Followers

Sunday, May 8, 2011

Aku terharu!

Salam hari ibu kepada semua ibu2 yg sudi menjengah ke laman ini...
Tentunya ada ibu2 yg telah pun menerima sejambak bunga atau coklat dari org2 tersayang. Walau apapun hadiahnya, tentunya sebagai ibu perasaan bangga sebab diingati dan dihargai membuatkan wajah ibu terlebih berseri dan senyum meleret daripada hari2 biasa, kan?  

Begitu jugak aku yg bergelar mama kepada 3 anak perempuan yg kian membesar. Kesungguhan si kecilku membilang hari utk menyambut hari ibu, benar2 mengharukan hati kecilku. Setiap hari dibilangnya, siap berangan nak belikan hadiah. Yg lagi 2, mcm biasa. Maybe keremajaan mereka membuatkan mereka byk menyembunyikan plan yg dirancang. 

Hari Sabtu, seblum singgah di Popular, aku shopping sikit brg2 keperluan asas. Dlm asyik meneliti brg yg nak dibeli, baru tersedar yg aku jalan sorang2. Budak2 dan hubby entah ke mana. Berjam jam jugak aku melilau sorang2 dlm Tesco. Tp best jugak bila shopping sorang2 nih, lebih tenang. Kalau tidak, riuh rendah dgn perangai masing2. 

Bila dh sampai kaunter, baru nampak kelibat mereka. Melenggang dan keluar masuk mcm kampung halaman sendiri. Ah, tak kisah lah, asal aku bebas shopping dgn lebih fokus...hehe.
Malamnya, aku dikejutkan dgn bunga, kad, hadiah2 dan kek. Terkedu, bila pulak anak2ku membeli semua brg2 tu? Ketiadaan mereka semasa di Tesco tadi, rupanya mereka curi2 utk belikan hadiah. Patutla, tiada siapa pn yg nk ikut aku shopping.

Aku bersyukur dn rasa dihargai sgt. Ingatan dan kesungguhan anak2ku utk meraikannya mmg mengharukan jiwa raga seorg ibu. Pelukan dan ciuman di pipi kiri dan kanan dari mereka mmg menghangatkan mlm tadi. Mmg aku terharu. Lebih2 lagi sikecilku yg siap sembunyikan sekuntum bunga ros merah yg dibelinya di koperasi sekolah dari pengetahuanku. Malah dia yg mula2 ucapkan 'selamat hari ibu' ketika hendak ke sekolah pada pagi Ahad.

Dan kini si kecilku membilang lagi kedatangan suatu hari iaitu hari lahirku...Dinie mmg begitu, selalu mengingati hari istimewa setiap dari kami, seperti tahun2 lepas.
Terima kasih kepada semua, dari lubuk hatiku yg paling dalam. Sayang Kalian!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...