Followers

Friday, June 17, 2011

BerAngan tak sudah

Assalamualaikum....petang jumaat yg mulia,
Mcm biasa bila perut dh penuh, matapun makin layu. Petang jumaat yg lebih relex sbb tiada xtvt menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Hanya mengemas sikit2 apa yg patut dan menu hari ni mmg simple sgt2...moi sup atau bubur nasi (campur daging dn udang). Hias dgn bawang goreng, lobak masin dan sambal. Hubby dan anak2 pn suka. Cukuplah, dh tak larat nk sediakan menu yg berat2. Sesekali nak manjakan diri jugak..ye tak?
Berangan tak sudah....sebenarnya tak terlintas pn nak letak title mcm tu. Baru tgk itv, si Bob AF nyanyi lagu Angan Tak Sudah...tu ler tup2 timbul title yg mcm gitu. Kadang2 bila takde title susah jugak nak tulis apa. Bila dah cilok sikit sana sini, barulah ada idea nak buat entry...huhuhu. 
Berangan tak sudah....aku nak kumpul balik duit personal saving yg dh hangus, nk siapkan ruang tamu dan dapur bagi menggantikan rumah yg terjual, beli balik emas berlian yg tergadai. Sedih tau. Dan tentunya yg terpenting mendapat kerja dari hasil kerjaya lalu yg terkandas. Target? Aku tak tau bila nak tebus balik semua tu...tp ya lah mcm title tu..sekadar berangan yg tiada penyudah. Mak Jenin ker? Harap aku tak jatuh dari pokok mcm dlm mitos si Mat Jenin. Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...