Assalamualaikum dan selamat berhari minggu....
Hari ni rasanya tiada yang istimewa, selain meneruskan rutin seperti biasa. Baru saja berFB, lalu terpandang sebaris kata dari seorang teman, lalu tergaraplah n3 yang sebegini.
Bukan menidakkan pendapat sesiapa kerana masing2 mempunyai ideologi politik tersendiri. Fahaman politik yang didukung dan rasa yang dikongsi di laman FB, secara tidak langsung membogelkan keperibadian dan pegangan kita. Cara pertuturan yang tidak berakal, pandangan peribadi yang memperbodohkan diri sendiri malah sisi gelap diri seseorang memang boleh dinilai oleh setiap mata.
Memang tidak semua orang peduli dengan apa yang kita hamburkan di FB, tapi kepada yang peduli, ia tetap menyaksikan kelancangan kata kita yang penuh dengan maki hamun 'secara langsung' dan 'percuma', sehingga ada yang tidak tercapai akal fikiran kepada ahli fikir yang bijaksana. Kejam lidah menidakkan kebenaran dan keadilan. Tak kiralah seseorang itu siapa dan bagaimana atau berjawatan apa sekalipun, bahasa itu tetap jiwa bangsa. Bahasa lambang keperibadian insan. Kerana lidah badan binasa...kerana nila setitik susu sebelanga menjadi biru...? ekeke..
Aku sebenarnya tidak tertarik langsung tentang siapa seseorang itu, atau bahasa kotor apa yang digunakan sebab politik memang memerlukan orang2 seperti mereka untuk 'memeriahkan' suasana pergolakan politik itu sendiri. Paling tidak, provokasi pihak tertentu menepati sasaran. Tetapi aku terpanggil untuk mencoretkan n3 ini apabila perkataan 'pagar' yang dibahaskan. Pagar punya seribu erti dan boleh dihuraikan dengan pelbagai gaya. Dan...ini gayaku...
Apabila pagar sedia ada tidak lagi berfungsi sepenuhnya, maka padi akan memerlukan pagar yang baharu. Walau pagar yang lama mungkin 'berjasa' berpuluh tahun kepada si padi, namun si padi tetap memerlukan pagar yang baharu jika pagar yang lama secara tidak segan silu memusnahkan si padi. Padi tidak bersalah jika ada pagar lain yang lebih kebal dan selamat dibina untuk menggantikan pagar yang lama. Keuzuran pagar lama yang mungkin mereput dan dimakan anai-anai hanya menunggu masa menyembah bumi.
Nasib kita bagai pusingan roda, ada kala di atas dan ada kalanya di bawah. Tentunya si pagar lama kena akur dengan peredaran masa dan kehendak masa kini. Tidak perlu ada rasa dendam, marah atau benci di hati kerana tuntutan hidup dan perjalanan sesuatu makluk ciptaan Tuhan memang sebegitu hukumnya.
Lebih perit jika pagar sedia ada semakin berani untuk memakan padi. Makan untuk kepentingan perut sendiri dan rakan2 sewaktu dengannya. Apabila 'kenyang perut suka hati' maka mereka mencipta alasan sendiri kenapa semakin lama perut mereka semakin membuncit. Tanpa malu dan kenal erti dosa, sewenang mencabut hak orang lain. Yang ternyata dan terbongkar hanya kepalsuan dan pembohongan semata. Yang ditayang dan dirakam adalah lakonan kerana kuasa, pistol dan bom di tangan sendiri. Ulasan dan pandangan sentiasa bertapis, takut tersalah cakap padah memakin diri. Si padi akhirnya musnah dan ditipu oleh janji2 manis si pagar untuk menjaga dan merawatnya. Janji tinggal janji. Pi mai pi mai tang tu. 2x5.
Riwayat pagar lama kena dan patut berakhir, kerana si padi sudah hilang kepercayaan kepada keutuhan dan ketelusannya. Tidak perlu mencipta tohmahan dan fitnah yang sudah lama basi. Tidak perlu mengungkit sejarah nenek moyang kerana jika mereka masih ada, mereka pun tidak akan membiarkan pagar itu makan padi sesenangnya.
Ayuh, apabila harapkan pagar, pagar makan padi, maka pagar itu harus dibakar!
Kite bakor jer!
0 comments:
Post a Comment