Followers

Friday, August 26, 2011

Masih adakah ruang?

Assalamualaikum,
Sana sini kita bercerita ttg kemeriahan di sepanjang Ramadan. Acara berbuka puasa,  resepi2 yang menarik, xtvt bershopping dan tentunya tidak ketinggalan cerita ttg balik kg antara 'cerita panas' sepanjang Ramadan.
Begitu juga cerita ttg kedatangan bulan Syawal, bulan kemenangan. Pelbagai rancangan diatur dan pastinya ia membayangkan kebahagiaan dan keceriaan yang bakal ditempuh. Melawat sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga menjadi salah satu pengisian hari raya yang cukup hebat. Sehebat dan secantik pakaian yang kita pakai...ya kan?


Bagaimana pula menziarahi mereka2 yang telah meninggalkan kita? Adakah acara ini termasuk dalam list kita yang panjang lebar tu? Tentu adakan? Jika ada alhamdulillah, anda adalah seorg anak, adik, kakak, abang, isteri atau suami, atau paling tidak seorang kawan/sahabat yang terbaik. 
Atau ianya tidak terlintas langsung dlm fikiran? Lantaran itu acara murni ini secara rasminya terhapus selepas 2, 3 atau 5 thn pemergiaan mereka? Kita hanya pandang sunyi, sesunyi pusara yang lama ditinggalkan...

*pic from google
Masih adakah ruang utk kita memperbaiki diri dan kembali menjadi pencinta setia kepada mereka yang pernah kita cintai? Atau cinta itu terkubur secara 'semulajadi' bersama jasad dan peralihan masa?
Bersamalah kita muhasabah diri. Fikirkan sejenak dgn hati yang paling dalam. Di antara ruang2 yang ingin kita penuhi sempena lebaran nnty, adakah masih ada sedikit ruang utk mereka yang telah tiada? Sesungguhnya mereka masih berhak ke atas kasih sayang, doa dan ziarah kita. Al-Fatihah.


Wassalam. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...