Followers

Tuesday, April 5, 2011

Terima kasih....Aku sayang kamu!

Terima kasih..
walau tidak akan pernah cukup
berbanding korbanmu yg bukan sedikit
tulus dan telus menabur budi
ikhlas nuranimu bukan untuk dijaja
bakti cintamu juga tidak pernah surut

Terima kasih...
dari mata hatiku yg memandang
sudimu menghulur kasih menyambung harapan
demi langit yg dijunjung bumi yg dipijak
walau kakimu sendiri pernah berdarah dan parah
menongkah arah

Terima kasih...
kau sentiasa ada walau di mana-mana
kau bayang bayang yg dpt disentuh
kau ada hati pada perasaan yg kering
kau ada senyum pada sedih yg panjang
kau segalanya

Aku sayang kamu!
Terima kasih kerana cintamu sentiasa ada
sejak dulu.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...