Assalamualaikum,
Hari ini dimulai dengan rasa yang lebih ceria. Bersenda pagi dengan si merah yang semakin nakal. Si merah yang semakin hari semakin menceriakan isi rumah dengan kerenah yang pelbagai. Manjanya mengalahkan seorang baby. Satu2nya 'anak lelaki ' yang aku ada....
Anak? Anak didik yang menjadi ketakutan kepada si tikus dan kebencian kepada si anjing. Setiap pagi disambut girang. Malah ketika aku bangun bersahur seorang diri, dialah peneman yang setia menyibukkan diri.

Namanya Merah, biarpun dia berwarna oren...hehehe manusia memang rabun warna...Tapi mana ada kucing berwarna merah? Apatah lagi berwarna KUNING...
Kalaulah kita dapat mengahsihi seorang insan lain yang tiada apa2 hubungan darah sebagaimana kita mengahsihi seekor kucing yang tentunya bukan 'sesiapa' dengan kita, mungkin tiada erti permusuhan di muka bumi ini.
Setiap hari kita mengharapkan hari ini dan esok akan menjadi lebih baik daripada semalam. Tidak kira siapa dan apa tujuan untuk menjadi lebih baik, tapi tentunya doa kita tidak pernah putus mengharapkan itu. 'Menjadi lebih baik' mempunya erti yang amat luas, tapi ia hendaklah ke arah sesuatu yang lebih positif.
Kita ingin jadi baik, malah lebih baik daripada orang lain di sekeliling kita. 'Menjadi lebih baik' memerlukan usaha yang tulus dan berpanjangan. Amat gagal jika akal sahaja yang mahukan kebaikan tapi diri kita tidak berusaha ke arah itu. Umpama kita segak dan megah di mata orang, tapi kita kalah pada hati kita sendiri.
Bukan mudah untuk menjadi baik atau lebih baik. Diri dan jiwa menuntut keimanan dan keikhlasan. Bukan untuk pameran atau menarik perhatian orang lain, tapi cukup untuk kepuasan naluri sendiri. Jiwa akan tenang jika kita menyenangkan yang lain.
Jika baik yang kita beri, baik juga yang kita terima. 'What u give, u get back'. Dan bukan mudah mendapat rasa hormat orang lain jika kita tidak menghormati diri dan jiwa kita sendiri. Jika dalam diri penuh kebencian, di mulut penuh kata nista, tangan menulis hanya mengikut sesedap rasa, tecapaikah objektif kita untuk menjadi lebih lebih pada hari ini? Bermartabatkah diri kita di sisi Allah jika hati, lidah dan tangan tidak malu berbuat dosa? Bagaimana pulak harga diri kita di mata masyarakat?
Dan bagaimana jiwa? Tidak kasihkah kita kepada jiwa yang selalu berprasangka buruk, jiwa yang sering mengharapkan timbal balas? Jiwa yang sering kacau kerana terlalu ingin mengintip dan mempertontonkan kelemahan manusia lain. Jika kita kasihkan diri kita, kita pasti tidak mahu mempunyai jiwa yang sakit. Bukan mudah merawat jiwa yang sakit, selain kembali kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.
Dan sempena Ramadhan yang bakal tiba tidak beberapa hari lagi, bersamalah kita memperbaiki diri dan gandakan amalan. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk semua. Bukan Ramadhan yang hanya menjadi medan bertukar resepi dan berkongsi fesyen baju dan tudung.
Martabatkan Diri dengan nilai2 murni dan tingkah yang disegani. Kasihkan Jiwa dengan air penawar daripada hati Al Quran. Peace!

0 comments:
Post a Comment