Followers

Friday, June 24, 2011

Cerciter Cinta

Selamat Malam,
Malam yg agak panas, petanda hujan nak turun. Sejak akhir2 ni hujan selalu turun antara pukul 4-5pg. Kedinginan pagi mmg terasa lalu selimut dicapai bg menutup seluruh badan. Kalau tidak, selimut hanya jadi peneman di hujung katil. Tiada siapa peduli.
Petang tadi, gebang punya gebang terbongkar cerciter si Mak Janda yg telah memporak perandakan sebuah rumah tangga. Citer yg aku dgr, si MJ yg angau pada si Suami. Sebelah pihak lagi cakap, si Suami yg tergila gilakan si MJ. Mana satu yg betul pun aku kurang pasti. Apapun puncanya, si Suami dah kehilangan arah dek rajukan isteri. Si Isteri pula membawa diri meninggalkan si Suami dan anak2. Bak kata org, dah tak tinggal sebumbung. Mcm citer artis ler pulak.

Bukan nak salahkan sesiapa, cuma apa yg boleh dikatakan, selagi ada kepercayaan dan kesetiaan, maka ikatan kasih sayang itu takkan tergugat. Batas pergaulan yg selalu dijaga pasti dapat mencegah fitnah dan prasangka buruk org lain. Si Suami pulak jangan ler terlebih mesra alam kepada org sekeliling tambah2 kalau kita sedar yg org sekeliling itu adalah di kalangan si MJ. Jangan sesekali hati berdetik utk berlaku curang dan berkata dusta. Bukan apa, takut hati terpesona dan cinta cepat berpaling arah. Akibatnya, jiwa yg merana. Bukan semua si MJ yg mengintai-intai nak berlaki, tapi apalah salahnya kalau kita berhati2, betul tak? Cinta tak mengenal usia dan siapa. Itu kira cinta buta ler.

Apa2pun kepada seorg kawan yg sekarang ni tgh krisis rumah tangga, buang yg keruh dan ambil air yg bertapis sahaja, kerana yg bertapis itu dah tentu bersih. Bukan sebelah pihak si Suami yg kena ada kesetiaan dan kejujuran, malah si Isteri pun kena pandai mengawal keadaan dan perasaan. Akui hakikat dan terima kenyataan. Ikut rasa mmg rumah tangga yg binasa. Bukakan minda, bersihkan hati...pasti ada jawapan yg menanti. 

Aku bukanlah sesiapa. Aku juga byk kekurangan dlm melayari sebuah rumah tangga. Cuma aku beranikan diri utk memberi pandangan sebagai seorg kenalan. Semoga kalian dapat bersatu lagi suatu hari nanti dgn rasa cinta yg lebih dari biasa. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...