Sinetron? Ada di mana2 channel. Kalau dulu, langsung tidak menarik perhatianku. Hanya sekali sekala anak2 saja yg ikut menonton. Kata teman2 yg begitu gila dgn sinetron dari seberang ni, kecantikan dan kekacakan hero serta herion menjadi tarikan utama, walau kebanyakkan drama2 itu diakui menceritakan mesej yg hampir sama. Dgn kebaikan watak yg keterlaluan atau kejahatan yg terlalu melampau, tentunya ia mengatasi hati naluri seorg manusia normal.
Namun, sejak aku terpandang wajah Randy Pangalila melalui Cinta Kirana, minat aku mula terarah ke sinetron tersebut. Kecantikan Nia Ramadani dgn warna kulit yg mulus mmg mencuri perhatian semua. Namun bukan Kirana yg aku pandang, tapi ketampanan Galang yg jadi perhatian. Haha....aku dah mula gila dgn sinetron lakonan Randy.
Kini Randy muncul lagi di Ria. Dengan watak yg agak sama dgn si Galang, Elang mmg ganteng! Kerana Randy, aku memecut laju si merahku ketika mengambil anak dari sekolah, semata-mata tak mahu ketinggalan sbb sinetron yg start jam 6.30 ptg, walau aku mmg tahu akan ada siaran ulangan pada malamnya dan esok hari. Gila tak gila.
Kini sinetron Cinta Melody hampir menuju ke episod akhir, kemuncak cerita yg mmg cukup menghiris perasaan. Pada aku, Cinta Elang yg patut menjadi title sinetron ni, bukan Cinta Melody, sbb cinta si Elang lah yg lebih kuat, tulus dan setia kepada Melody dan bukan sebaliknya. Tapi ada ker title sinetron nama lelaki?
Apa2pun, wajah si Elang aka Randy mmg boleh lariskan sinetron atau filem Indon. Renungan matanya mmg menusuk kolbu...senyuman dan tangisan yg mmg wow, sesuai dgn watak org kaya2. Inilah wajah si Elang yg menjadi poojaan hati, ehemm...ya ker?
Minggu ni adalah minggu terakhir Cinta Melody. Setiap petang bertemankan wajah tampan si Elang dan cintanya yg tragis, tak dapat aku bayangkan petang2ku yg seterusnya tanpa sinetron ni. Adoiii, mungkin inilah kata hati si peminat Randy Pangalila. Usia yg masih muda, tapi punya ramai peminatnya di bumi Malaysia ni. Aku adalah antara berjuta peminatnya. Elang, ku tunggu kau lagi di sinetron yg lain.
0 comments:
Post a Comment