Followers

Saturday, August 20, 2011

Bukan senyum kambing...

Salam Ramadhan,
Menguning bagai taburan butiran emas. Luas terbentang seluas mata memandang. Tumbuh dari tanah lumpur, air hujan dan titisan keringat. Apa lagi yang ada di bumi Jelapang, selain padi? Khabar dari darul aman yang terkini adalah sebaris senyum dari paktani. Musim menuai tiba lagi dan bergeraklah si gergasi kuning menjelajah di serata petak sawah. 


Walau hanya selepas 4 bulan 'menerima gaji', masih ada harapan yang terbayang, ada hati yang lebih girang daripada biasa, berlebih lagi untuk menyambut Syawal yg bakal  menjelang. Poket kosong yang dulunya penuh habuk kini telah terisi ringgit, malah senyum pun makin meleret sampai ke telinga! Tapi senyum itu bukan senyum kambing. Dan ketawa yang menyusul pun bukan yang dibuat2. Ada resah, ada gelisah dan ada sendu yang terdahulu sebelum mampu tersenyum. Begitulah kehidupan paktani yang bukan sekadar tuntutan baja dan racun bersubsidi, malah periuk akan berhenti berasap jika bencana datang menerpa.

Ak masih teringat harumnya bau padi yang dituai. Walau ak tidak terlibat secara langsung dengan dunia pak tani, tapi ak pasti  bau padi adalah haruman yang paling diimpikan oleh setiap warga tani. Wangian duit. Tidak nyenyak tidur selagi si padi belum dituai. Seringkali mimpi ngeri menjadi igauan tidur paktani kerana takutkan gejala2 yang tidak diundang memusnah dan seterusnya memberi kesan kepada hasil padi. Namun apabila padi sudah dituai, bagai satu kelegaan yang tidak terhingga. Keluh kesah terhenti seketika.

Di bawah ni antara pics yang sempat dirakamkan sebelum padi di halaman ayah dituai oleh si gergasi kuning.

Si gergasi kuning

Sejauh mata memandang...
Sekuning emas yang menjadi igauan si paktani
Sebutir padi umpama setitis keringat paktani..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...