Followers

Sunday, May 29, 2011

Sesekali Melangkah....

Salam si pungguk yg rindukan si bulan....
Tengahari tadi masa dihabiskan melayan filem Kongsi di Youtube. Best jugak tgk Si sempit yg beraksi ala2 samseng yg berloghat siam-kelantan. Lepas melayan 'lu langsi lu mati', melayan pulak walimatul-urus kt rumah seorg teman di sanglang dan saudara di kangar. Bila perut dah penuh, kesempatan diambil utk ronda2 Pengelih (Perlis la tu). Hanya mengikut arah kereta, kami tersampai di Taman Rimba Mata Ayer. Ok jugak tempat tu. Anak2 teringin nk mandi manda tapi tak kesampaian. Berpakaian baju kurung selehai sepinggang mcmana nak mandi? Pada ank2 aku berjanji akan dtg lagi pada suatu hari jika ada masa terluang. 

Begitulah...sesekali melangkah keluar, terlihat keriangan di mata anak2. Dah lebih sethn mereka tak berholiday seperti dulu. Sejak berpindah ke halaman ayah, tiada lagi janji utk ke mana2. Bukan tdak pernah memasang angan2, tapi aku takut janji tak terkota. Sungguh, keadaan tak mengizinkan. Kesempatan utk menjenguk 'dunia luar' walau hanya sekitar2 sini, cukuplah utk kita. Itu saja yg kita boleh.

Saturday, May 28, 2011

Aduh sakit kepalaku...

Salam petang sabtu,
Hari ni takde citer yg best pun. Cuma agak letih dan kepala sejak pg tadi rasa sakit sgt. Dah tidur tapi bila sedar rasa sakit tak hilang. Dah beberapa minggu tak rasa sakit mcm ni. Maybe kesibukan mengemas rumah dan mbuat persiapan akhir (utk majlis kahwin adik), membebankan mental dn fizikal. Kurang seminggu sj lagi majlis tu akan berlansung. Semakin dekat semakin mencemaskan. 

Kepala oh kepala....mengapa lah kau sakit sgt? Tak cukup rest kah kau? Beban yg menggunung? Ah!
semua ada dlm kepala otak. Berserabut. Tinggal nak meletup saja.



 Hati pulak berdebar kencang bagai dikejar dek waktu. Cemas. Bimbang memikirkan ketidaksempurnaan...harap2 bukan itu penyudahnya.

Dah beberapa hari tiada menu special. Masak ala kadar sbb byk masa dihabiskan dgn mengemas halaman ayah; mengecat, membakar....Tp anak2 suka sgt menu nasi goreng. Mreka tak kisah pun kalau menu nasi goreng kg or goreng tom yam. Asal ada sambal belacan tumis dn ikan goreng atau telor mata kerbau. Bedal saja.

Anguk2, geleng2 dah semakin terbiasa. Apa2 aja ler ayah oii..mak oii. Aku dh tak larat nak berargue. Mmg pendapat org yg tidak berapa muda  (akulah tu) dgn org2 tua ni mmg selalu bercanggah. Berperang mulut mmg dah jadi lumrah. Moga aku masih ada rasa sabar utk hadapinya.

Kepala makin sakit. Mata pedih. Ini saja modal n3 4 2day. Nak rest jap sebelum tgk Hazama mlm ni. Go Hazama. Kau tidak Sendiri!

Friday, May 27, 2011

Jumaat Yang Indah

Salam pagi Jumaat yg mulia...penghulu segala hari.
Di luar terdengar burung berkicau riang, suara unggas kg juga masih kedengaran. Dimeriahkan lagi suara ayam jantan yg sekali sekala berkokok menandakan hari dah semakin terang. Cahaya matahari yg semakin kelihatan.... alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan utk merasai Jumaat yg indah.
 
Mengapa aku dikejar waktu sedangkan setiap jumaat selalu dinantikan oleh setiap umat Islam? Waktu datang sering menghimpit diri, lalu perasaan mengungkap kata 'tak tercapai akal dan fikiran' 
Kesempurnaan yg dicari...mengharap segala yg diatur berjalan dgn lancar dan seadanya. Apalah yg dapat kuberikan sedangkan aku sendiri masih tercari2.
Aku mencari ikhlas yg tulus, yg tidak ternoda dek riak dan bangga diri. Sempurnakan niat ku Ya Allah.
Semoga Jumaat ini membawa keberkatan yg berpanjangan..amin.
 

Wednesday, May 25, 2011

Rasa yg ingin dikongsi

Salam awal pagi,
Sedikit kelapangan yg ada membolehkan aku menulis lagi di sini. Org cakap bila dah tk berofis, maka masa senggang tu byk sgt. Boleh buat apa aja. Namun tugas harian sbg seorg yg 'bekerja dari rumah' rupanya masa itu terlalu limited. Cuma tak tertekan dek leteran dn jelingan si bos. Haha...pejam celik, dh masuk thn ke2 aku mjadi suri rumah sepenuh masa. Susah jugak ekk jadi org rumah ni. Kepala otak lg serabut. 

Namun, masa yg sedikit ni membenarkan aku utk berkarya (karya? layak ker!), sekurang2nya aku dpt menyambung kembali salah satu cabang seni yg aku gemari. Berpuisi. Sekadar meluahkan apa yg dirasa dan dilihat. Walau kadang berlagu sedih, namun itulah salah satu rentak kehidupan bg kebanyakkan manusia. Terselit satu dua rasa girang dan teruja, membuatkan senyum dan tawa itu masih punya makna. 

Kepada teman yg tak sengaja menjenguk ke halaman ini, sudi2lah kiranya membaca apa yg ada di sini. Aku tidak hebat namun aku hanya mencuba. Sekadar pelbagai rasa yg ingin dikongsi, yg baik jadikan panduan, yg buruk jgn jadi ikutan.

Ketika kau mengatur langkah melebar sayap
Mengejar warna pelangi di hujung sana
Aku menongkah arah dan melepaskan
Si kejora dari genggaman


Ketika kau membilang helaian keringat
Aku mendongak hutang piutang yg tertunggak
Ketika kau berganti baju baru saban bulan
Aku hanya bergaya di cermin setahun sekali

Ketika kau berusaha menunaikan janji
Aku menangguhnya pada suatu hari yg entah bila
Ketika kau menganyam cuti utk ke di gigi pantai
Aku hanya mampu bersimpuh di halaman sendiri

Ketika kau berbelanja barangan mewah
Aku hanya sempat menjeling dan berpaling
Ketika kau bermandikan cahaya neon yg gemerlapan
Aku hanya mampu melihat cahaya bulan

Ketika kau bercanda melepas lelah
Aku hanya menahan juraian air mata
Ketika kau tak ingin pulang
Aku hanya layak utk menanti


Tuesday, May 24, 2011

Ada Garis Luka Di Hati

Tanpa sepatah kata
Hati itu tidak akan berdusta
Ada arus keruh yg membadai
Ada beban payah yg menggalas
Tangan ditadah pinta kekuatan

Dalam gurau yg masih bersisa
Ada cerita sedih yg sering bernota
Walau mata tidak pernah bersaksi
Ada simpati ada benci yg bertarung mati

 Bukan hatinya tidak pernah sedih
Melupa kehendak mengabai diri
Kesal bersalut namun janji berapi
Merawatmu bagai hidup sesudah mati
Tiada yg mudah kerna payah itu beraja di hati

Walau ada garis luka di hati
Jiwa bertawakal agar bertukar takdir
Berharap ada bayu lembut yg datang merawat
Ada hujan dingin yg sudi membasuh
Ada cinta kebal yg setia mendamping

 



Thursday, May 19, 2011

Aku Teruja

Salam Pagi Khamis yg sekejap cerah sekejap mendung,
Saja2 nak kongsi sedikit rasa keceriaan dgn kawan2 (kalau ada yg sudi utk menjenguk...thanks in advance!).
Hari ni dah Khamis, aku tak sabau sebenarnya nak tgk dia perform. Minggu lepas 'Im in love with you'...It was good Hazama'..wah ucapan semangat yg sgt bermotivasi dari Kak Ogy. Hati girang dan melonjak, aku sukerr!, aku sukerr!, akhirnya kau buktikan....mendapat best performance for last week. 'Wa caya lu' ucapan dari Hattan menambah kredit pada undian Hazama. Kini Hazama bukan lagi ' the bottom 2'.

Gaya menari, menyanyi, body gestures during presentation mmg cute sgt2. Confident level takyah cakap la. Gaya seorg performer. Mmg yg terbaekk.
New hair style yg ni pun sesuai sgt dgn wajah Hazama. Berulang kali aku tgk video tu. Hazama patut masuk ke AF dari dulu lg, tapi yalah bukan rezeki dia lagi masa tu. Pengalaman berkongsi pentas sebagai vocalist dgn MUH, memberikan stage presence yg begitu menyakinkan.
Sebagai peminat, aku kagum keupayaan Hazama melontarkan suara, bakatnya mmg terserlah dari konsert prelude AF4 sebelum ni. Wa caya sama lu Hazama. Buat yg lebih gempar for this week. Lagu dari Illusi: Segalanya Kuterima walau ramai yg kata bagai kekacang pada kau, tp aku pasti lagu apapn  yg diberi kau mampu lakukan yg terbaik sbb
Ko Mmg Terbaik!


Tuesday, May 17, 2011

Kelahiran Semula....

Happy BirthDay, Selamat Hari Lahir, 
Selamat Hari Jadi...
Ucapan diterima dari kawan2 di laman FB. Semua mendoakan yg terbaik dan mendapat keredaanNya. Sungguh! Itu yang sering aku harapkan. Meminta agar harapan itu tidak pernah berhenti utk berdetik. Jgn mati selagi aku masih bernafas!

Kali ini thn ke2 aku menyambutnya setelah kembali ke laman ayah. Thn ke2 tanpa teman2 seofis. Masih teringat betapa lazatnya kek dari Eq Hotel. Kata seorg teman, ini adalah kek yg paling sedap sepjg kami meraikan acara bulanan majlis hari jadi di ofis. Rupa pn cantik, mesti lah yummy kan?
Rupa2nya kek tersebut adalah kek yg paling last aku potong sblm aku kembali ke laman ayah. Antara angan dan sedar, kenangan2 manis itu dah 2 thn berlalu. Georgetown yg tidak pernah tidur, seakan menyepi tanpa berita. Aku kini hidup dlm duniaku sendiri. Jauh dari kebiasaan.
Dan kelahiran ini adalah kelahiran semula....aku masih belajar utk bertatih jatuh sebelum kuat utk berdiri dan berlari. Segalanya bagai sukar dan tiada upaya.

Dikelilingi anak2 dan my dear hubby, sambutan itu tetap ada. Tanpa berlebih, aku cuma berharap kelahiran ini akan lebih baik dan dipermudahkan segala urusan...amin.

Monday, May 16, 2011

Kau Sumber Inspirasi...

Salam Hari Isnin yg cerah...
Kalau zaman muda remaja dulu, tentunya waktu2 begini aku dah bergerak ke sekolah. Rumahku yg berdekatan dgn sekolah, menyelesakan aku utk menapak ke sekolah. Kadangkala berdua dgn seorg sahabat, namun selalu jugak aku berjalan seorg diri. Berada di kelas, bertemankan  kawan2 sealiran, bergurukan cikgu2 yg memberi ilmu dan berkongsi pengalaman. Cikgu Shahidan Abd Rahman, Cikgu Che Halim Said, Cikgu Ismail Ibrahim dan Arwah Cikgu Maimunah antara guru2ku yg berinspirasi.

Ilmu dikutip, pengetahuan ditimba utk menjadikan aku seorg insani. Cita dibentuk, harapan disemai saban hari, agar jalan akan lebih berarah. Tidak pernah kenal penat menunjuk teladan agar anak didik tidak tersalah asuhan. Bebelan dan kemarahanmu pernah menjadi cemuhan semua, namun itulah kapsul paling terbaik utk merawat kedegilan. Nasihat dan teguranmu kadangkala membingit kotak telinga, tapi itulah tanda kasih tulusmu yg tiada tepinya, agar cinta2 monyet bukan menjadi agenda utama di sekolah. Cinta monyet?


Begitulah....tersenyum aku menjenguk jendela kenangan bersamamu...Kau yg selalu menjadi sumber inspirasi, walau aku tidak menjadi seorg pendidik seperti dirimu. Arah juang kita berbeza, namun cabang2 ranting pastinya tidak akan tumbuh subur tanpa akar yg kuat. Kaulah akar yg menunjuk arah dan membungakan harapan. Terima Kasih!


Akulah yg pernah menjadi anak didikmu...dan sekolah itu adalah laman terbaik yg telah menjadikan aku seorg insan. Walaupun aku bukanlah insan yg cemerlang namun aku sentiasa berusaha ke arah itu. Telah berpuluh tahun lamanya lamanmu mengabadikan kenangan itu dan kini aku mewariskan pula anak2ku utk mengutip setiap bilah ilmu yg sudi kau kongsikan. Didiklah anak2ku wahai guru, bantulah aku tunjukkan arah bagi merealisasikan cita-cita mereka. Jadikan mereka sehebat dan semulia gelaran yg kau galas itu. 



Selamat Hari Guru utk Guru2 Yg Telah Menabur Bakti dan Berbudi Kasih.
Jasamu Yg Cemerlang Akan Mewangi Sepanjang Zaman...



Selamat Hari Lahir...

Masa dan keadaan telah merubah perjalanan hidup kita. 
Aku yg dulunya pernah berpuluh tahun hidup berhujan emas, kini laluan itu bertukar langkah dan empunya. Langkah itu bukan lagi punya aku. Kini ia milikmu. Aturlah langkahmu dgn yakin dan tulus, sehebat dan sesegak uniform yg membalut tubuhmu. 

Beramanahlah dgn setiap tugas agar jalan itu tidak akan berliku. Iringi setiap atur jalanmu dgn doa yg tidak pernah putus, agar ada cahaya yg menerangi persimpangan yg kau yg lewati dan selalu dilindungiNya. 

Semeriah ucapan utk setiap guru yg dirai pada Hari Guru hari ini, begitu juga aku tidak pernah lupa pada setiap tahun hari kelahiranmu. Walau hari ini kita tidak mampu meraikannya bersama, dari jauh doaku sentiasa mengiringimu. 

Selamat Hari Lahir! Segala yg terbaik utkmu dik...


Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Lahir utk SeOrg TeMan...

Salam 8 Mei...
Walau tanpa kad ucapan atau sms, selalu tarikh ini tidak pernah terlupa. Biar bertahun, ingatan itu tetap sama. Kau yg dulu, kini bergelar seorg teman. Keadaan mendewasakan kita dan kita akur segala ketentuanNya.
Selamat Hari Lahir! Semoga kali ini ia lebih bererti dan tentunya 8 Mei disambut manis oleh anak2 dan si dia yg turut meraikan hari ibu.

Doaku dari jauh, semoga hidupmu kini lebih berbahagia dan selalu berjaya dlm karier yg sgt kau cintai.
Terima kasih kerna kau pernah hadir utk mencoret sebaris memori dlm dunia remajaku di suatu ketika dulu. Semoga persahabatan ini kekal seadanya, amin.


Aku terharu!

Salam hari ibu kepada semua ibu2 yg sudi menjengah ke laman ini...
Tentunya ada ibu2 yg telah pun menerima sejambak bunga atau coklat dari org2 tersayang. Walau apapun hadiahnya, tentunya sebagai ibu perasaan bangga sebab diingati dan dihargai membuatkan wajah ibu terlebih berseri dan senyum meleret daripada hari2 biasa, kan?  

Begitu jugak aku yg bergelar mama kepada 3 anak perempuan yg kian membesar. Kesungguhan si kecilku membilang hari utk menyambut hari ibu, benar2 mengharukan hati kecilku. Setiap hari dibilangnya, siap berangan nak belikan hadiah. Yg lagi 2, mcm biasa. Maybe keremajaan mereka membuatkan mereka byk menyembunyikan plan yg dirancang. 

Hari Sabtu, seblum singgah di Popular, aku shopping sikit brg2 keperluan asas. Dlm asyik meneliti brg yg nak dibeli, baru tersedar yg aku jalan sorang2. Budak2 dan hubby entah ke mana. Berjam jam jugak aku melilau sorang2 dlm Tesco. Tp best jugak bila shopping sorang2 nih, lebih tenang. Kalau tidak, riuh rendah dgn perangai masing2. 

Bila dh sampai kaunter, baru nampak kelibat mereka. Melenggang dan keluar masuk mcm kampung halaman sendiri. Ah, tak kisah lah, asal aku bebas shopping dgn lebih fokus...hehe.
Malamnya, aku dikejutkan dgn bunga, kad, hadiah2 dan kek. Terkedu, bila pulak anak2ku membeli semua brg2 tu? Ketiadaan mereka semasa di Tesco tadi, rupanya mereka curi2 utk belikan hadiah. Patutla, tiada siapa pn yg nk ikut aku shopping.

Aku bersyukur dn rasa dihargai sgt. Ingatan dan kesungguhan anak2ku utk meraikannya mmg mengharukan jiwa raga seorg ibu. Pelukan dan ciuman di pipi kiri dan kanan dari mereka mmg menghangatkan mlm tadi. Mmg aku terharu. Lebih2 lagi sikecilku yg siap sembunyikan sekuntum bunga ros merah yg dibelinya di koperasi sekolah dari pengetahuanku. Malah dia yg mula2 ucapkan 'selamat hari ibu' ketika hendak ke sekolah pada pagi Ahad.

Dan kini si kecilku membilang lagi kedatangan suatu hari iaitu hari lahirku...Dinie mmg begitu, selalu mengingati hari istimewa setiap dari kami, seperti tahun2 lepas.
Terima kasih kepada semua, dari lubuk hatiku yg paling dalam. Sayang Kalian!

Thursday, May 5, 2011

Biarkan si Luncai terjun dgn Labunya....

        Dulu dulu...
Anak kota itu hanya sempat bermain komputer
mendaki tepian waktu penuh cita
menumpang sinar mutiara, jadilah dia sang wira
mengisi malam dgn kerlipan impian
dan siangnya meneroka ilmu berkongsi pengalaman

Kini..
Biarkan si Luncai terjun
biarkan, biarkan....
Sesekali bila diri terapung-apung sendiri, terkial2 mencari tepian, terasa jiwa direntap rentap...
Tenggelam timbul tak keruan, lemas dlm pasrah, terasa hati ditarik tarik
Mengharap untung sabut atau untung batu, hujan emas atau hujan batu
hanya biarkan si Luncai terjun dgn labu labunya.....
biarkan, biarkan...
tiada tangan menghulur, tiada mata memandang 
hanya kelemahan jadi taruhan
kejatuhan umpama sindiran



Wednesday, May 4, 2011

Mei Dah Datang....(part2)

Mei...
Mmg kau dinanti, tapi datanglah slow2...jgn overspeed, sbb aku takut jatuh gaung!
 
Aku takut aku tak sempat, masih byk yg belum ada, action listing masih pjg berjela. Malah masih ada items yg kena add on. Satu2 kena teliti, bimbang ada yg tercicir. Kepala makin berpusing, sedang kudrat kian lemah. Blog makin bersawang, walau dlm fikiran merewang sana sini, mcm2 nk citer. Tiada masa utk update, tiada kesempatan utk menjenguk bertanya khabar. 
Dlm tempoh sebulan bagai semua nak dilakukan, plan sering bertukar dan peringatan (leteran?) makin membingit kotak telinga. Ya, ya, ya...kepala diangguk tp hati berperang utk berkata tidak. Aduss!

Kalaulah dpt diundurkan sedikit masa....sudah tentu skrg bukan bln Mei........
mula ler tu, 
berangan tak abis2...
wake up girl...berpijaklah di bumi nyata!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...