Followers

Monday, January 2, 2012

Seberat Mata Memandang...

Salam semua,
Lagi 3 hari genap 2 tahun aku 'termasuk' dlm golongan pengangur. Pengangur terhormat? Ada orang hormat ker? Yang pasti aku bukan di kalangan yang terhormat. Aku melepaskan jawatan dan mengangur hingga ke saat ini adalah atas tuntutan hidup sebagai seorang anak. Aku sebagai anak yang mempunyai anak2 sendiri bagai sengaja terjun ke gaung yang paling dalam. Bukan seperti pak pandir yang terjun bersama labu2nya. At least dia boleh berpaut pada labu dan terapung mengikut arus. Aku? Ke gaung yang pastinya akan hancur lebur dan mungkin terbakar sendiri...cuma belum ditakdirkan untuk mati. Tinggal nyawa2 ikan.


Dan adakah aku berhak untuk rasa kecewa dengan keadaan itu? Seperti kecewa dan kesalnya hati anak2 bila  keselesaan hidup mereka dulu direntap? Kesempitan dan kekurangan bagai dua benda yang sering aku ulang dan minta mereka faham. Deraian air mata bagai menjadi hadiah harian mereka. Aku seperti sengaja mensia2kan harapan dan impian mereka demi menjadi seorang anak yang lebih baik kepada ibu bapaku sendiri? Berbaloikah? 
Aahh, bukan menyesal dengan takdir, bukan juga mengungkit benda yang dah lepas. Cuma kesempitan dan kekurangan diri yang menjurangkan keikhlasan. Alangkah....alangkah baik jika aku masih berjawatan. Alangkah...
 Seberat mata memandang, masih terlalu berat beban yang aku pikul. Jatuh dan rebah menjadi tanggungan sendiri. Senyum mereka tetap yang sinis2. Ahh dunia!!!!. Aku anak tak berguna jika aku hanya utamakan kerjaya.  Aku manusia tak berguna jika aku mati kerana 'kebodohan' aku sendiri. Bodoh??

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...