Followers

Tuesday, August 16, 2011

Berdua Bersatu

Salam Ramadan,
Pagi2 ni hati dan perasaan terpanggil utk menulis entry yang berkisar tentang perKAHWINan. Sebenarnya idea ini dah lama bertapuk...dok save as draft dlm kepala otak..cuma kali ini terasa ada upaya dan berlapang dada untuk mengetuk keyboard. Keyboard baru...sbb yg lama kabelnya (wire ler tu) dicuri oleh mak si tikus...smpai hati tauuuu, kalau nak beranak sekali pun jgn ler digigit wire mouse...tau ler benda tu tumpang nama kau, tp kau nak buat hapa dengan wire tu semua? Bukan boleh makan pun....isshhkk.

'Jika denganmu kabur, aku tak mahu yang jelas. Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas....'
Fuhhhhhh....lirik yang cukup menyentap jiwa raga. Terasa diri dibuai dan ingin terbang setinggi-tinggi awan. Beruntung badan jika ada pasangan kita yang sanggup bersusah payah menghadapi gelombang alam perkahwinan...berdua bersatu.

Namun dalam 'kelegaan' dan 'ketenangan' dibuai lirik lagu yang nan puitis, hati masih terpana dengan kisah teman dan rakan yang menghadapi pahit getir sebuah perkahwinan. Rasa yang dibina, kasih yang dibelai, cinta yang dipupuk bagai menatang minyak yang penuh...akhirnya tumpah ke laman orang lain. Adakah rasa, kasih dan cinta tidak lagi mewangi, atau ada expiry date? Seharusnya semakin lama semakin mekar di laman sendiri, bukan di laman orang lain. Tak gitu?

Tidak cukup dengan kepercayaan dan kejujuran? Hilang setia timbul curang? Tidak lagi boleh berkomunikasi, lalu tidak betah tinggal sebumbung? Kau kau, aku aku. Anak2? Ikut suka hati, pandai2 korang lahh...dushhh!
Retak hanya menanti belah, lalu tangga mahkamah menjadi penyudah kepada sebuah permasalahan. Terlerai sebuah ikatan...Mcm citer artis...

Ak hanya menjadi penonton kepada musibah yang menimpa. Mencedok pengajaran dan pengalaman rakan2. Muhasabah dan memperbaiki diri untuk sedikit kesempurnaan. Bukan gerun tapi berhati-hati......:)

Kepada readers yang single mingle, jangan serik utk melaluinya. Tidak sempurna fasa sesebuah kehidupan, jika tidak melalui alam perkahwinan. Tidak lengkap juga seseorang wanita jika tidak merasai proses kelahiran. Dan menjadi seorang ibu adalah detik yang terINDAH dalam hidup seseorang insan yang bergelar wanita. So, kepada yang ada plan nak kawin tu, teruskan niat murni, tarikh 11.11.11 pun cantikkk.

Cakap pasal kahwin, teringat aku pada ex-boss kat opis ak dulu. Umur tak ler dikira muda lagi...awal 40-an. Ada jawatan tinggi, berkereta import dan berkondo mewah, muka lawa boleh tahan, tapi masih takada boyfriEND. Duit bulan2 asyik labur kat baju n hphone gajet. Tk tahulah bila dia nak berpasangan. Kesian jugak bila weekend dia asyik lepak opis. Weekdays kalau tak pukul 8 mlm mesti tak balik umah. Kadang2 bila time payroll, drag sampai 11mlm. Opisku Syurgaku! Apa2pun ak sebagai ex-worker yang 'committed' ni doakan all the best for her. 

Ni ha, lagu terbaru dari forteen, berdua bersatu yang menyentuh kalbu.....jom layan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...