Followers

Monday, June 6, 2011

Corat coret walimatul urus...@ 5 June 2011

Assalamualaikum...
Waktu2 begini tentunya ramai teman yg sempat singgah bagi menyerikan majlis perkahwinan. Paling tidak memberi sokongan dan dokongan kepada jiran tetangga yg mengadakan kenduri. Menjadi salah satu tanggungjawab sosial yg perlu ditunaikan selagi kita hidup berjiran dan bermasyarakat.

Pelbagai tema dan warna yg menjadi pilihan si pengantin, baik dari segi pakaian, meja makan, pelamin, bilik tidur mahupun barang hantaran. Tidak terkecuali cenderahati sebagai buah tangan kepada para tetamu. Semuanya biarlah lengkap dan sempurna. Begitu harapan empunya badan dan ahli keluarga. Seabadi cinta yg disemai, begitu juga impian agar semuanya sempurna di mata sendiri dan sempurna di mata semua.
Majlis Akad Nikah : Jumaat @ 3 Jun 2011 @ 3.30 ptg
Seperti yg dirancang, majlis berjalan sempurna. Dengan sekali lafaz, adik lelakiku yg satu2nya tlh menjadi suami orang. Cepat sungguh masa berlalu, bagai tidak sedar yg usia semakin meningkat. Terasa baru kelmarin, adik masih menjadi seorg 'adik' yg menjadi harapan si ayah dan impian si ibu. Bagai baru kelmarin aku memimpin tanganmu ketika berjalan. Kau menjadi kesayangan kami.
Kini kau telah menjadi seorg pemimpin kepada sebuah alam rumah tangga. Layarilah bahtera itu dgn sebaiknya...dan bahtera itu tidak pernah sunyi dari badai dan gelora. Ketulusan kasih sayang dan kepercayaan akan menjadi panduan utk menuju ke pelabuhan. Selamat Pengantin Baru.
Bersama adik sebelum upacara akad nikah
Majlis Kenduri @ 4 June 2011 - sebelah pengantin perempuan

 
Majlis Kenduri @ 5 June 2011 - Kerpan, Alor Star
 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...