Followers

Tuesday, July 12, 2011

OMD!

Salam Pagi Selasa,
Semalam ada sedikit masa melayari FB pages yang ada kaitan dgn politik. Hhehe, aku bukanlah kaki politik yang lantang bersuara atau hanya jadi pak turut....tapi sebenarnya dari dulu hati tak rasa hingin nak join mana2 parti....buktinya sampai sekarang aku tak pernah keluar utk vote mana2 parti...... Bagi aku (pndangan peribadi yer..) dunia politik ni penuh dengan kepelikan dan kesongsangan.
Manusia jadi pelik daripada tabiat dan prinsip peribadi mereka sendiri, atau lebih tepat bersikap kepura puraan pada sesuatu perkara demi meraih kepentingan sendiri. Yang baik dan mulia dicaci nista. Yang terbukti salah dianggap benar. Manusia suka bercakap songsang atau bohong demi menegakkan benang yang basah. Yang fakta direka menjadi palsu. Terlalu taksub pada sesuatu hingga hilang erti kesabaran dan keimanan. Sanggup mencela dan menfitnah demi memuaskan hati yang bernafsukan syaitan laknat.  Aku yang bukan sesiapa dan hanya berada di atas pagar, merasa terlalu gerun melihat komen2 yang berbaur kebencian dan hasutan. Manusia lupa pada batas kemanusiaan, lupa tali persaudaraan sesama Islam. Oh Mak Datuk, inikah warna2 politik di negaraku yang tercinta yang rata2nya beragama Islam? Orang Melayu yang mengaku beragama Islam (dan yang tidak lagi beragama Islam) bermaki hamun sehingga terkeluar ayat2 hingusan yang memalukan agama dan bangsa sendiri, lupa pada dosa dan hari pembalasan.

Boleh memberi kritikan kerana demokrasi adalah landasan kita, tapi biarlah ada nilai kebijaksanaan dan berilmu. Bercakaplah dengan minda yang luas, realistik dan professional. Bukan bercakap membabi buta...atau bercakap guna lutut! Tidak malukah jika generasi muda atau anak2 sendiri yang melihat orang dewasa bermaki hamun sesama sendiri?. Kafir mengkafir sesama Islam sehingga solat di jalanan juga diludah dengan kata2 nista? Cukup Islamkah kita sehingga arah kiblat menjadi isu yang boleh dipersendakan? Sejarah inikah yang akan kita pertontonkan kepada generasi akan datang? Subhanallah..

Pemimpin kencing berdiri, pengikut kencing berlari. Bukan senang menjadi seorang pemimpin sehebat Saidina Umar Al-Khattab, sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang maksudnya, "Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah tentu Umar orangnya."
Muhasabah diri, cukup baikkah kita sehingga kita memandang orang lain dengan pandangan paling sinis?
Kebalkah iman kita sehingga tanpa segan silu kita berkomplot menjatuhkan maruah dan aib orang lain? Cukup sempurnakah kita dengan beragenda tersendiri, dengan celuparnya membongkar cerita busuk pihak lain? Tidak takutkah kita akan membalasan di akhirat kelak? 
Sebagai ketua yang dilantik, adilkah kita jika perjuangan kita yang berlandaskan wang ringgit dan kuasa, tapi sering lupa pada kebajikan dan pembangunan umah? Dan berbaloikah kita dengan memporak perandakan kebenaran, menentang keadilan, menolak kewarasan akal fikiran demi mendambakan pangkat yang lebih tinggi, wang jutaan ringgit dan nama yang lebih gah? OMD.

Aku juga bukan sesiapa, tapi aku masih kenal untuk menilai yang mana intan dan yang mana kaca! Jadilah sesuatu yang apabila dibaling ke langit menjadi bintang, jika dilempar ke lumpur menjadi berlian. Peace!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...