Followers

Friday, July 1, 2011

Jumaat Yang Hening...

Assalamualaikum...
Pagi Jumaat yang hening. Diharap hujan yang turun awal pagi tadi membawa seribu rahmat dan petunjuk dariNya. Semoga semua yang bermula hari ini akan menghasilkan yang terbaik untuk hari2 esok.

 
Hari pertama di bulan Julai. Terasa terlalu cepat masa berlalu. Bagai usia dihambat waktu, dan terdetik di hati cukupkah amalan kita sebelum kita dipanggil oleh Pencipta? Cukupkah kebajikan yang kita lakukan sebagai bekalan kita di sana? Dan terampunkah dosa dan kesilapan kita sesama manusia?
Sempatkah kita berbakti dan menunaikan janji2 kita sebelum kematian itu datang menjemput?
Semoga setiap impian dan harapan akan dimakbulkan dan kita sentiasa di bawah lindungan kasihNya...amin.
Salam Kebahagiaan daripada PnBlog.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...