Followers

Saturday, July 9, 2011

Sucikan Hati, Bersihkan Jiwa...

Salam Hari Sabtu,
Diam tak diam, kurang sebulan kita nak menyambut Ramadhan yang mulia. 
Terasa bagai Aidil Fitri baru saja disambut...Kini ia bakal datang lagi. Paling ditunggu oleh mereka yang merindui dan mengetahui kemuliaan dan keberkatannya. Solat Tarawih dan malam Lailatul  Qadar tentunya membawa seribu penantian kepada hati2 yang mencintai besarnya pahala di bulan penuh barakah ini.

 
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
 
Tidak kurang ramai yang gusar dan tertekan apabila xtvt siang berjalan tanpa makanan. Tiada lagi breakfast, tiada lunch, tiada tea break. Dan tiada lagi kudap2 ketika menonton sinetron...haha.
 Sabda Rasulullah saw:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga" 
 Sempena Ramadhan yang bakal menjelma, bersamalah kita SUCIkan Hati, BERSIHkan Jiwa
Kenali diri, muhasabah diri dengan mata hati yang paling dalam....demi hidup yang lebih cemerlang, bukan hanya di dunia malah di akhirat yang lebih kekal.

Tanya Diri:
Sucikah hati kita jika kata2 yang kita luahkan penuh dengan hasad dengki, benci membenci? Sucikah hati jika di dalamnya penuh dengan kepentingan untuk berjawatan tinggi dan menjaga periuk nasi sendiri? Sucikah hati jika tulisan yang kita luahkan penuh dengan penderhakaan kepada nilai2 demokrasi? Lalu kita bermaki tohmah kepada prinsip orang lain walau kita sendiri akui ada kebenarannya yang tersirat? 

Tanya Lagi:
Bersihkah Jiwa jika kita mengiyakan ketidak adilan? Lalu kita memperbodohkan bangsa sendiri dengan sindiran dan teguran yang melampau. Bersihkah amalan kita untuk menidakkan kebersihan yang orang lain perjuangkan? Berapa bersih hati kita jika di dalamnya kita tahu ada kedengkelan dan kesombongan yang berganda kerana kita buta dan tuli pada suara dan hak orang lain? 

Jawapannya:
Perbanyakkan amalan murni, sucikan segala apa yang ada di hati, bersihkan isi jiwa agar hidup kita akan lebih berkat dan dirahmatiNya. Tidak salah dan bukan berdosa untuk menerima teguran dan pembaharuan demi hidup yang lebih adil dan gemilang. Fikir2.0kan



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...