Followers

Wednesday, June 29, 2011

Aku dan Sesuatu.....

Sesuatu? Ya... aku rasa aku bersatu dgn sesuatu. Di mata dan di hati aku ada sesuatu. Sesuatu yg payah dilontar dgn kata2,  takut lidah salah mentafsir, takut rasa tiada bersisa. Yang pasti aku tahu ia ada di sisi. Bermain dan bercerita tentang alam dan penghuninya. Berpuisi dan bermadah tentang kemanusiaan dan kewajipan. 

Tuesday, June 28, 2011

Ada Sendu Yg Terlontar

Petang ni, ada sedikit kesempatan utk berbual2 dgn ayah dan mak. 
Selalu pun aku ada kesempatan itu, tapi lontaran kata hati ayah hari ini benar2 menusuk kalbu. Ada sedih di matanya, ada sendu dlm getar bicaranya. Kata2nya masih melekat di ingatanku. Ada ucapan yg berbaur kehampaan.

'Bila ayah dah mati, baru telefon dia bagi tau'.
'Selagi ayah belum mati ikut suka dia la...nak balik ke tak...'

Monday, June 27, 2011

Timang Tinggi2 Sampai Cucur Atap...

Assalamualaikum
N3 kali ni masih lagi berlegar ttg kasih sayang. Bercakap ttg kasih sayang, bagai sesuatu yg pernah habis selagi bumi ini masih berada pada paksinya. Bagaimana kita melahirkan kasih sayang terpulang kepada diri masing2. Yg pasti ia bukan hanya dgn kata2. Kasih sayang juga mesti dizahirkan dgn sikap dan perbuatan. 

Sunday, June 26, 2011

Syioknya Tidoq!

Assalamualaikum...
Petang2 mcm ni nk wat apa ya? Nak tgk tv, dah tak larat nk layan dah. Asyik tayang citer yg diulang2...menyampah!
Tengah cuaca dok mendong mcm ni, tidoq pun syok...tambah bila perut dh kenyang. Mata pun makin layu saja, mcm tau2 hasrat di hati bila ada org surungkan bantal. Bila dh dpt bantal, uhhh apa lagi....tidoq la.
Tidoq ya...mimpi yg indah2...jgn ngigau sudah!

 


 


Friday, June 24, 2011

Cerciter Cinta

Selamat Malam,
Malam yg agak panas, petanda hujan nak turun. Sejak akhir2 ni hujan selalu turun antara pukul 4-5pg. Kedinginan pagi mmg terasa lalu selimut dicapai bg menutup seluruh badan. Kalau tidak, selimut hanya jadi peneman di hujung katil. Tiada siapa peduli.

Mereka yg sering dilupakan...

Assalamualaikum semua,
Salam hari Jumaat yg mulia. Hari ini hati terpanggil utk menulis ttg seorg anak perempuan yg telah bersuami dan punya anak2 yg sihat anugerah dan amanah dari Dia yg Esa. Kau pula yg sudi menjenguk halaman ini mungkin seorg anak perempuan, seperti aku, dia dan mereka. 

Wednesday, June 22, 2011

Bila Ringgit Bukan Lagi ke Syurga....

Ringgit bukan lagi ke syurga. Ya, sejak azali pun, wang ringgit berguni pun bukanlah satu jaminan sesebuah jasad utk masuk terus ke syurga. Terlalu dalam maksud yg tersurat dan tersirat. Kata org, semua boleh jadi bila ada duit. Dengan duit, maruah dan harga diri juga boleh dijual beli. Itu sekadar pandangan manusia, bukan nilai mulia seseorg manusia itu di sisi yg Maha Kuasa. Yang ada di sisi Allah adalah ringgit yg diuruskan ke jalan kebajikan dan urusan hidup yg sepatutnya. Bukan hidup utk ringgit semata-mata.

Tuesday, June 21, 2011

Petang2ku Tanpa Cinta si Elang...

Sinetron? Ada di mana2 channel. Kalau dulu, langsung tidak menarik perhatianku. Hanya sekali sekala anak2 saja yg ikut menonton. Kata teman2 yg begitu gila dgn sinetron dari seberang ni, kecantikan dan kekacakan hero serta herion menjadi tarikan utama, walau kebanyakkan drama2 itu diakui menceritakan mesej yg hampir sama. Dgn kebaikan watak yg keterlaluan atau kejahatan yg terlalu melampau, tentunya ia mengatasi hati naluri seorg manusia normal.
Namun, sejak aku terpandang wajah Randy Pangalila melalui Cinta Kirana, minat aku mula terarah ke sinetron tersebut. Kecantikan Nia Ramadani dgn warna kulit yg mulus mmg mencuri perhatian semua. Namun bukan Kirana yg aku pandang, tapi ketampanan Galang yg jadi perhatian. Haha....aku dah mula gila dgn sinetron lakonan Randy. 
Kini Randy muncul lagi di Ria. Dengan watak yg agak sama dgn si Galang, Elang mmg ganteng! Kerana Randy, aku memecut laju si merahku ketika mengambil anak dari sekolah, semata-mata tak mahu ketinggalan sbb sinetron yg start jam 6.30 ptg, walau aku mmg tahu akan ada siaran ulangan pada malamnya dan esok hari. Gila tak gila.
Kini sinetron Cinta Melody hampir menuju ke episod akhir, kemuncak cerita yg mmg cukup menghiris perasaan. Pada aku, Cinta Elang yg patut menjadi title sinetron ni, bukan Cinta Melody, sbb cinta si Elang lah yg lebih kuat, tulus dan setia kepada Melody dan bukan sebaliknya. Tapi ada ker title sinetron nama lelaki?

Apa2pun, wajah si Elang aka Randy mmg boleh lariskan sinetron atau filem Indon. Renungan matanya mmg menusuk kolbu...senyuman dan tangisan yg mmg wow, sesuai dgn watak org kaya2. Inilah wajah si Elang yg menjadi poojaan hati, ehemm...ya ker?
 
Minggu ni adalah minggu terakhir Cinta Melody. Setiap petang bertemankan wajah tampan si Elang dan cintanya yg tragis, tak dapat aku bayangkan petang2ku yg seterusnya tanpa sinetron ni. Adoiii, mungkin inilah kata hati si peminat Randy Pangalila. Usia yg masih muda, tapi punya ramai peminatnya di bumi Malaysia ni. Aku adalah antara berjuta peminatnya. Elang, ku tunggu kau lagi di sinetron yg lain.


Sunday, June 19, 2011

Kau yg dipanggil Abah...

Selamat Hari Bapa!
Sekalung doa semoga kita masih tetap bersama mengharungi peritnya dugaan dan manisnya harapan....
Kita pernah ada semua impian dan keinginan, dan semoga kita mampu mencapai detik itu lagi...amin.


Kau, yg semulia namumu...
Terpahat pada setiap inci wajah2 itu
Sebagai bukti kasih cinta yg tiada dua
Dan aku yg menjadi tulang rusuk
adalah peneman pd setiap hela nafasmu

Kau, yg seteguh semangat dan selaju keringat
Tidak ingin lagi menoleh ke belakang
Hanya seluruh harapan memenuhi ruang
Melonjak rasa mengumpul peluang
Mencintai lembutnya bayu dan hijaunya bumi


Semangat wiramu adalah kekuatan nurani
Mengalir dan melimpah pada wajah2 itu
Dan juga pada aku yg masih berjuang
Agar hati tidak berkata dusta, cinta tidak mudah patah
Walau cita dan impian pernah menjauh


Kau yg dipanggil Abah oleh anak2ku
Adalah semangat, adalah kekuatan
Kau disayang, kaulah idola
Tiada dua, hanya kau saja.



Kepada Ayahku yg Tersayang, Selamat Hari Bapa. Walau kita tidak sependapat dlm byk hal, itu bukan penghalang kepada kasih dan sayang seorg anak. Terima Kasih kerana mengenalkan aku ke dunia ini. 
Ayah, aku tidak akan sekuat begini menghadapi setiap dugaan hidupku tanpa doa dan restu darimu.

Friday, June 17, 2011

BerAngan tak sudah

Assalamualaikum....petang jumaat yg mulia,
Mcm biasa bila perut dh penuh, matapun makin layu. Petang jumaat yg lebih relex sbb tiada xtvt menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Hanya mengemas sikit2 apa yg patut dan menu hari ni mmg simple sgt2...moi sup atau bubur nasi (campur daging dn udang). Hias dgn bawang goreng, lobak masin dan sambal. Hubby dan anak2 pn suka. Cukuplah, dh tak larat nk sediakan menu yg berat2. Sesekali nak manjakan diri jugak..ye tak?
Berangan tak sudah....sebenarnya tak terlintas pn nak letak title mcm tu. Baru tgk itv, si Bob AF nyanyi lagu Angan Tak Sudah...tu ler tup2 timbul title yg mcm gitu. Kadang2 bila takde title susah jugak nak tulis apa. Bila dah cilok sikit sana sini, barulah ada idea nak buat entry...huhuhu. 
Berangan tak sudah....aku nak kumpul balik duit personal saving yg dh hangus, nk siapkan ruang tamu dan dapur bagi menggantikan rumah yg terjual, beli balik emas berlian yg tergadai. Sedih tau. Dan tentunya yg terpenting mendapat kerja dari hasil kerjaya lalu yg terkandas. Target? Aku tak tau bila nak tebus balik semua tu...tp ya lah mcm title tu..sekadar berangan yg tiada penyudah. Mak Jenin ker? Harap aku tak jatuh dari pokok mcm dlm mitos si Mat Jenin. Wassalam...

Monday, June 6, 2011

Alhamdulillah....

Salam utk semua...
Dah lama jugak laman ayah ni tidak dijenguk...abuk dan debu ada di mana2.. 
Lately sibuk dgn urusan walimatulurus di merata2. Sekejap di Perlis, sekejap di kg halaman sendiri. Berlumba utk memenuhi setiap undangan, walau hanya sempat singgah utk menikmati semangkuk bubur pulut hitam. Matang Kenanga, Lana Bulu, Pida 12, Lubuk Pinang dan Kg Sanglang antara area kenduri yg paling banyak. Sejak berpindah ke sini, tugas memenuhi undangan kenduri bagi mewakili ayah dan mak, tiba2 menjadi instant package. Atau lebih tepat : All in 1.
Kesibukan itu berganda2 dgn acara di rumah sendiri.
Seminggu sebelum majlis perkahwinan satu2nya adik lelakiku, segala persiapan mmg dah tak menang tangan. Macam2 nak kena buat. Kudrat? Keringat ? Mcm nak putus urat berurat. Lenguh kaki tangan mmg sudah tentu! Kepala pulak serabut, mcm2 hal nk kena fikir. Tambah pulak sejak ayah uzur, sebagai anak sulung tanggungjawab aku dan hubby mmg terlebih dari biasa.

Dlm sibuk2 tu, alhamdulillah 5 June 2011 berjalan dgn lancar walau masih ada ketidak sempurnaan di sana sini. Biasalah, wt limited manpower tentu ada kecacatan yg tidak diduga. Namun, kelegaan jiwa raga mmg terasa walau saat ini masih ada saki baki kerja yg perlu dibereskan. Bagai terlepas satu beban tanggungjawab yg besar.

Terima kasih kepada teman2 yg sudi meluangkan waktu menyerikan majlis. Sesungguhnya bila sesuatu majlis itu diadakan, barulah kita dpt mengenal semangat setiakawan dan ikatan kekeluargaan. Walau cuma sebentar, kunjungan itu amat bermakna sbg sokongan dan tanggungjawab sesama manusia.
Kepada ayah, ini sumbangan bakti kami utk ayah. Kami penuhi hasrat ayah yg ingin melihat anak ayah berkahwin seblum ayah menutup mata. Semoga majlis ini diberkatiNya dan adik dapat melayari bahtera rumah tangga dgn aman dan bahagia...amin.

Corat coret walimatul urus...@ 5 June 2011

Assalamualaikum...
Waktu2 begini tentunya ramai teman yg sempat singgah bagi menyerikan majlis perkahwinan. Paling tidak memberi sokongan dan dokongan kepada jiran tetangga yg mengadakan kenduri. Menjadi salah satu tanggungjawab sosial yg perlu ditunaikan selagi kita hidup berjiran dan bermasyarakat.

Pelbagai tema dan warna yg menjadi pilihan si pengantin, baik dari segi pakaian, meja makan, pelamin, bilik tidur mahupun barang hantaran. Tidak terkecuali cenderahati sebagai buah tangan kepada para tetamu. Semuanya biarlah lengkap dan sempurna. Begitu harapan empunya badan dan ahli keluarga. Seabadi cinta yg disemai, begitu juga impian agar semuanya sempurna di mata sendiri dan sempurna di mata semua.
Majlis Akad Nikah : Jumaat @ 3 Jun 2011 @ 3.30 ptg
Seperti yg dirancang, majlis berjalan sempurna. Dengan sekali lafaz, adik lelakiku yg satu2nya tlh menjadi suami orang. Cepat sungguh masa berlalu, bagai tidak sedar yg usia semakin meningkat. Terasa baru kelmarin, adik masih menjadi seorg 'adik' yg menjadi harapan si ayah dan impian si ibu. Bagai baru kelmarin aku memimpin tanganmu ketika berjalan. Kau menjadi kesayangan kami.
Kini kau telah menjadi seorg pemimpin kepada sebuah alam rumah tangga. Layarilah bahtera itu dgn sebaiknya...dan bahtera itu tidak pernah sunyi dari badai dan gelora. Ketulusan kasih sayang dan kepercayaan akan menjadi panduan utk menuju ke pelabuhan. Selamat Pengantin Baru.
Bersama adik sebelum upacara akad nikah
Majlis Kenduri @ 4 June 2011 - sebelah pengantin perempuan

 
Majlis Kenduri @ 5 June 2011 - Kerpan, Alor Star
 


Saturday, June 4, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang...

Di celah2 kesibukan yg memenatkan ni, aku berdaya mencuri sedikit ruang utk sebaris kata2 utk dirimu yg tersayang. Sesingkat kesempatan yg datang, ingin kulapazkan Selamat Hari Lahir....dengan doa yg tidak pernah putus...semoga Allah memberikan segala yg terbaik di sepanjang jalan 
hidupmu. 
Pengorbananmu yg tidak ternilai bagai sebutir mutiara yg tidak pernah padam sinarnya walau di mana ia berada. Kau memberi kekuatan, kau yg merungkai setiap permasalahan, kau beri jawapan pada persoalan. Kau yg hulurkan tangan ketika aku kelemasan di arus dugaan. Kau yg turut terjun menongkah arus ketika aku terkapai mencari arah. Kaulah bintang, kaulah angin yg membelai jiwa. Tak tercapai akalku ketika kau sudi utk kembali ke laman ayah. Bersamaku ketika hatiku gundah, selalu di sisiku menghapus sendu. Hanya Tuhan yg dpt membalas segala kebaikanmu...
 
Selamat Hari Lahir Sayang, semoga 2011 lebih menampakkan sinarnya, wanginya lebih harum, rasanya lebih manis dari biasa. Kupanjatkan doa semoga kau sentiasa dilindungiNya dan diberi kesihatan yg lebih baik. Percayalah, tiada yg merubah seorg aku seperti yg kau kenali dulu, kini dan selamanya. Terima kasih kerana kau tetap setia utk menangis dan ketawa bersamaku selama ini. Kau arjuna di hatiku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...