Sesuatu? Ya... aku rasa aku bersatu dgn sesuatu. Di mata dan di hati aku ada sesuatu. Sesuatu yg payah dilontar dgn kata2, takut lidah salah mentafsir, takut rasa tiada bersisa. Yang pasti aku tahu ia ada di sisi. Bermain dan bercerita tentang alam dan penghuninya. Berpuisi dan bermadah tentang kemanusiaan dan kewajipan.
Tidak terungkap walau seayat kerana ia bertapa dalam diri. Hadir ketika diri mengiyakan nasib yg tidak dibela. Hadir ketika ada janji yang tega dimungkiri. Ada ketika air mata tidak bertahan untuk gugur. Ada ketika sebak tidak lagi mampu mengumpul di dada.
Kau yang tiada rasa, kau yang lupa tentang air mata tentunya sesuatu itu bukan dirimu.
Kau bersembunyi dalam riak diri yang memuncak. Kau bukan aku dan sesuatu itu bukan dirimu.
Ia hanya milik mutlak seseorg seperti aku...kerana aku tidak lupa utk menangis walau tanpa ketawa yang panjang. Aku tiada lagi punya hak ketika aku menidakkan hak sendiri.
Aku tiada hidupku ketika aku dan sesuatuku merelakan kehidupan yang lain.
Kau ada? Tepuk akal tanyalah empunya diri.
0 comments:
Post a Comment