Followers

Monday, February 3, 2014

Hanya ini yang aku mampu!

Assamualaikum,
Bertemu lagi. Bila rasa terkumpul, bicara terurai maka di sini segalanya terhimpun. 
Pejam celik masa terlalu pantas bersilih ganti. Thn ni masuk thn ke2 ayah pergi. Kesunyian bercampur rasa rindu yg amat sgt seperti sudah sebati. Hati sering memujuk yang inilah hakikat hidup. Inilah rentetan perjalanan yang ditentukan. Suka atau tidak, hanya kekuatan jiwa yang menanggung segala. 

Ayah,
Setiap kali mengunjungi 'rumahmu' adalah sesuatu yg amat kuinginkan. Menatap pusaramu adalah seperti menatap wajahmu yg 'tidur' tenang dikembalikan kepadaNya. Saban hari melintasi perkuburanmu, hatiku sering terusik. Al fatihah untuk ayah yg tercinta. 

Hanya ini yang aku mampu. Berdoa dan merinduimu selalu....

1 comment:

  1. saya mencadangkan yang lain... nanti kalau saudari ada pendapatan, sedekahlah ke mana2 rumah anak2 yatim untuk pembangunan rumah tersebut dan kepada masjid2 untuk pembangunan masjid tersebut dan niatkan bahawa setiap pahala dari pemberian tersebut diberikan kepada bapa saudari... insyallah dia akan dapat pahala selagi masjid atau rumah anak2 yatim itu digunakan dan pahala saudari tidak berkurang sedikitpun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...