Salam awal pagi,
Sedikit kelapangan yg ada membolehkan aku menulis lagi di sini. Org cakap bila dah tk berofis, maka masa senggang tu byk sgt. Boleh buat apa aja. Namun tugas harian sbg seorg yg 'bekerja dari rumah' rupanya masa itu terlalu limited. Cuma tak tertekan dek leteran dn jelingan si bos. Haha...pejam celik, dh masuk thn ke2 aku mjadi suri rumah sepenuh masa. Susah jugak ekk jadi org rumah ni. Kepala otak lg serabut.
Namun, masa yg sedikit ni membenarkan aku utk berkarya (karya? layak ker!), sekurang2nya aku dpt menyambung kembali salah satu cabang seni yg aku gemari. Berpuisi. Sekadar meluahkan apa yg dirasa dan dilihat. Walau kadang berlagu sedih, namun itulah salah satu rentak kehidupan bg kebanyakkan manusia. Terselit satu dua rasa girang dan teruja, membuatkan senyum dan tawa itu masih punya makna.
Kepada teman yg tak sengaja menjenguk ke halaman ini, sudi2lah kiranya membaca apa yg ada di sini. Aku tidak hebat namun aku hanya mencuba. Sekadar pelbagai rasa yg ingin dikongsi, yg baik jadikan panduan, yg buruk jgn jadi ikutan.
Ketika kau mengatur langkah melebar sayap
Mengejar warna pelangi di hujung sana
Aku menongkah arah dan melepaskan
Si kejora dari genggaman
Ketika kau membilang helaian keringat
Aku mendongak hutang piutang yg tertunggak
Ketika kau berganti baju baru saban bulan
Aku hanya bergaya di cermin setahun sekali
Ketika kau membilang helaian keringat
Aku mendongak hutang piutang yg tertunggak
Ketika kau berganti baju baru saban bulan
Aku hanya bergaya di cermin setahun sekali
Ketika kau berusaha menunaikan janji
Aku menangguhnya pada suatu hari yg entah bila
Ketika kau menganyam cuti utk ke di gigi pantai
Aku hanya mampu bersimpuh di halaman sendiri
Ketika kau berbelanja barangan mewah
Aku hanya sempat menjeling dan berpaling
Ketika kau bermandikan cahaya neon yg gemerlapan
Aku hanya mampu melihat cahaya bulan
Ketika kau bercanda melepas lelah
Aku hanya menahan juraian air mata
Ketika kau tak ingin pulang
Aku hanya layak utk menanti
0 comments:
Post a Comment