Adik..
Doa Along semoga adik sejahtera selalu...dan dapat menjalankan tugas dengan cekap dan amanah, sebagaimana slogan pasukan adik 'tegas, adil dan berhemah'. Sesegak uniform yg kau kenakan, segak lagi kewajipan yg kau jalankan..itu doa dan harapan along, ayah dan mak.
Adik, kepulangan adik baru2 ni terasa hambar sgt. along minta maaf sbb tiada juadah kesukaan adik yg dapat along sediakan. Kesibukan mengurus anak2 dan kesihatan yg agak terganggu membataskan along utk menunaikan hasrat adik. Along harap adik tidak berkecil hati. Lain kali along cuba usahakan yer...
Adik,
Diam tak diam, masa utk adik berkeluarga sendiri sudah semakin hampir. Tinggal hanya 2 bln sj lagi. Insyaallah, akan along dan angah realisasikan impian adik. Impian kami jugak utk melihat hari bahagiamu berjalan lancar dan sempurna. Kalau dulu, dgn bajet yg kurang dan tiada tangan yg menghulur bantuan, hari bahagia kami berjalan dgn hanya ala2 kadar. Dan kini menjadi harapan kami, agar kekurangan itu dapat kami tebus di hari bahagia adik nanti.
Adik, kepulangan adik tempohari adalah kepulangan terakhir sebagai org bujang. Dan sekembalinya adik ke Key El nanti, akan ada yg berada di samping. Susah adik akan ada yg menolong, sakit adik akan ada yg merawat. Makan, pastinya ada yg akan meneman. Jagalah dia sebagaimana dia melalui susah senang bersama adik. Doa along, kalian akan bahagia dan cinta akan mekar di hati kalian utk selamanya.
Alamak, rasa sedey ler pulokks. Apa2pun, laksa ni utk adik. Sila...sila tgk ajer ler...
0 comments:
Post a Comment