Assalamualaikum semua,
Salam hari Jumaat yg mulia. Hari ini hati terpanggil utk menulis ttg seorg anak perempuan yg telah bersuami dan punya anak2 yg sihat anugerah dan amanah dari Dia yg Esa. Kau pula yg sudi menjenguk halaman ini mungkin seorg anak perempuan, seperti aku, dia dan mereka.
Dengan restu dari keluarga, maka berkahwinlah seorg anak perempuan dgn lelaki pilihan hati. Berbelas thn hidup bersama dgn cinta yg masih utuh dan kesetiaan yg tidak pernah goyah. Alhamdulillah, jodoh dari Allah masih kekal disitu. Mereka mengharapkan hubungan itu hingga ke akhir hayat, dan berdoalah mereka agar hati tidak berubah, perasaan masih sama seperti ketika di alam percintaan dan pertunangan dulu.
Masa dilalui bersama, pahit getir, susah senang, sedih dan tawa umpama rencah hidup berumah tangga. Kehadiran anak2 menyempurnakan ikatan kasih sayang mereka berdua. Setiap tibanya hari lahir dan ulang tahun perkahwinan, acara disambut bersama. Termasuklah sambutan hari ibu dan hari bapa baru2 ini.
Namun, sebagai anak yg telah bersuami, berapa keratkah dari kita yg masih sudi menyambut hari ibu dan bapa bersama kedua org tua kita? Apakah kita lupa mengingatinya, biarpun walau hanya sebaris ayat? Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Bapa!
Kita kadang2 lalai atau dgn sengaja melupakan mereka. Atau kesibukan kerja menjadi alasan kuat utk menghentikan niat? Kita dgn rela bertanya khabar kawan2 lama, kekasih lama, tapi terlalu sukar utk bertanya khabar ibu bapa sendiri. Kita rela habiskan kredit semata2 menjalinkan hubungan yg bukan darah daging daripada menghabiskan 50 sen utk darah daging sendiri! Hak apa yg kita agungkan sehinggakan kita melupakan hak ibu bapa sendiri?
Dari jauh, kita sering ucap kepada umum yg kita rindu ibu bapa, tapi bila dah depan mata kita buat endah tak endah. Kita rela ibu bapa kita tertanya2 sama ada kita akan balik atau tidak menjenguk mereka, tapi kita tidak rela melihat 'missed call' dari teman2 atau org yg bukan apa2 dgn kita. Lalu kita habiskan masa berjam2 bercakap di handphone...walau di hadapan kita ada ibu bapa yg terlalu rindu utk berbicara dgn anak2 yg sesekali pulang ke pangkuan.
Malah kadang2 kita sengaja buat tidak sedar, atau kita mungkin lalai dgn tingkah sendiri sehingga ibu bapa berkecil hati. Bila ditanya, kita cakap kita sibuk sgt dgn kerja harian tapi hakikatnya kita masih ada masa utk keluar berhibur dan bercuti. Ayah sakit, ibu juga sakit. Hidup mereka masih bersisa, walau bukan lama.
Dan kepada kau, aku, dia dan mereka yg masih punya ibu bapa, gunakanlah peluang utk berbakti selagi hayat mereka berdua masih ada. Mereka bukan inginkan wang ringgit, tapi mereka dahagakan kasih dan perhatian yg tidak boleh dijual beli walau dgn berapa harga sekalipun.
Sempena hari bapa di bulan jun yg masih bersisa ini, ubahlah sikap, berilah perhatian walau ada pahit dan manis seperti cerita ayah, anak dan si burung murai. Jika kita disambut hari ibu dan hari bapa oleh anak2, tentunya kita punya tanggung jawab yg sama kepada ibu bapa kita. Fikir2kan bersama bahawa kejayaan, kesenangan dan keselesaan yg kita rasai kini adalah berkat doa dan restu dari mereka.
Tidak akan berjalan kita seperti hari ini, jika kita tidak ditatih dan diasuh utk berdiri. Wassalam.
Tidak akan berjalan kita seperti hari ini, jika kita tidak ditatih dan diasuh utk berdiri. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment