Followers

Tuesday, January 31, 2012

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah masih ada sedikit kesempatan utk menulis di sini. Hari ni cafe tutup sekejap. Dah 2 minggu kerja tanpa cuti, badan terasa lemah dan sengal2. Kepala berat, badan terasa panas. Tekak rasa kering sgt. 
Demam!

Dah lama tak demam kecuali sakit kepala yang selang 2,3 hari pasti terjadi. Biasa ler, migrain ni mmg takleh jauh dari diri. Berpuluh tahun, bagai isi dgn kuku. Ubat? Kadang2 boleh sembuh, kadang2 sakit tu hilang dgn sendiri. Masa yang menyembuh setiap kesakitan agaknya.

Pagi tadi, aku berkesempatan pergi 'mengunjung'  kematian bapa saudara sebelah hubby. Sakit tua menjadi punca nafas terhenti. Sudah sampai ajalnya, sudah begitu janjiNya...lalu hanya doa yang mengiringi 'perjalanannya' menuju ke alam yang lebih kekal.

 Daripada urusan memandikan jenazah hinggalah ke urusan mengkafankannya dan meletakkan jenazah ke dalam keranda, kuamati satu2. Hati sayu mengenangkan jika ayah yang sedang sakit 'dijemput' Allah suatu hari nanti. Atau kita yang sihat dan belum cukup tua ni 'dipanggil' untuk mengadapNya.

 Adakah kita telah bersedia? Cukupkah bekalan dan amalan yang kita lakukan? Atau akan lancarkah sebuah 'perjalanan menuju ke sana' tanpa sedikit gangguan? Wallahualam...

Saturday, January 14, 2012

Gembira sangat tengok awak bahagia!

Assalamualaikum,
Petang2 gini ada sedikit masa yang sengaja dicuri. Mcm curi2 tulang tu. Dgn masa yang seciput, aku mengintip wall teman2 di fb. Lama sggh tak dgr apa2 cerita sbb aku mmg jarang login fb. Kalau masuk pun sekadar nk approve friend request. Tak ler ada masa nk berlebih2. 
Satu2 wall aku tgk, kira stalker jugak ler aku ni. Melihat kejayaan teman2 menjawat jawatan tinggi dan mnjadi orang penting dalam kerjaya mereka aku rasa sgt bersyukur dan gembira. Melihat photo family yang ceria dgn gelak ketawa anak2, tentunya kebahagiaan itu melingkari setiap segi kehidupan mereka. Aku tumpang bahagia walaupun kebahagiaan itu pernah cuba diraih bersamaku dulu. Ahhhaa??

Walau siapapun, ketentuan dan takdir Allah itu ckup adil dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada hamba2Nya. Dia tidak menunjuk jalan ketika kita cuba untuk mencarinya, tapi Dia tunjukkan jalan lain yang lebih baik tanpa kita sedar. Dan itu yang terbaik dan terhebat untuk hidup '''awak'''
Tahniah! Kerana kejayaan yang begitu besar dalam kerjaya dan tentunya juga untuk kebahagiaan yang sedang awak kecapi sekarang. Gembira sangat tengok awak bahagia....dan bahagia itu belum tentu ada jika awak dipilih utk bersama saya......:)


Boleh panggil Mama?

Assalamualaikum,
Sebenarnya entry ni spatutnya ditulis dan dipost sbln yang lalu. Disebabkn tiada kesempatan, hanya hari ni cerita ni kluar. Sibuknya..:)

Boleh panggil Mama?
Aku terpana, terkesima untuk beberapa detik. Sungguh! Rasa bagai nak luruh jantung pn ada. Bukan perkara asing bagi sesetengah orang tapi ia mmg luar biasa bagi aku yang tidak pernah terlintas di fikiran. Terasa usia semakin tuapn ada sebab kurang 10 thn lagi maybe akan ada seorg lelaki yang bergelar menantu yang pasti akan memanggil aku dgn panggilan 'mama'. 

Lgpun aku yg sememangnya tiada anak lelaki, bila ada panggilan 'mama' daripada seorang remaja lelaki, terasa mcm suka pn ada. Hati berbunga...haha. Fikiran pula membayangkan alangkah baiknya kalau skrang aku ada ank lelaki....Anak lelaki selalunya akan manja dn rapat dengan ibu berbanding ayah. Alangkah..

Dan apabila seorang remaja lelaki request utk panggil aku dengan panggilan 'mama'.... Ni sepatutnya title yang lebih complete. Request tu sebab nak tackle anak dara aku ler tu. Haha...pandainya remaja sekarang, nak tackle anak kena ayat hati maknya dulu. Teringat semasa zaman sekolah2 dulu. Nak tackle kakak kena buat baik dgn adik first. Maka beramai ler nak buat adik angkat, siap hari2 kirim salam. 

Selama ni belum ada lagi mana2 remaja lelaki yang berani nk buat baik mcm tu. Selang sehari atau dua dia mesti datang cafe utk minum. Lepak sambil tengok2 nak dara aku. Tengok aja ler....mcm tengok anak patung dlm cermin.....



Thursday, January 5, 2012

Dalam kenangan...

Assalamualaikum,
Hari ni genap 2 thn aku meninggalkan bandar bayan lepas. Tidak mudah untuk melupakan tempat yang penuh rasa. Pahit, manis, masin mahupun kelat bagai perencah yang sering menjadi santapan si anak rantau. Jatuh bangun atas kudrat sendiri. Daripada zaman anak dara sunti hinggalah mempunyai anak dara sunti, dugaan dan cabaran mematangkan setiap langkah dan pemikiran. 
Laman Seagate pula menjadi medan pertempuran mempertahankan jati diri dan kebangkitan kerjaya. Tenaga dan ketekunan yang tercurah menjadi prinsip yang digendong selama berbelas tahun. Rakan, sahabat atau musuh rela berjalan seiring. Umpatan atau pujian bagai pemanis yang menambah rasa. 

Dalam kenangan...bandar bayan lepas yang kutinggalkan...ingin kujenguk tanah emasmu pada saat yang entah bila. Masih ada ombak rindu yang sering menerjah fikiran. Masih ada angin laut yang ingin kuhidu. Hatiku yang masih muda ingin berpeleseran di pantai QB....atau paling tidak berduaan makan tandoori ayam.

Ah! Kenangan yang menggigit hati dan fikiran. 
Ingat padamu, hatiku bagai terhiris, jiwaku tidak henti menangis. 

Monday, January 2, 2012

Seberat Mata Memandang...

Salam semua,
Lagi 3 hari genap 2 tahun aku 'termasuk' dlm golongan pengangur. Pengangur terhormat? Ada orang hormat ker? Yang pasti aku bukan di kalangan yang terhormat. Aku melepaskan jawatan dan mengangur hingga ke saat ini adalah atas tuntutan hidup sebagai seorang anak. Aku sebagai anak yang mempunyai anak2 sendiri bagai sengaja terjun ke gaung yang paling dalam. Bukan seperti pak pandir yang terjun bersama labu2nya. At least dia boleh berpaut pada labu dan terapung mengikut arus. Aku? Ke gaung yang pastinya akan hancur lebur dan mungkin terbakar sendiri...cuma belum ditakdirkan untuk mati. Tinggal nyawa2 ikan.

Sunday, January 1, 2012

Ada AZAM ker?

Assalamualaikum,
Sudah terlalu lama rasanya tak menjenguk halaman sendiri....Sunyi sepi dan bersawang sungguh.
Kesibukan dan rutin harian menjadi penghalang paling utama untuk menulis walaupun hanya sebaris ayat. Lalu ada cerita yang terpendam, terendam...lalu hilang? Ahh, tup2 dah tahun baru. Semakin tua? Mmg dah tua... :( tapi hati tetap muda belia...

Ada AZAM baru? Dah lama perkataan azam tak bermain di minda. Azam tahun lepas apa yekk?
Adoi kesian sungguh...
Semenjak 2-3 tahun ni, Azam bagai sesuatu yg tak wujud dlm kalendar hidup. Hanya follow dan ikut rentak apa yang ada di depan mata...Ke kiri ke kanan bagai pak turut. Terbang dan diterbang mengikut arah angin. Jatuh dan terduduk menjadi perkara biasa. Bagai dah tertulis dlm nota takdir...

Azam tahun ni? Tiada apa yang nak dicapai... Bunyi macam orang merajuk? Macam orang putus asa? Entah, tiada jawapan untuk soalan2 itu. Yang pasti, bila mata dibuka, ada rutin harian yang kena disempurnakan. Ada kesibukan yang sama seperti semalam. Ada rasa bosan bagai setahun dua yang lalu. Dan ada....selaut rindu yang menghempas untuk kembali....
Azam? Hanya sekadar ingin menjadi insan yang lebih baik...
dan punya waktu untuk kembali lagi ke sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...