Assalamualaikum...
Ketika n3 ni ditulis, aku baru saja balik dari lepak2 kt luar dgn.... my hubby ler, siapa lagikan. Kami berbual dari hal politik yg begitu menjengkelkan sampai ler ke hal2 peribadi. Sambil menikmati char keow teow dan capati, kawan kami yg juga ada ikatan kekeluargaan, menceritakan ttg kesihatannya yg kurang baik sejak akhir2 ini.
Patutlah 3-4 hari ni aku tak nampak dia buka bisnesnya di situ. Rupanya dia pergi berubat. Penyakit batu karang yg dideritainya semakin meruncing. Digagahi juga menjalankan bisnesnya hari tu. Langkah yg agak longlai dan wajah yg nampak pucat sudah cukup menceritakan derita yg ditanggungnya. Ada sendu yang tersimpan di sebalik ketawa dan sendanya. Aku lihat itu.
Masalah kewangan yg ada pada paras hidung, ditambah dgn penyakit yg datang bertamu, tentu hidup ini sukar dilaluinya. Menanggung ahli keluarga yang agak ramai dan beberapa bulan ansuran kereta/rumah yg tertangguh, penyakit yang perlu diubati...dugaan itu memang menyeksakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Semoga dia tabah menghadapi setiap dugaan dan temui jalan penyelesaiannya.
Dalam diam, aku munasabah diri. Allah menduga setiap insan dengan pelbagai cara. Bukan hanya diduga dengan kesusahan dan kesempitan, malah Dia juga menduga ketika manusia itu diulit kesenangan. Mungkin ketika susah, manusia akan cepat mengingati kepada pencintaNya, memohon segala rahmat dan kasih sayang Allah agar masih ada jalan2 lain yang lebih menyenangkan.
Namun berapa kalikah kita mengingati Allah dan mensyukuri segala nikmatNya ketika kita berada di gerbang kemewahan? Dia uji lagi sehingga kita lalai akan hak orang lain yang patut kita laksanakan. Kita 'disibukkan' pula dgn keselesaan dan kesenangan sendiri sehingga kita lupa ada manusia lain yang susah dan menderita di atas limpah rezeki kita.
Ada kala kita lupa membahagikan sedikit keselesaan dan masa kita, sehingga kita buta dalam kecerahan nasib kita. Kita bisu dalam kepetahan kata dan janji kita sendiri.
Fikir2kan...selagi kita mahu dan mampu berfikir!
0 comments:
Post a Comment