Followers

Monday, November 21, 2011

Harimau Mengaum Di Sangkar Garuda

Assalamualaikum,
Detik manis Harimau Malaya menjulang kejayaan pd malam 21 November tentunya menjadi tajuk paling keramat di dada akhbar esok. Selayaknya juga masih menjadi bualan paling hangat setiap warga Malaysia di seluruh pelusuk negara pada ketika ini. Kalau sudah rezeki, walau terkial-kial di bumi orang kita masih mampu menewaskan pihak lawan. Sorakan dan pekikan daripada penyokong pihak lawan nyata tidak mampu mematahkan semangat kental 'pasukan pelawat'. 
TAHNIAH  kepada team Harimau Malaya yang bergaya hebat dan gagah mengaum di sangkar garuda. 
Team Garuda menangis? Kecewa dengan kekalahan di sangkar sendiri atau ingin meraih simpati agar tidak terlalu dipersalahkan oleh penyokong merah putih? Apapun alasannya, hilang rasa hormat ketika
 lagu kebangsaan mereka diputarkan, ternyata memakan diri sendiri.

Sesekali terluang..

Assalamualaikum,
Sungguh agak lama tak berkesempatan nak update apa2 pun. Sibuk dengan urusan hari2 bagai tidak pernah ada masa yg berbaki utk menulis, mengomel apa2 walaupun hanya sebaris ayat. Aku bagai dikejar waktu yang tidak pernah berhenti. Jam di dinding menjadi 'boss' baru yang sering memerhati dan mengarah agar kerja2 segera dibereskan. 
Sementara menunggu Team Harimau Malaya beraksi dengan Indonesia, maka terciptalah entry yang tak seberapa ini. Sesekali terluang, kesempatan tidak mahu dibazirkan. Rindu dendam nak menulis hanya terpendam di hati. Cuma kata2 tertera di sini yang masih mampu digarapkan. Berperang dengan masa dan kesempatan bagai suatu kekalutan yang tidak pernah berkesudahan. 
Terima kasih yang tak terhingga kepada teman2 yang sudi menjenguk dan menjadi follower blog yang semakin menyepi ini. Hanya sepi bukan mati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...