Followers

Monday, August 1, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Assalamualaikum..
Firstly, nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua....semoga Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik dari segi kesempurnaan ibadah itu sendiri dan bersamalah kita gandakan amalan serta sedekah jariah. Semoga usaha kita mendapat keberkatan daripadaNya dan terampun segala dosa2 yang lalu ....amin.

'Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar'


"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah.

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Antara kelebihan ramadhan:
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
  • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
 Bersamalah kita menunaikan rukun Islam yang ke-3 ini dengan sebaiknya. Selalulah martabatkan diri dan bersihkan jiwa. Sembahyang Tarawih jangan dilupa!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...