Assalamualaikum
N3 kali ni masih lagi berlegar ttg kasih sayang. Bercakap ttg kasih sayang, bagai sesuatu yg pernah habis selagi bumi ini masih berada pada paksinya. Bagaimana kita melahirkan kasih sayang terpulang kepada diri masing2. Yg pasti ia bukan hanya dgn kata2. Kasih sayang juga mesti dizahirkan dgn sikap dan perbuatan.
Kasih sayang umpama tali yg mengikat hubungan sesama insan. Kekuatannya bergantung pula kepada jenis tali yg kita gunakan dan bagaimana kita menyimpulnya agar tidak mudah putus. Kasih sayang sesama ahli keluarga cthnya,begitu kuat seperti air dicintang tak akan putus. Apatah lagi jika ia berhubung kait anak dan ibu bapa.
Timang tinggi2 sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab...
Dari usia seawal bayi, kita didodoi dgn lagu yg cukup istimewa. Betapa besar makna yg tersirat, besar lagi doa dan kasih sayang mereka agar anak2 yg ditimang dan dibelai menjadi insan berakhlak mulia dan berilmu.
Tidak pernah ada ibubapa yg mendoakan yg tidak baik kepada darah daging mereka sendiri. Jika boleh diganti, dgn nyawa sanggup mereka korbankan demi memastikan anak2 hidup lebih sempurna. Mereka mungkin buta huruf, tetapi mereka tidak pernah buta utk memberi kita pendidikan yg lebih tinggi selagi mampu. Lalu dgn tulang 4 kerat, mereka menzahirkan impian mereka agar kita menjadi umpama sebutir permata, atau sekurang kurangnya menjadi lebih baik daripada mereka sendiri.

Dan kita sebagai anak2 yg semakin dewasa dan berusia, dgn kejayaan yg cemerlang dan kehidupan yg gemilang, paling tidak, pernah berjanji mahu membela nasib mereka, mahu mengubah sedikit sebyk kehidupan mereka dgn rezeki yg kita ada. Senang cakap, mahu berkongsi betapa manisnya buah2 kejayaan hasil kerja keras kita selama ini.
Lalu tertunaikah janji2 itu? Atau janji masih tinggal janji? Atau kita lupa janji? Bagaimana pulak kasih sayang kita kepada mereka? Bertambah hangat (syukur, alhamdulillah..) atau semakin lama semakin dingin dek hidup kita yg tidak pernah sunyi dgn kesibukan sendiri.

Tanya diri sendiri. Terjagakah kebajikan mereka selama ini? Adakah cukup perhatian kita kepada mereka ketika mereka ditimpa keuzuran? Pernahkah kita hulurkan tangan ketika mereka meraba-raba di dlm kegelapan? Dan sedarkah kita yg selalu menyakiti hati mereka dgn sikap acuh tak acuh kita? Atau berapa kerap pulak kita menyapu air mata mereka ketika mereka kesedihan? Adakah kita ada ketika mereka sedar mereka tiada sesiapa? Atau adakah kita hanya menunggu mereka tiada barulah kita akan terasa yg kita telah kehilangan mereka?
Kita jawab sendiri kerana hanya kita yg ada jawapannya....
0 comments:
Post a Comment