Followers

Sunday, August 28, 2011

Salam AidilFitri

Assalamualaikum semua,
*Selamat Hari Raya! kepada semua readers dan followers yang sudi singgah ke halaman ayah yang tak seberapa ni..Bagaimana sambutan raya anda kali ini? Pasti persiapan dah tip top kan? Jangan sedey2 tau...terimalah apa saja dengan rasa keinsafan...
*Maaf zahir dan batin jika sekiranya sepanjang kita berblogging ni ada tersalah sebutan, tersalah mentafsir, tersalah memberi komen dan segala yang 'ter' termasuklah yang tersinggah ke blog rakan2....(yang ni kira salah juga ker?). Sekiranya ada yang terasa dengan penulisan ak yang entah apa2, merewang sana sini, dipohon sejuta kemaafan.
Ak sekadar seorang insan yang menumpang di alam maya ini dan terimalah ak seadanya...(sambil jari jemari mengesat si air mata..) Segala yang disampaikan di halaman ayah ini hanya luahan rasa dan pandangan peribadi yang ingin dikongsi dan tiada langsung unsur2 paksaan daripada sesiapa selain kerelaanku dari hati yang paling dalam...wahhh gitu!
Apa2 pun Semoga Lebaran ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan usah dilupa kepada mereka yang telah tiada dan kepada mereka yang tidak berkemampuan, sudi2 lah utk hulurkan bantuan.


*Juga selamat menyambut hari kemerdekaan  : "Merdekakan diri dan minda kita dari dibelengu ketidakadilan dan penindasan"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...