Tiada bahasa yang dapat merungkai kata2, betapa berat mata yang memandang....berat lagi Jelapang yang kutinggalkan. Hari ni, satu2nya rumah yang aku masih ada di bumi Perak, telah bertukar milik.
Sebuah rumah impian yang belum pernah aku duduki telah menjadi hak milik orang lain.
Sepuluh tahun melakar sejarah, dengan hanya sedetik lebih telah berpindah tangan. Hati siapa tidak sedih? Menangis di mata, menangis lagi di hati.

Sejarah terbuku. Bersusah payah untuk memilikinya, kini bagai mimpi aku melepaskannya. Aku terpaksa dan dipaksa oleh keadaan. Payah untuk merelakan kehendak dan ketentuan.Aku pasrah jika itu yang terbaik.
Selamat Tinggal Jelapang. Selepas hari ni, aku mungkin tidak akan lagi menjejak kaki ke daerahmu. Sebegitu yang berlaku ketika aku meninggalkan Kelebang dulu. Daerah yang banyak menyimpan suka duka seorang perantau. Daerah yang mengajar kesedihan, ketabahan dan kasih sayang.
Adik2ku, rumahku terjual ketika kalian mencari rumah untuk diduduki dan merancang menambahluas rumah yang sedia ada.....
0 comments:
Post a Comment