Followers

Thursday, August 18, 2011

Perginya Bersama Ramadhan....

Salam Ramadhan,
Pejam celik dah 18 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Beruntung jika masa itu digunakan sebaiknya ke jalan yang diredai. Berlebih pula di bulan yang mulia ini, tentunya pahala berlipat ganda dan diampun segala dosa selagi kita mengetahuinya. 


Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Demi masa...yg ingin ak ingatkan kita  bersama ialah hidup sebelum mati....baru2 ni ak ada menziarah kematian seorg pakcik yang selang beberapa rumah daripada rumah ayah. Ak mmg kenal arwah. Lgpun dia pernah datang utk mengubat ak sakit ketika berpantang anak pertama. Berkat doa dan keizinanNa ak sembuh. Alhamdulillah. Kebetulan pula arwah adalah ayah kepada rakan sekolahku dulu. Tanpa lengah, kaki terasa ringan utk menziarah. 

Ketika membaca al-fatihah di hadapan mayatnya, dgn tanpa sedar air mataku bergenang. Memandang wajahnya yang begitu bersih dan tenang, walaupun ketika penghujung hayatnya beliau pernah dirawat di wad ICU kerana penyakit kencing manis yg kritikal. Lumpuh separuh badan menidakkan beliau untuk bergerak. Prihatin seorg isteri dan kasih anak2lah yang melanjutkan hayatnya hingga ke Ramadhan ini. Perginya bersama Ramadhan yang mulia. Semoga rohnya ditempatkan disisi insan2 yang soleh...amin.

Memandang wajahnya, aku terkenangkn ayah. Seram sejuk bila terbayang jika mayat itu adalah milik ayah. Adakah ak kuat untuk menghadapinya? Keuzuran ayah yg begitu ketara sejak akhir2 ini membuatkan ak tiada upaya untuk tidak membayangkan keadaan itu. Ak doakan yang terbaik untuk ayah...

Dan...adakah kita yang masih sihat ini telah bersedia untuk pergi? Mati itu tidak mengenal sesiapa kerana setiap insan telah ditentukan saat dan ketikanya untuk menemui yang Maha Pencipta. Adakah kita akan setenang dan sebersih wajah2 orang yang beriman ketika dipanggil mengadapNya nnty? Dan paling tidak, adakah kita mampu menjalani hari2 terakhir Ramadhan ini dengan sebaiknya?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...