehkeh)

Sunday, August 14, 2011

14 Ramadan

            ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ             
“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522) 
 
Doa hari keempat belas
Ya Allah, Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala’ Dan Malapetaka Dengan KemuliaanMu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Friday, August 12, 2011

Bila mulut melayu terpaksa menikmati si keju!

Salam Ramadan,
Sesekali bila time berbuka, hati mmg teringin nak makan sesuatu yang bukan kebiasaan. Yang biasa adalah nasi dan lauk pauk, yang tentunya masakan kita hari2...atau satu dua menu special yang tidak lari daripada 'kemelayuan'. Perut melayu mestilah makan masakan yang ala2 melayu, tul tak? Itu yang kita 'hadap' daripada kecil sampai ler ke tahap yang dah tak berapa muda lg ni....kehkeh...tua ler tu!

Tuesday, August 9, 2011

Jom bercaca

Assalamualaikum,
Puasa2 ni nak bercaca kat mana lagi cikkak ooi?.  Opps ! Haha...sekali sekala...tak salahkan kita warnakan kehidupan agar lebih ceria dan meriah. Seceria dan semeriah Ramadan yang sedang kita jalani.

Friday, August 5, 2011

Hari Ke-4 dah tiada selera?

Assalamualaikum,
Bagaimana puasa hari ni? Letih? Tekak terasa perit? Lebih teruk kalau 'terpaksa berjemur' di bawah terik matahari. Naik pinau bijik mata. Kepala mesti berdenyut. Apa2pun itulah dugaan di bulan ramadhan. Puasa apa kalau tak letih, tak rasa dahaga, ya tak?

pic from mr google

Thursday, August 4, 2011

Aku pun tak mau kalah...

Assalamualaikum,
Baru sempat blogwalking, sbb dah lama sgt tak merewang laman orang lain. Ya lah, asyik ngadap dapur sendiri saja, sekali2 nak jugak jenguk tingkap orang lain. Masak apa? Citer apa? Ada berita panas ka.? Sharing is always caring rite? So, kita share apa yang patut. Ilmu yg baik patut dikongsi, bukan disimpan sorang2. Harap2 itu yg akan menjadi salah satu bekalan kita di sana. Yang tak patut tu...simpan la diam2.

Wednesday, August 3, 2011

Mimpi yang bukan mimpi

Assalamualaikum,
Semenjak lebih sethn lalu, hidup aku ini mmg dah byk sgt berubah. Bagai berhijrah....tapi bolehkah ianya di anggap hijrah? 

Monday, August 1, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Assalamualaikum..
Firstly, nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua....semoga Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik dari segi kesempurnaan ibadah itu sendiri dan bersamalah kita gandakan amalan serta sedekah jariah. Semoga usaha kita mendapat keberkatan daripadaNya dan terampun segala dosa2 yang lalu ....amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...