Followers

Friday, March 25, 2011

Pahitnya Ubat...Manisnya Hempedu

Sejak setahun yg lalu cerita ayah tak pernah ada tamatnya, malah cerita ttg ubat yg pahit saling berhubung. Sekejap berdukun, sekejap berdoktor.  Berjampi serapah bukan lagi asing pada kami anak beranak. Asal ada pakdukun yg direkemenkan, pasti ayah dibawa ke sana. Ke doktor pun, ayah kata tidak berganjak sedikit pun kesakitan itu. Kesakitan yg berangkai mmg sukar utk diubat. Segala faktor kena dipertimbangkan agar sakit yg ini tidak 'mengganggu' sakit yg itu. Tapi ayah buat tak faham. Kalau boleh ayah mahu ubat ajaib yg boleh sembuhkan ayah dgn kadar segera. Ayah tidak sanggup lagi menelan ubat yg hanya boleh bertahan. Ayah buat aturan sendiri, 3 hari tak sembuh ayah mahu bertukar ubat lain walaupun ubat diberi doktor utk tempoh 2 minggu. Setiap patah nasihat doktor bagai mencurah air ke  daun keladi.  Masuk kanan keluar kiri. Setiap minggu ingin bertukar doktor, sampai ubat bercampur aduk. Degil ayah payah untuk anak2. 'Hampa apa tau, hampa tak sakit..'. Berulang ayat yg sama sampai ke telinga. Panas berbahang.
Tapi semua tu kami telan. Maki hamun perkara lumrah bagi org tua yg keuzuran spt ayah. Kami cuba faham walau kita sering bertikam lidah. Kami terluka dgn kata2 ayah. Kami merajuk takkala ayah menidakkan pengorbanan kami. Namun jauh di sudut hati kecil, kami ingin berbakti menjaga ayah sebagaimana ayah berbakti membesarkan kami. Kami ingin merawat ayah seperti ayah mengasuh kami dulu. Berulang alik ke klinik, ke hospital dah jadi tugas tambahan kami. Kami sanggup lakukan semua itu demi ayah. Kami rela korbankan kerjaya kami demi melangsungkan kehidupan ayah. Kami abaikan hak anak2 kami demi mendahulukan kemahuan ayah. Kami sudi tebalkan muka tulikan telinga hanya ingin melihat ayah sihat semula atau sekurang2nya berkurang sedikit derita yg ayah tanggung. Bukan kami merungut, bukan kami menyesal dgn takdir Allah. Cuma kami pinta, bukakan sedikit ruang ego ayah untuk menerima teguran dan nasihat anak2mu. Siapa kami utk mengajar ayah kerana ayah lebih tahu garam itu masin. Dalam pahitnya ubat ayah, kami mencari manisnya hempedu yang telah ditakdirkan utk kami...
Doa kami tidak pernah putus agar Allah permudahkan urusan ayah dan semoga ayah lebih tenang menerima setiap ujian. Kuatkan juga hati kami ya Allah, utk menghadapi segala kelemahan dan kepayahan ini.

1 comment:

  1. adeh.. tetiba jer ter touching ngn entry akak nih..

    semoga pengorbanan akak ini akan memberikan sesuatu yg termanis dlm idup akak suatu hari nanti..

    i commit, its not that easy..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...