Followers

Friday, August 5, 2011

Hari Ke-4 dah tiada selera?

Assalamualaikum,
Bagaimana puasa hari ni? Letih? Tekak terasa perit? Lebih teruk kalau 'terpaksa berjemur' di bawah terik matahari. Naik pinau bijik mata. Kepala mesti berdenyut. Apa2pun itulah dugaan di bulan ramadhan. Puasa apa kalau tak letih, tak rasa dahaga, ya tak?

pic from mr google

Bagaimana selera ketika berbuka puasa? Entahlah, sejak 1-2 hari ni aku bagai tiada selera pun nak ngadap juadah di meja. Rasa macam selera dah hambar. Perut dah pandai memilih. Haduh, baru hari ke4, 26 days more to go....bla bla bla.

Tapi bab minum memang tak pernah reject. Maybe cuasa panas yg membuatkan perut lebih berminat kepada air minuman berbanding nasi atau juadah lain. Kuih? Boleh la sekadar mengalas perut sebelum 'sibuk' pula di singki. Rasanya maybe sebab letih kot. Bila letih selera jadi terbantut.

Yuhu Mr Hubby, disebabkan selera yg semakin menurun (bahaya tu kalau tak dirawat dgn kadar segera), boleh kot kita berbuka ala italy, ala chinese atau ala mat saleh. Nyum, nyum....
Besok hari minggu, jom lepak luar. 
Itulah yang sebenarnya........ :)

*Teruskan berpuasa. Selamat bersahur. Malamnya jangan lupa solat tarawih...


1 comment:

  1. selalunya time sahur tu memang kurang selera makan sikit, hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...