Ringgit bukan lagi ke syurga. Ya, sejak azali pun, wang ringgit berguni pun bukanlah satu jaminan sesebuah jasad utk masuk terus ke syurga. Terlalu dalam maksud yg tersurat dan tersirat. Kata org, semua boleh jadi bila ada duit. Dengan duit, maruah dan harga diri juga boleh dijual beli. Itu sekadar pandangan manusia, bukan nilai mulia seseorg manusia itu di sisi yg Maha Kuasa. Yang ada di sisi Allah adalah ringgit yg diuruskan ke jalan kebajikan dan urusan hidup yg sepatutnya. Bukan hidup utk ringgit semata-mata.
Bahagiakah manusia jika bertuankan ringgit? Pejam celik mengira untung semata. Sanggup tergadai nama dan harga diri hanya kerana mengungkit ringgit yg tidak pernah cukup2. Org memberi kau merasa, tapi dapatkah kau sembunyikan tangan kiri ketika tangan kanan memberi? Atau si kiri dgn tanpa segan silu akan meminta balasan? Bolehkah kau hanya memberi tetapi tidak berpeluang merasa? Dan segala yg diberi itu dianggap sbg sedekah jariah? Payah sgtkah utk berbudi tanpa meminta balasan? Bukankah sedekah, kerelaan dan keikhlasan itu pasti menjadi salah satu pahala yg membawa jasad ke syurga?
Bila mati, kubur kita lain2, kau peduli apa? Egomu memuncak. Matamu merah menyala menahan marah. Cebik membenci pada setiap teguran. Aku pengsan dlm sebak istighfar yg panjang. Besar dugaanMu ya Allah. Tapi pedulikah kau jika maruah yg sedia tercalar itu ditinggalkan dan diwarisi pulak oleh org yg masih hidup? Bagaimana dan macamanakah seseorg yg masih hidup menghadapi masyarakat jika kejahilan dan keburukan yg kau tinggalkan tidak mampu dibasuh oleh wang ringgit yg kau hulurkan? Berbaloikah org yg masih hidup mewarisi 'nama' kau yg masyarakat anggap penuh keegoan dan kesombongan? Saat itu ringgit kau tidak akan dapat membayar semua kepayahan yg kau taburkan sepanjang hayatmu. Tidak sama sekali.
Ringgit kau bukan segalanya. Jika kebakhilanmu utk menghulur ringgit demi org lain, ringgit kau itu juga tidak mampu membantu dirimu sendiri kini. Di saat kau bertuankan ringgit, keikhlasan dan sedekah itu menjadi sesuatu yg terlalu asing pada masyarakatmu. Ringgit itu tidak membawa apa2 makna jika setiap sen yg kau keluarkan utk memberi, setiap sen pula yg kau harapkan sebagai pulangan. Bila ringgit bertuan di mata, kau lupa utk melihat perlunya kebajikan dan kemasyarakatan. Kau butakan hati utk menimbang kesudian org lain. Kau lupa asalmu yg tidak beringgit dulu. Kau hanya hidup utk ringgit.
Hukum karma, buat jahat dibalas jahat, buat baik pastinya akan dibalas baik. Kau tidak endah semua itu. Jika dari dulu kebaikan itu selalu kau junjung, maka kebaikan itu juga yg akan mengiringi hayatmu kini. Namun, bagai menyiram air di daun keladi, keladi tidak basah hanya pembaziran air yg nyata. Cubaan utk melentur buluh, tp buluh itu yg pasti akan patah akhirnya. Aku pasrah.
Bila Ringgit Bukan Lagi Ke Syurga....ringgit yg meminta balasan, ringgit yg digembar gemburkan dan ringgit yg dicurigai puncanya. Wallahualam...

0 comments:
Post a Comment