Kasih Ibu sampai ke syurga, kasih Ayah selagi ada.....ungkapan yg penuh makna kepada yg berfikir dan kepada yg mahu berfikir. Bila berfikir, maka sebaiknya ia disusuli dgn sikap dan perbuatan. Sesuatu yg berat namun bukan mustahil. Kasih ibu masih tetap yg tertinggi walau seseorg anak itu telah bersuami atau beristeri selagi tidak membelakangkan sesuatu hak yg lain. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tersasar nasib si anak tanpa restu si ibu. Namun dapatkah si anak membela dan merawat seorg ibu atau ayah sebagaimana mereka membesar dan 'menjadikan anak2 sbg manusia' di hati tua atau hari sakit mereka?
Ungkapan di atas sbg kata semangat yg tidak boleh hilang selagi hayat di kandung badan. Pulangku juga kerana mereka. Namun kerenah si ayah dgn sikap yg berbagai-bagai seperti meragut kesabaran dan ketenangan.
Kelmarin, ayah cuba2 nak melangkah ke atas motosikalnya. Aku cuba mencegah, bimbang ayah akan terjelepuk sbb kaki ayah mmg tak boleh berdiri lama. Tp sikap degil ayah mengatasi nasihat si anak. Kubiarkan saja, tapi bila ayah cuba mengangkat kaki kanannya, ayah terduduk semula. Mmg ayah tiada upaya, cuma semangatnya yg tidak mahu kalah. Kelmarin jugak, ayah dgn berkerusi roda naik ke atas jalan. Jalan yg tidak bertar dan berbatu kecil mmg menyukarkan ayah untuk menolak kerusi roda ke hadapan melainkan menolaknya ke belakang. Entah rajuk apa, ayah tiba2 membuat tindakan sendiri. Ayah, ayah....
Kusuruh anakku mengikutnya dari belakang. Takut pulak roda tmasuk ke dlm lopak. Ayah boleh terbalik kalau mcm tu. Atau sungai besar dgn air yg tgh naik boleh mengundang bahaya kalau tiba2 kerusi roda ayah tersasar. Pujuk si cucu, pada mulanya gagal. Ayah terus menolak kerusi rodanya hingga ke hadapan rumah jiran. Selang 2 buah rumah baru ayah sejuk sikit hatinya. "Wan, kita balik na..', pujuk si cucu, akhirnya ayah akur. Anakku menolak ayah balik ke rumah. Mak pulak dah naik baran dgn sikap ayah dari tadi. Buang tabiat betul org tua tu. Mak yg byk tertekan dgn sikap ayah. Kesian mak. Dah nasib mak. Dah takdir hidup mak. Setahun lebih mak yg bersusah payah mengurus hidup ayah. Makannya, mandinya, sakitnya, rungutannya. Segalanya tentang ayah.
Dan aku sebagai anak, tak pernah putus2 berdoa agar hidup ayah dipermudahkan. Pemudahkan juga kami anak2 utk menguruskan ayah. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada mak utk menghadapi dugaan hidup ini..amin.
0 comments:
Post a Comment