Followers

Wednesday, April 13, 2011

Sebutir nasi bagai setitis peluh!

Assalamualaikum...
N3 kali ni berkisar lebih kepada cerita terkini dari laman ayah. Cerita ttg perit dan keringat si pak tani yg tumpah pada batas2 bendang yg terbentang luas, seluas mata memandang. Rasanya cerita kali ini menjadi lebih the boom sbb aku menjadi sebahagian dari kehidupan harian di sini.  Kalau dulu aku hanya mendengar tapi kali ini aku melihat sendiri betapa sukarnya usaha pak tani utk menyediakan sesuap nasi kepada keluarga dan tanggungan mereka. Termasuk seorg bekas engineer yg dulunya bertahun berinteraksi dgn machines, paperwork, timetable, projects, meeting dan 100% berhawa dingin kini bergelut dgn bau lumpur, racun dan panas terik. Bukan sesuatu yg mudah dipandang org kg bila dia bertukar profession. Mereka kata, biar betul! 

Betul tak betul, kini xtvt bendang dah menjadi salah satu action items dia setiap hari. Bermain dng racun, bermanja dgn baja sudah menjadi sebahagian dari xtvt wajib hariannya. Tanah bendang menjadi bumi yg dipijak, matahari dan hujan adalah umpama langit yg dijunjungnya kini. Tanpa sedikit kesal dan dgn  kaki yg dioperate sethn lalu digagah juga walau sakitnya hanya dia yg rasa. Semuanya demi kelangsungan hidup org2 disekelilingnya.Dlm diam, ada semangat hidup yg makin berkobar. Alhamdulillah.

Berbalik kepada cerita sawah bendang, hujan yg tidak menentu, siput gondang, tikus dan rumput rampai menjadi musuh paling utama si pak tani. Mengawasi  takat air di petak bendang agar air tidak terlalu byk atau terlalu sedikit, meracun rumput dan siput antara xtvt terkini yg sedang dalam proses sebelum benih padi ditabur atau anak benih padi ditanam. 

Sebelum itu pada peringkat awal, tanah bendang diputar kering utk melupuskan bekas2 jerami, diikuti dgn proses membadai. Semua proses itu dilakukan oleh mesin traktor dan kobota. Proses2 ini adalah utk memastikan tanah bendang digembur (plow) utk kembali subur sebelum proses menabur anak benih (seed) dilakukan. Ala, mcm yg uolls selalu main dlm game farmville tu. Tp hakikatnya tidak semudah dgn sekali klik sj ya...! Proses itu belum lagi masuk proses tahap ke 2, ke 3 dan seterusnya sehingga padi menguning sebelum proses mengharvest dpt dilakukan.

Kos utk mengurus sawah bendang pun bukannya murah. Semakin hari kos makin meningkat selaras dgn kenaikan harga brg yg lainnya. Pinjaman dari pihak Bernas mengurangkan sedikit beban pak tani. RM2500 utk tanah yg seluas 6 relung....boleh la...utk membayar upah membajak, membadai, meracun, menabur benih atau menanam, membaja dan menuai. Kos yg agak tinggi, namun tanpa bantuan pinjaman dari pihak kerajaan, rasanya tidak mampu pak tani mengeluarkan kos yg sebyk itu utk menguruskan sawah mereka. Tidak semua pak tani berkemampuan, dan tidak semua yg punya cukup wang utk menguruskan setiap satu proses bersawah. Walau ianya hanya pinjaman yg perlu dilangsaikan pada musim menuai, namun tanpanya bebanan itu mmg berat. 

Sesekali berkongsi cerita dgn ayah, terkeluar rasa bimbang, gusar dan penat lelahnya ketika  beliau masih kuat menguruskan sawah bendang dulu. Tidak mudah padi menjadi beras sebenarnya. Sebyk tenaga dan wang yg diperlukan, byk pula keringat yg jatuh ke bumi. Adakala benih padi  musnah dimakan siput gondang dan tikus, anak padi ditenggelami air hujan yg tidak sempat dipam keluar. Jka itu berlaku, proses menabur anak benih akan berulang semula, dan semua itu kos lagi. Itu belum lagi jika diuji dgn banjir kilat, seperti yg berlaku di beberapa daerah di Kedah dan Perlis baru2 ini. Byk pokok padi yg musnah jika banjir tidak surut lebih daripada 4-5 hari. Saat itu hanya keluh dan air mata yg menjadi peneman paling dekat dgn pak tani. 

Bukan setakat itu, gusar di hati pak tani akan menebal  lagi jika padi diserang ulat dan serangga  perosak yg lainnya ketika padi sedang membesar. Diracun dan dibaja jika perlu dan diawasi saban hari, pagi dan petang. Bagai merawat dan membesarkan seorg anak, begitulah layaknya si padi bagi pak tani. Bagai menatang minyak yg penuh. Dibelai dan dijaga penuh rasa kasih.

Bila membunting dan menguning, sekali lagi padi dibaja utk tumbesaran dan diracun jika ada ulat2 nakal yg datang mengganggu. Angin kuat dan ribut juga menjadi penghalang kepada pak tani. Pokok padi akan rebah dan sukar dituai jika berlaku ribut. Hasilnya, pendapatan si pak tani akan turut terjejas. 

 *Pic from google 
Begitulah.....Bukan mudah sebenarnya kehidupan si pak tani utk membolehkan kita menikmati sepinggan nasi! Sebutir nasi yg jatuh di tepi pinggan bagai setitis peluh si pak tani yg tidak ternilai bagi mereka yg mengetahui. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...