Followers

Wednesday, January 16, 2013

Laman Ayah


Ayah, segalanya masih seperti musim2 yang dulu. Bendang padi ayah yang disewa jiran sudah menguning. Hanya menunggu masa utk dituai. Sayang musim kali ini ayah tiada lagi bersama untuk menatap mesin padi menuai padi seperti selalu. Walau bukan ayah yang mengusahakan bendang2 tersebut, namun acapkali ayah akan turut bersedih jika padi2 tidak menjadi seperti yang paktani harap2kan. Begitu juga kali ini. Boleh dikatakan semua paktani mengalami kerungian  yang agak teruk. Penyakit bena perang melanda membuatkan paktani tidak tidur lena.

Monday, January 14, 2013

Ayah yang dirindui


Assalamualaikum,
Rasanya terlalu banyak yg ingin disampaikan. 1001 cerita yg menjadi rentetan hidupku selepas ayah tiada. Halaman ayah sendiri tidak pernah sunyi dari cerita dan berita. Bagai tiada lagi ruang yang dpt menampung kekosongan. Hanya aku. Aku yang diburu waktu untuk merealisasiknnya.

Thursday, January 3, 2013

Kau masih ada

Assalamualaikum...

Hari2 tanpa ayah aku lalui seperti biasa. Pagi, petang dan malam seakan sama saja rentaknya. Masih ada lagu rindu yang bermain lembut. Seakan terdengar di mana2. Sesekali laman ayah dikunjungi saudara mara ayah yang datang menziarah mak. Alhamdulillah, mak pada zahirnya masih mampu menjalani hidupnya tanpa ayah. Siangnya dengan aktiviti membersih sampah dan mengemas di halaman ayah. Rumput rampai pulak begitu galak tumbuh menutupi ruang tanah yang tidak berbatu. Kelihatan mak ditemani kucing2 yang berkejaran sesama sendiri. Kucing2 kesayangan ayah.

Tuesday, January 1, 2013

Hari ke 40 tanpamu di sisi...


Assalamualaikum....
Hari Pertama, Kedua, Ketiga, Ketujuh dan Keempat belas telah berlalu. Alhamdulillah, kenduri untuk arwah ayah berjalan lancar. Allah permudahkan segalanya, sebagaimana Dia memudahkan pengurusan jenazah ayah sebelum ini. 

Hari ni genap sudah 40 hari ayah meninggalkan kami. Sesepi laman ayah, sepi lagi wajah mak. Walau dihatinya dia reda dengan pemergian ayah, namun terkandung rasa asing dan kosong yang amat sangat. Senyumnya masih seperti dulu, tapi sesekali leret matanya masih menanggung rasa rindu yang basah.

Kami rindu ayah! Hanya itu yang sering berlegar di setiap sudut rumah peninggalan ayah ini. Kerusi roda yang menjadi pengganti 'kaki' ayah selama 3 tahun, masih ada di sudut katil. Ia satu2nya benda yang menjadi begitu rapat dengan ayah.... InsyaAllah ia akan kekal di situ sebagai kenangan abadi keluarga kita.

Sepi! Tiada lagi suara garau ayah. Tiada lagi batuk2 ayah yang sering terdengar hingga ke awal pagi. Tiada lagi cerita2 dan gurauan ayah yang sering menemani perbualan kita anak beranak. Tiada lagi sekujur tubuh yang sering terganggu tidurnya dek sakit2 yang tidak mahu pergi. Ayah, segalanya kami rindu. 

Ayah, hanya doa2 yang mengiringi 'perjalananmu'. Semoga rohmu tenang mengadap Dia yang Maha Esa. Juga diampunkan segala dosa2 dan diberkati semua amalan dan sedekahmu semasa di dunia ini...amin.
 
Semoga aku diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis dan bercerita ttg dirimu lagi di lain kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...