Followers

Friday, November 23, 2012

Aku Tanpamu....


Setelah 3 tahun bertarung dengan pelbagai penyakit kritikal, akhirnya Dia menjemputmu jua. Kau pergi dengan izinNya. Betapa Allah menyayangimu. Kau menjadi tetamuNya di pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Detik 2.25 pg @ 23 Nov 2012, aku kehilanganmu.

Di saat2 akhirmu, alhamdulillah anak2 tidak pernah meninggalkanmu sendiri. Kau menghembus nafas terakhir ketika kami semua di sisi. Kau dijemput lembut bagai bayu dingin yang berlalu. Tanpa sedar, ayat2 suci dari surah yassin mengiringi pemergianmu."Along, ayah dah tak ada" 
Al-fatihah.

Dengan linangan air mata yang tumpah selama 13 hari menemanimu di hospital, aku pasrah dan reda dengan ketentuanNya. Reda dengan pemergianmu kerana keperitanmu menanggung kesakitan selama 3 tahun itu lebih parah. Alhamdulillah, kau pergi dengan tenang. Kau pergi setelah semuanya sempurna. Betapa aturan dan takdir Allah itu Maha Cantik. Dia 'mengambilmu' ketika kami anak2mu bersedia menghadapi hidup sendiri walau tanpamu di sisi mengingati. Mak juga tenang dengan kehilanganmu. Walau mata bundar itu sesekali masih berkaca, aku tahu mak juga reda dengan ketiadaanmu. Kesunyian mak memang selalu ada, tapi aku masih ada untuk menemaninya. InsyaAllah,. kami anak2 akan menjaga mak sebaik ayah menjaga mak dulu. 

Pagi jumaat yang bening, Alhamdulillah urusan pengebumianmu berjalan lancar. Ramai rakan taulan, saudara mara dan masyarakat sekeliling membanjiri halamanmu. Halaman ayah bening dan sayu dengan limpahan air mata.

Ayah, walau kau tiada lagi di sisi, doa2 anak2mu akan selalu bersamamu. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, amin. Tanah perkuburan Ayer Hitam menjadi 'rumahmu'. InsyaAllah, aku akan selalu ke sana. Assalamualaikum.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...